omniture

FIRESTONE BUILDING PRODUCTS MELANCARKAN IDENTITI JENAMA BAHARU SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA HOLCIM

Firestone Building Products
2022-06-21 23:05 149
  • Firestone, sebuah syarikat pembekal berprestij untuk sistem bumbung, dinding dan lapik yang terkemuka dalam industri, kini menjadi Elevate™
  • Elevate™ melambangkan komitmen berterusan Holcim terhadap kualiti dan inovasi unggul untuk penyelesaian bangunan yang canggih
  • Firestone Building Products menjadi bahagian Liputan Bangunan Holcim, jentera pertumbuhan yang penting untuk unit perniagaan Penyelesaian & Produk syarikat
  • Identiti baharu kumpulan menyatukan beberapa jenama sektor pembinaan paling dipercayai di negara ini.

NASHVILLE, Tennesse, 21 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Firestone Building Products berbesar hati mengumumkan bahawa syarikatnya kini menggunakan nama dan identiti jenama Holcim yang menjadi bahagian Liputan Bangunan Holcim dalam Unit Perniagaan Penyelesaian & Produk syarikat tersebut. Jenama ikonik Firestone, peneraju industri yang diiktiraf dalam sistem bumbung, dinding dan lapik, kini dikenali sebagai Elevate™, melambangkan komitmen berterusan Holcim untuk menyampaikan kualiti dan inovasi unggul dengan penyelesaian bangunan yang canggih. Rangkaian penyelesaian liputan bangunan Holcim termasuk sistem dinding, lapik dan kalis air untuk kegunaan komersial dan kediaman. Syarikat ini menyatukan beberapa jenama yang paling dipercayai dan berkualiti tinggi dalam sektor ini termasuk Gaco, GenFlex dan Malarkey Roofing Products serta Elevate, nama jenama baharu untuk sistem bumbung Firestone.

"Sepanjang 40 tahun yang lalu, Firestone telah membina reputasi sebagai peneraju dan penginovasi dalam sektor bumbung komersial. Dan kini kami menjadikan perkara ini rasmi; kami menyatukan warisan Firestone Building Products yang ikonik dengan masa depan Holcim untuk memberi tumpuan ke arah mempercepat pertumbuhan hijau," kata Jamie Gentoso, Ketua Penyelesaian & Produk Global Holcim. Dalam usaha kami membuka lembaran baharu untuk pertumbuhan ini dengan jenama bintang yang merangkumi Elevate dan Malarkey, saya komited untuk menyumbang kepada kejayaan pelanggan kami dengan tumpuan yang teliti terhadap penyelesaian canggih, kualiti dan inovasi unggul."

ELEVATE

Firestone, sebuah syarikat pembekal berprestij untuk sistem bumbung, dinding dan lapik yang terkemuka dalam industri, kini menjadi Elevate. Sebagai tambahan kepada warisan dan jenama ikonik Firestone, Elevate menunjukkan komitmen Holcim dalam menyampaikan kualiti dan inovasi unggul dengan penyelesaian bangunan yang canggih. Jenama Elevate akan menghasilkan produk dan penyelesaian berkualiti tertinggi untuk menyelesaikan cabaran bersama dalam industri.

Di bawah jenama baharu Elevate, pekerja, produk dan standard yang dipercayai dalam industri ini akan dikekalkan. Wakil Jualan dan rangkaian pengedaran akan terus memberikan perkhidmatan pelanggan dan sokongan produk serupa yang unggul. Pelanggan akan menyaksikan Elevate berkembang sebagai jenama untuk produk yang dipercayai seperti RubberGard™ EPDM dan UltraPly™ TPO, yang kesemuanya akan kekal berada di pasaran. Selain itu, penyelesaian berkualiti tinggi, rangkaian pengguna berlesen dan jaminan yang terkemuka dalam industri akan kekal tanpa sebarang perubahan.

HOLCIM

Firestone Building Products kini menjadi bahagian Liputan Bangunan Holcim dalam Unit Perniagaan Produk & Penyelesaian. Syarikat ini menyatukan portfolio jenama terhormat lagi hebat serta menyediakan penyelesaian rintis untuk para pelanggan komersial dan kediaman di seluruh dunia. Walaupun teras syarikat kekal serupa, bahagian liputan bangunan Holcim akan komited untuk membangunkan produk dan proses berkualiti tertinggi di seluruh dunia—meningkatkan standard penyelesaian bangunan dengan memastikan ciri yang inovatif dan lestari sambil menangani keperluan tempatan.

"Holcim dan Elevate sama-sama komited untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi dengan para pelanggan dan rakan kongsi kami," sambung Gentoso. "Kami berharap dapat membina masa depan baharu kami bersama-sama!"

Tentang Holcim

Firestone Building Products kini menjadi Holcim. Holcim membina kemajuan untuk manusia dan planet ini. Sebagai peneraju global dalam penyelesaian bangunan yang inovatif dan lestari, Holcim membentuk bandar-bandar yang lebih hijau, infrastruktur yang lebih pintar dan meningkatkan taraf kehidupan di seluruh dunia. Dengan kelestarian sebagai teras strateginya, Holcim kini menjadi sebuah syarikat sifar karbon dengan kakitangan dan komuniti yang menjadi teras kepada kejayaannya. Syarikat ini memacu sektor pembinaan kitaran sebagai peneraju dunia dalam kitar semula untuk membina lebih banyak bangunan dengan sumber yang sedikit. Holcim ialah syarikat di sebalik beberapa jenama sektor pembinaan yang paling dipercayai di dunia termasuk ACC, Aggregate Industries, Ambuja Cement, Disensa, Geocycle, Holcim, Lafarge dan Malarkey Roofing Products. Holcim mempunyai 70,000 orang pekerja di seluruh dunia yang bersemangat untuk membina kemajuan demi manusia dan dunia melalui empat segmen perniagaan: Simen, Konkrit Sedia Campur, Agregat dan Penyelesaian & Produk.

Source: Firestone Building Products
Keywords: Construction/Building