omniture

PEMIMPIN PENGIKLANAN MENETAPKAN LALUAN KEPADA INDUSTRI SIFAR KARBON SELURUH DUNIA

Advertising Association
2022-06-21 23:12 150

Pengembangan Ad Net Zero Diterajui oleh Pengiklan, Kumpulan Agensi, Badan Media & Perdagangan 

Syarikat-Syarikat Dijemput untuk Menyertai Usaha Global bagi Memacu Perubahan yang Pantas 

CANNES, Perancis, 21 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pemimpin daripada kebanyakan syarikat dan persatuan terbesar dalam industri pengiklanan di dunia telah mengumumkan hasrat mereka untuk menerapkan pembelajaran dari UK dan merancang pelancaran Ad Net Zero di peringkat antarabangsa ke pasaran utama. Syarikat induk agensi pengiklanan utama dunia, dentsu international, Havas, Interpublic Group, Omnicom, Publicis Groupe dan WPP, bersama-sama dengan Unilever – salah satu pengiklan dan syarikat teknologi global terbesar di dunia, Google dan Meta serta syarikat media Eropah Sky, akan disokong oleh badan perdagangan AS, ANA, 4A dan IAB, persatuan agensi Eropah dan global, EACA dan Voxcomm, WFA yang mewakili pengiklan global dan IAA yang menyampaikan program Ad Net Zero dari UK ke pasaran pengiklanan utama yang lain. Ascential iaitu pemilik LIONS, telah memainkan peranan penting dalam menyatukan tindakan antarabangsa ini bagi menangani situasi kecemasan iklim tersebut. Kumpulan ini menjemput lebih banyak organisasi dengan jangkauan antarabangsa untuk menyertai dan membantu menyokong pelancaran rancangan ini.

 

Ad Net Zero Global Group L-R: Daryl Simm of Omnicom, Dagmara Szulce of IAA, Tamara Daltroff of EACA and Voxcomm, Jemma Gould of IPG, Marla Kaplowitz of 4A’s, Arielle Gross Samuels of Meta, Stephan Loerke of WFA, Anna Lungley of dentsu international, Carla Serrano of Publicis Groupe, Stephen Woodford of Advertising Association, Lorella Gessa of Havas Group, David Cohen of IAB, Aline Santos of Unilever, Bob Liodice of ANA, Lorraine Twohill of Google, Lindsay Pattison of WPP and Melanie Burger of Sky.
Ad Net Zero Global Group L-R: Daryl Simm of Omnicom, Dagmara Szulce of IAA, Tamara Daltroff of EACA and Voxcomm, Jemma Gould of IPG, Marla Kaplowitz of 4A’s, Arielle Gross Samuels of Meta, Stephan Loerke of WFA, Anna Lungley of dentsu international, Carla Serrano of Publicis Groupe, Stephen Woodford of Advertising Association, Lorella Gessa of Havas Group, David Cohen of IAB, Aline Santos of Unilever, Bob Liodice of ANA, Lorraine Twohill of Google, Lindsay Pattison of WPP and Melanie Burger of Sky.

 

Program Ad Net Zero ini telah dilancarkan di UK pada bulan November 2020 oleh Advertising Association, ISBA dan IPA serta lebih 100 pengiklan, agensi, pemilik media komersial dan syarikat produksi dalam keahliannya. Semua rakan kongsi dalam gabungan global ini ialah penyokong di UK yang komited untuk membina rancangan bagi memperluas Ad Net Zero ke pasaran utama yang lain. Tumpuan kumpulan Ad Net Zero baharu ini adalah untuk mewujudkan rancangan bagi melancarkannya dengan pantas dalam pasaran pengiklanan utama dengan fokus segera kepada pasaran AS dan EU melalui kerjasama dengan pasukan UK. Kemas kini seterusnya akan dibentangkan di Sidang Kemuncak Global Ad Net Zero yang akan berlangsung secara dalam talian pada 9 dan 10 November, bersama-sama dengan COP27. Pada masa hadapan, kemajuannya akan dikongsi dan dibincangkan di Cannes Lions pada setiap musim panas dan Sidang Kemuncak Global pada setiap bulan November, selaras dengan acara COP bagi mengekalkan momentumnya pada dekad yang kritikal ini.

Stephen Woodford, Ketua Eksekutif Advertising Association berkata: "Pelan tindakan 5 perkara kami berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada operasi pengiklanan UK kepada sifar bersih menjelang tahun 2030, dengan perniagaan memberikan komitmen terhadap rancangan yang kukuh dan disahkan untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka. Ia juga berikrar untuk menggunakan kuasa pengiklanan bagi mempercepat peralihan kepada produk dan perkhidmatan yang lebih lestari untuk para pengguna. Kami kini teruja untuk menghasilkan pelan hala tuju pembangunan di peringkat antarabangsa dengan fleksibiliti untuk menyesuai dan membangunkan penyelesaian khusus pasaran serta berkongsi amalan terbaik dalam operasi pengiklanan yang lestari. Kami mengalu-alukan semua organisasi yang berminat dalam program ini untuk menghubungi kami bagi mengetahui dengan lebih lanjut."

Industri pengiklanan global, seperti yang dinilai berdasarkan pelaburan media pengiklanan, bernilai USD$594.322 bilion pada tahun 2020. 20 pasaran pengiklanan teratas menyumbang kepada 89.3% daripada perbelanjaan ini dan pasaran ini akan menjadi tumpuan kepada pelancaran program ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://adnetzero.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1844349/Ad_Net_Zero.jpg?p=medium600

Source: Advertising Association
Keywords: Advertising Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Trade show news