omniture

J&T Express jalin perkongsian strategik dengan foodpanda di Singapura bagi menyediakan penghantaran hari berikutnya untuk foodpanda shops

J&T Express
2022-06-22 02:08 230

Dengan kepakaran dan jaringan yang luas, J&T Express akan menyokong para peruncit foodpanda shops bagi menyediakan penghantaran dari pintu ke pintu hari berikutnya

SINGAPURA, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Diiktiraf untuk rekod prestasinya yang kukuh dan pengalaman luas bekerjasama dengan beberapa platform e-dagang utama wilayah ini, J&T Express telah dilantik sebagai rakan pilihan penghantaran untuk foodpanda shops, pasaran dalam talian foodpanda. Menerusi perkongsian ini, lebih 20 peniaga seperti Unilever, Philips, ASUS, MAKE UP STORE dan TC Acoustics kini akan mempunyai pilihan untuk menawarkan penghantaran hari berikutnya ditunaikan oleh J&T Express, dengan rancangan untuk meluaskan tawaran ini kepada lebih ramai rakan peniaga pada bulan-bulan akan datang.


Sebagai sebahagian daripada pelancaran tersebut, foodpanda menawarkan penghantaran percuma untuk semua pesanan penghantaran hari berikutnya J&T Express mulai sekarang hingga 31 Ogos 2022, tertakluk kepada terma dan syarat.

Membeli-belah dalam talian telah melambung tinggi di Singapura memandangkan pengguna menjalani kehidupan yang semakin terhubung secara digital, dengan jualan e-dagang dijangka meningkat kepada S$13.4 bilion menjelang tahun 2026[1]. Di tengah-tengah landskap e-dagang dan logistik yang semakin berkembang pesat, kedua-dua J&T Express dan foodpanda kekal berada di bahagian hadapan pertumbuhan ini dengan kekal komited untuk memastikan pengalaman pelanggan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna yang semakin berubah-ubah.

foodpanda shops mula dilancarkan pada tahun 2019 untuk menyediakan kepada pelanggan dengan kemudahan membuat pesanan daripada pelbagai kategori produk yang luas termasuk barangan rumah, produk kecantikan, barangan elektronik dan banyak lagi dan membolehkannya dihantar atas-permintaan. Dengan lebih 4,000 rakan peniaga, kini pelanggan boleh membeli-belah daripada jenama-jenama terkenal seperti Xiaomi, Guardian, LUSH dan banyak lagi daripada keselesaan rumah mereka sendiri. – dihantar kepada mereka dalam tempoh satu jam. Pilihan tambahan untuk pelanggan yang kini boleh memilih penghantaran hari berikutnya yang ditunaikan oleh J&T Express menyediakan kepada pelanggan dengan lebih banyak cara untuk memenuhi keperluan membeli-belah mereka kerana kini mereka boleh membeli barangan besar dengan mudah dan mengatur penghantaran yang cekap dan menjimatkan kos yang lebih sesuai dengan jadual mereka.

J&T Express turut membawakan kolaborasi strategik ini dengan pengalaman yang luas dalam menyokong pasaran dalam talian serta platform e-dagang untuk menyediakan penyelesaian logistik yang cekap dan lancar. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, J&T Express membangunkan integrasi API dengan foodpanda untuk mengupayakan pengalaman e-dagang sehenti kepada peniaga.

Martin Tan, Ketua Operasi di J&T Express Singapore, berkata, "Berkongsi visi dan komitmen yang sama ke arah industri e-dagang dan perniagaan malar-hijau di Singapura, kami teruja untuk bergabung bersama foodpanda melalui foodpanda Shops untuk mendorong pengalaman e-dagang sehenti baik kepada penjual mahupun pengguna. Pencapaian baharu ini sejajar dengan cita-cita dan strategi kami untuk meluaskan kumpulan pelanggan kami dengan mencipta penyelesaian e-dagang disesuaikan untuk rakan kongsi kami, yang juga merupakan bukti kepada potensi dan momentum kami yang semakin berkembang baik di Singapura mahupun seluruh dunia."

Sebagai perintis bagi perdagangan pantas untuk makanan dan barangan runcit, foodpanda bermatlamat untuk meluaskan tawaran penghantarannya melalui ciri kedainya bagi membawa faedah-faedah baharu kepada pengguna dan juga jenama. Kini, pengguna boleh menikmati rangkaian produk dan jenama yang lebih luas dengan pengalaman membeli-belah yang lancar, manakala peniaga mendapat akses kepada saluran baharu untuk mendekati pelanggan digital yang baharu serta peluang untuk menjana hasil baharu melalui model perniagaan alternatif seperti penghantaran hari berikutnya.

Rizan Rahiman, Ketua Pasaran - Shops, di foodpanda Singapore berkata, "Sepanjang 10 tahun yang lalu, foodpanda telah berkembang lebih daripada sekadar platform penghantaran makanan kepada penghantaran barangan runcit ketika ini dan produk rumah serta gaya hidup yang lain. Sememangnya, infrastruktur logistik kami juga akan perlu diperluaskan bagi memenuhi peningkatan permintaan. Perkongsian kami bersama J&T Express membolehkan kami untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membuat pesanan dan membolehkan pesanan tersebut dihantar mengikut waktu pilihan mereka. Dengan perkongsian ini, rakan-rakan peniaga yang mengambil bahagian kini dapat menawarkan penghantaran seluruh pulau dengan cara yang lebih cekap, menjurus kepada bayaran penghantaran yang lebih menjimatkan kos untuk pelanggan kami. Penambahbaikan ini akan memastikan kami berada di kedudukan yang baik untuk menjadi pilihan utama bagi pembelian atas-permintaan."

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini dan pertumbuhan berterusannya, J&T Express terus melabur dalam operasinya di seluruh dunia dan di rantau ini bagi memastikan ia dapat menyampaikan perkhidmatan ekspres berkualiti tertinggi. Baru-baru ini, syarikat ini mengumumkan pengembangan globalnya akan melibatkan Brazil. Di Singapura, ia telah melengkapkan hab pengisihannya dengan penyelesaian automasi yang dinaik taraf dan meluaskan jaringan gedungnya yang strategik di kedua-dua timur dan barat Singapura yang disokong oleh jaringan seluruh negara Pick Lockers dan J&T Points, titik perkhidmatan khusus.

Latar Belakang J&T Express 

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi dua belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico dan Brazil. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital kepada pelanggan, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Di Singapura, J&T Express menawarkan penyelesaian e-dagang sehenti yang menampung perniagaan dalam talian dengan perkhidmatan teras bagi penghantaran batuan terakhir, pemenuhan dan penghantaran antarabangsa. Sejak pelancarannya pada tahun 2020, J&T Express Singapore mengalami pertumbuhan dan kemajuan signifikan, termasuk pengembangan rangkaian logistik, saiz kumpulan, saiz pasukan berserta pembangunan teknologi dan rangkaian penyelesaian. Ketika ini, syarikat ini mempunyai dua hab pengisihan di seluruh Singapura, pusat pemenuhan di Penjuru dan gudang di Changi Airfreight Centre. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jtexpress.sg.

Latar Belakang foodpanda 

foodpanda ialah platform penghantaran terkemuka di Asia yang berdedikasi untuk membawakan pelbagai makanan, barangan runcit dan banyak lagi kepada pengguna dengan cepat dan mudah. Dikuasakan oleh teknologi dan kecemerlangan operasi, foodpanda menerajui pertumbuhan dagangan pantas (q-commerce) di seluruh wilayah ini dengan jaringannya melibatkan rakan peruncit, selain gedung awan pandamart untuk menyediakan pilihan atas-permintaan melebihi berjuta-juta pilihan penghantaran makanan. foodpanda beroperasi di lebih daripada 400 bandar merentas 11 pasaran di Asia - Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, Myanmar. foodpanda ialah subsidiari Delivery Hero, peneraju global dalam industri penghantaran makanan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.foodpanda.com

Lampiran A: Peniaga-peniaga yang Mengambil Bahagian untuk Penghantaran Hari Berikutnya J&T Express di foodpanda Shops

Senarai di bawah ialah senarai peniaga yang disahkan hingga waktu pelancaran mengikut susunan abjad. 

ASUS Official

Beautiq

Dibea Official Store

D-Labs

D-Link

Dynacore

eDSLRs

Fragrance Cart

GameproSG

Gifel Tea

MAKE UP STORE

My Gaming Lab

Optimum Nutrition

Philips

Proscenic

TC Acoustics

Tea Forte

The Beauty Story

Tineco

Toyomi

TP-Link

Unilever

[1] Facebook and Bain & Company (2021).Sync South-east Asia Report 2021.

 

 

 

Source: J&T Express
Keywords: Banking/Financial Service