omniture

J&T Express Lancar Jaringan di Mesir, Luaskan Lagi Jejak Global

J&T Express
2022-06-22 02:26 218

CAIRO, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- J&T Express ("J&T"), sebuah syarikat logistik ekspres antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan secara rasmi jaringannya di Mesir. Ini merupakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan J&T di wilayah Timur Tengah Afrika Barat (MENA), susulan pelancaran jaringan Syarikat ini di UAE dan Arab Saudi serta pengumuman penubuhan taman logistik pintar di Riyadh. Pengembangan yang terkini ini membawakan liputan jaringan global J&T Express kepada sejumlah tiga belas negara, meluaskan jaringan penghantaran globalnya ke pasaran-pasaran Afrika di luar Asia dan Amerika Latin.

J&T Express Expands MENA network coverage to include Egypt
J&T Express Expands MENA network coverage to include Egypt

E-dagang di wilayah MENA pantas bersaing dengan syarikat-syarikat berpengaruh bertaraf global. Mesir, sebagai negara Arab yang paling padat penduduknya, mewakili salah satu ekonomi yang paling pelbagai di wilayah MENA. Jumlah hasil e-dagang di Mesir dilaporkan mencecah $5 bilion pada tahun 2021. Sejajar dengan Strategi e-Dagang Nasional, Mesir bercita-cita untuk memanfaatkan kuasa e-dagang bagi membantu memangkinkan inovasi, pertumbuhan dan kemakmuran sosial dalam ekonomi digital. Pasaran e-dagang yang berkembang pesat ini membawakan peluang-peluang yang penting untuk industri logistik ekspres. J&T Express telah menubuhkan sebuah pusat pengisihan dan 10 pusat pengedaran, dengan jaringan pengedarannya meliputi seluruh negara kecuali kawasan perintah ketenteraan Sinai Utara. Susulan penembusan syarikat ini ke Amerika Latin tahun ini, ia merupakan satu langkah yang penting untuk syarikat ini terus memupuk selanjutnya pasaran-pasaran baru muncul dan meluaskan jejak globalnya yang strategik.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata, "J&T ialah pendorong e-dagang yang bebas, menawarkan penyelesaian penghantaran ekspres kepada platform-platform e-dagang yang utama. Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mudah melalui jaringan operasi global kami yang semakin berkembang, J&T Express bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan e-dagang yang lebih pantas dalam pasaran MENA dan pelancaran di Mesir ini membuktikan komitmen kami kepada wilayah ini."

Patrick Chen, Ketua J&T Express Mesir, berkata, "Melihatkan penembusan internet yang semakin pesat, pasaran Mesir berkedudukan baik untuk memanfaatkan peluang-peluang sedia ada bagi melanjutkan pembangunan e-dagang. J&T Express teruja dapat mewujudkan jaringan perkhidmatan yang diperhalusi di Mesir dan menawarkan pengalaman logistik yang cekap, mudah dan berkualiti kepada peruncit dan pelanggan tempatan."

Menerusi pelancaran jaringannya di Mesir, jaringan J&T Express kini mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 2.5 bilion orang.

Latar Belakang J&T Express 
J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

 

 

 

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Corporate Expansion New products/services