omniture

CENTRAL PARK TOWER, BANGUNAN KEDIAMAN TERTINGGI DI DUNIA, MENGUMUMKAN SATU-SATUNYA KELAB PERSENDIRIAN TERTINGGI

Extell Development Company
2022-06-22 21:40 171

Kurator Gaya Hidup, Colin Cowie dan Cef Bintang Michelin Mencipta Pengalaman Hidup Di Tempat Tinggi

NEW YORK, 22 Jun 2022  /PRNewswire/ -- Firma pembangunan hartanah yang terkenal di peringkat negara, Extell Development Company hari ini mengumumkan secara rasmi Tingkat 100 yang amat dinanti-nantikan,  bahagian hartanah paling berharga bagi Central Park Tower iaitu bangunan kediaman tertinggi di dunia yang menawarkan 179 buah kondominium yang amat mewah. Terletak lebih 1,000 kaki di atas Billionaires' Row di Manhattan dan sebahagian daripada Kelab Central Park bangunan ini, Tingkat 100 ini merupakan kelab persendirian yang paling tinggi di New York yang menawarkan ruang makan dan hiburan peribadi.

Photo credit: Evan Joseph
Photo credit: Evan Joseph

"Tingkat 100 Central Park Tower tidak sama dengan mana-mana tempat lain di dunia dan ia memang wajar terletak di bangunan pencakar langit terkemuka Bandar Raya New York," ujar Gary Barnett, Pengasas merangkap Pengerusi Extell Development Company. "Selain daripada sebagai kediaman yang tiada tandingannya yang menawarkan pemandangan yang tiada batasan, seni bina yang indah dan susun atur yang anggun, Kelab Central Park merupakan elemen utama yang meningkatkan lagi pengalaman hidup para penghuni kediaman kami."

Kelab Central Park ialah sebuah tawaran eksklusif yang merangkumi perkhidmatan dan kemudahan cemerlang seluas 50,000 kaki persegi yang meliputi keseluruhan tiga tingkat bangunan ini. Setiap lokasi menyediakan pengalaman unik yang dilengkapi dengan perkhidmatan bertaraf lima bintang. Tingkat 100 kelab ini yang berkeluasan melebihi 8,300 kaki persegi telah direka bentuk oleh firma reka bentuk terkenal di peringkat antarabangsa, Rottet Studio, yang turut menyusun atur bahagian dalaman kediaman bangunan itu. Ruang yang direka secara teliti ini menampilkan sebuah dewan tarian yang besar dengan ruang tempat duduk untuk lebih 120 orang, bar peribadi dan restoran dengan menu bermusim daripada cef bertaraf bintang Michelin serta ruang wain dan cerut – dengan semua tempat ini memiliki pemandangan Central Park, Sungai Hudson dan Sungai Timur serta latar langit Manhattan yang terkenal seluas 360 darjah yang unik.

Sebagai tambahan kepada daya tarikan Kelab Central Park, melalui kerjasama buat pertama kali dengan sebuah bangunan pencakar langit mewah, penasihat gaya hidup dan pengarang, Colin Cowie telah mencipta pengalaman hidup yang istimewa sebagai kurator gaya hidup dan perancang acara yang eksklusif untuk bangunan ini.  Colin Cowie Lifestyle bertindak sebagai pengendali makanan dan minuman di Central Park Tower dan menyediakan perkhidmatan di seluruh Kelab Central Park. Kelab ini juga menampilkan pengalaman menjamu selera daripada cef bertaraf bintang Michelin termasuk Alfred Portale, Laurent Tourndel dan Gabriel Kreuther – yang akan menghasilkan program makanan dan minuman yang tiada tandingan dengan menawarkan hidangan istimewa sepanjang tahun.

Melalui pendekatan lima deria, Colin Cowie Lifestyle telah memperkenalkan sebuah pengalaman menyeluruh di Central Park Tower. Kelab ini akan menampilkan suasana yang dirumus dengan tepat yang berubah sepanjang hari untuk memastikan keselesaan dan ketenangan selama 24 jam sehari, termasuk lampu yang akan menyesuai dengan matahari terbenam, muzik yang akan meningkat mengikut tempo dari waktu pagi hingga malam dan aroma bermusim yang tersuai.

"Kami telah terlibat dalam perniagaan mencipta pengalaman mewah yang istimewa selama 35 tahun tetapi Central Park Tower merupakan usaha pertama kami bekerjasama dengan sebuah bangunan kediaman mewah," ujar Colin Cowie. "Misi kami sebagai sebuah syarikat adalah untuk mewujudkan pengalaman Kehidupan Di Tempat Tinggi. Tiada bangunan lain yang lebih baik di dunia ini secara harfiah dan simbolik untuk ditampilkan selain daripada Central Park Tower. Kami teruja dengan peluang bekerjasama dengan Extell dan Gary Barnett pada ruangan dan pengalaman yang unik ini."

Kemudahan tambahan di Kelab Central Park termasuk aras Teres pada tingkat 14 yang menawarkan sebuah kolam renang terbuka sepanjang 60 kaki, geladak matahari dan kabana, taman persendirian, tempat pemanggang gas dan bar, pendiang api serta dinding tayangan. Turut terletak di tingkat ini ialah sebuah ruang istirahat untuk para penghuni yang dilengkapi dengan permainan biliard, ruang tayangan dan persembahan peribadi, bilik permainan serta bilik persidangan dan pusat perniagaan. Dengan memberi tumpuan kepada kecergasan dan kesejahteraan, kemudahan di tingkat 16 merangkumi sebuah kolam renang air masin tertutup sepanjang 63 kaki dan sebuah spa, pusat kecergasan dan kesejahteraan, gelanggang skuash/separuh gelanggang bola keranjang, bilik rawatan persendirian serta bilik lokar lelaki dan wanita dengan pancuran mandian, bilik wap dan sauna. 

Pada tingkat bawah Central Park Tower, terletak gedung serbaneka rangkaian penuh Nordstrom yang pertama. Kedai tujuh tingkat yang seluas kira-kira 320,000 kaki persegi yang telah dibuka pada tahun 2019 ini menjadi pernyataan terbesar syarikat ini terhadap jenamanya.  Penghuni Central Park Tower mendapat akses istimewa ke kedai utama Nordstrom. Kerjasama luar biasa ini menandakan yang pertama bagi peruncit ini, program gaya hidup unik ini menawarkan program di kediaman dan di kedai yang eksklusif kepada para penghuni. Beberapa keistimewaan ini merangkumi tempahan yang terjamin untuk tiga buah restoran perkhidmatan penuh Nordstrom serta akses segera kepada dua buah bar dan kafe peruncit tersebut. Perkhidmatan khusus penghuni ini turut merangkumi pengalaman menjamu selera di kediaman dan di kelab, perkhidmatan kecantikan dan spa, penjagaan kulit klinikal, jurugaya peribadi pakaian di rumah dan pelbagai faedah istimewa dalam kedai termasuk akses awal kepada jenama dan koleksi baharu serta keutamaan akses untuk acara gaya melalui jemputan sahaja.  

Extell telah membangunkan Central Park Tower secara bersama-sama dengan SMI USA (SMI), anak syarikat Shanghai Municipal Investment di AS yang merupakan sebuah syarikat pelaburan infrastruktur terkemuka yang bertanggungjawab terhadap Menara Shanghai yang terkenal iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia.

Extell Marketing Group dan Corcoran Sunshine Marketing Group merupakan ejen jualan dan pemasaran eksklusif untuk bangunan ini. Central Park Tower menampilkan kediaman dua hingga lapan bilik tidur yang bermula di tingkat 32 bangunan ini dan mempunyai pelbagai keluasan daripada 1,435 kaki persegi hingga lebih 17,500 kaki persegi. Harga semasa yang tersedia di Central Park Tower bermula dari $6.5 juta. Untuk maklumat lanjut atau menjadualkan temu janji peribadi bagi model kediaman ini, sila hubungi 212-957-5557 atau layari www.centralparktower.com.

Photo credit: Williams New York
Photo credit: Williams New York

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1844274/Extell_Development_Company_Central_Park_Tower_100th_Floor.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1844273/Extell_Development_Company_Central_Park_Tower.jpg?p=medium600 

Source: Extell Development Company
Keywords: Banking/Financial Service Beer, Wine & Spirits Beverages Commercial Real Estate Entertainment Real Estate Residential Real Estate Restaurants Retail New products/services