omniture

Venture Global dan EnBW mengumumkan perjanjian jual beli Gas Asli Cecair

Venture Global LNG
2022-06-22 22:04 165

ARLINGTON, Virgina dan STUTTGART, Jerman, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Venture Global LNG dan EnBW mengumumkan pelaksanaan dua Perjanjian Jual Beli (SPA) jangka panjang untuk 1.5 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) daripada kemudahan Plaquemines dan CP2 Venture Global mulai tahun 2026. Menurut perjanjian tersebut, EnBW akan membeli 0.75 MTPA daripada LNG Plaquemines dan 0.75 MTPA dari LNG CP2 selama 20 tahun. EnBW merupakan pelanggan Venture Global yang seterusnya dari Eropah yang telah mengumumkan perjanjian dengan PGNiG, BP, Shell, Repsol, Edison dan GALP.

Photo Credit: Venture Global LNG
Photo Credit: Venture Global LNG

"Venture Global teruja untuk mengalu-alukan kedatangan EnBW sebagai pelanggan jangka panjang bagi kedua-dua kemudahan LNG Plaquemines dan CP2 kami," ujar Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG. "Ini merupakan perjanjian dagangan yang mengikat secara langsung yang kali pertama ditandatangani oleh sebuah syarikat dari Jerman untuk bekalan LNG AS dalam jangka panjang, suatu langkah penting yang menggambarkan strategi Jerman dalam mempelbagaikan campuran tenaganya. Syarikat kami berbesar hati untuk menjadi penyedia utama LNG kepada Jerman dengan menyediakan jaminan bekalan secara kompetitif dalam jangka panjang."

"EnBW tidak sabar menantikan kerjasama LNG jangka panjang dengan Venture Global", kata Georg Stamatelopoulos, Ketua Pegawai Operasi & Perdagangan EnBW. "Kami telah mengembangkan aktiviti LNG kami langkah demi langkah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Gas asli cecair memainkan peranan penting dalam kepelbagaian bahan api kami untuk penjanaan elektrik dan haba: Ia membuka peluang untuk memperoleh sumber baharu bagi menjamin bekalan gas Jerman dalam fasa peralihan tenaga semasa negara ini dan membina hubungan ke arah bekalan tenaga hijau."

Tentang Venture Global LNG

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022.  Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Penangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya

www.venturegloballng.com 

Tentang EnBW 

Dengan lebih 24,000 orang pekerja, EnBW merupakan salah sebuah syarikat tenaga terbesar di Jerman dan Eropah. Syarikat ini membekalkan tenaga elektrik, gas dan air kepada kira-kira 5.5 juta pelanggan serta perkhidmatan dan produk dalam bidang infrastruktur dan tenaga. Pengembangan tenaga boleh baharu ini merupakan asas bagi strategi pertumbuhan dan fokus pelaburan. EnBW akan melaburkan kira-kira EUR4 bilion dalam pengembangan tenaga angin dan solar seterusnya menjelang tahun 2025. Menjelang akhir tahun 2025, lebih separuh daripada portfolio penjanaan disasarkan untuk mengandungi tenaga boleh baharu. Ini telah memberi kesan yang jelas terhadap matlamat untuk mengurangkan separuh daripada pelepasan CO2, sebagaimana yang disasarkan oleh EnBW menjelang tahun 2030. EnBW menyasarkan keneutralan iklim menjelang tahun 2035.

www.enbw.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1844003/Photo_Credit_Venture_Global_LNG.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts