omniture

MIC Global Memulakan Penajajaminan Lloyd's Melalui Syndicate 5183

MIC Global
2022-06-22 22:38 166

NEW YORK, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- MIC Global hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima kelulusan bagi Syndicate 5183 milik Lloyd's untuk memulakan penajajaminan, berkuat kuasa dengan serta-merta. Syndicate 5183 akan diuruskan oleh Asta melalui platform sindiket dalam kotak (SIAB) Lloyd's. 

Syndicate 5183 memperkukuhkan lagi MIC Global sebagai peneraju antarabangsa dalam menyediakan penyelesaian insurans terbenam kepada syarikat platform – satu kedudukan yang diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Erik Johnson sebagai Pengurus Penajajaminan Kanan bagi menyokong objektifnya. 

Harry Croydon, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas MIC Global berkata: 

"Sebagai sebuah sindiket kepada Lloyd's, MIC Global kini boleh menawarkan produk insurans yang dinilai tinggi, relevan dan berpatutan kepada syarikat-syarikat yang boleh dibenamkan dengan mudah ke dalam proses digital sedia ada mereka. Ini akan mempercepatkan penghantaran produk insurans mikro pada bila-bila masa dan di mana sahaja pelanggan memerlukannya, sekali gus membenarkan akses kepada perlindungan yang tidak tersedia melalui kaedah insurans tradisional." 

Steve Haase, Presiden STP Insurance Services, LLC, iaitu sebuah broker yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menjadi penganjur organisasi bagi dua perkongsian pertama Global MIC yang akan membolehkan syarikat tersebut menaja jamin perniagaan melalui Syndicate 5183 Lloyd's. 

Kerjasama pertama adalah dengan InsureTEK – sebuah platform Kawalan Kerugian sebagai Perkhidmatan (LCaaS) yang membantu meramal dan mencegah kejadian bencana air sebelum ia berlaku. 

Michael P. Murphy, Presiden KM dan Ketua Pegawai Eksekutif InsureTEK mengulas: 

"Ketika kami sedang mencari rakan kongsi strategik untuk membantu kami mewujudkan perlindungan terbenam untuk sistem sensor air IoT, kami mencari sebuah syarikat di dalam pasaran yang memahami keperluan untuk berkembang agar kekal relevan. MIC Global membawa semangat usahawan yang sepadan dengan kepakaran teknikal yang secara ringkasnya telah menjadi asas dalam perniagaan kami. Para inovator dan ahli profesionalnya adalah yang terbaik dalam memadankan pemikiran di luar kotak dengan pematuhan kawal selia." 

Akaun kedua MIC Global yang akan ditaja jamin oleh Syndicate 5183 ialah h.way, sebuah neobank milik orang Hispanik yang dibina berdasarkan keperluan dan isu kewangan yang dihadapi oleh komuniti Hispanik. 

Lionel Carrasco, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif h.way, berkata: 

"Kami telah mendapati bahawa kebanyakan pangkalan pelanggan kami tidak mempunyai insurans kesihatan. Melalui kerjasama dengan MIC Global, kami membantu ahli-ahli kami mendapat akses sehingga $1,000 untuk perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka sebagai sebahagian daripada pengalaman keahlian h.way kami. Cadangan nilai MIC Global adalah jelas sejajar dengan tujuan syarikat kami untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang saksama serta inovasi produk yang dipacu budaya." 

Julian Tighe, Ketua Pegawai Eksekutif Asta menambah: "Kami gembira kerana Sindiket MIC Global telah mendapat kelulusan daripada Lloyd's untuk memulakan penajajaminan. Kemasukan ke Lloyd's membolehkan MIC Global memperluas jangkauan mereka. Kerjasama seperti ini merupakan satu contoh terbaik yang menunjukkan bagaimana Asta dapat membantu organisasi berpandangan ke hadapan seperti MIC Global dengan mengakses pasaran Lloyd's." 

Jamie Crystal, Pengerusi Eksekutif MIC Global menyimpulkan: "Kami teruja untuk menerima kelulusan bagi menyediakan penyelesaian insurans terbenam secara global melalui sindiket Lloyd's kami." 

Untuk pertanyaan akhbar atau maklumat lanjut tentang MIC Global, sila layari https://www.micglobal.com atau e-mel Press@MICGlobal.com 

Untuk maklumat lanjut tentang Asta, sila layari https://www.asta-uk.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1842807/MIC_Global.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1842806/Lloyds.jpg?p=medium600

 

 

Source: MIC Global
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Licensing/marketing agreements