omniture

Pelabur Utama Menyokong FalconX ketika Keperluan Bagi Pelaksanaan Boleh Dipercayai & Keyakinan Institusi Dalam Aset Digital Terus Meningkat

FalconX
2022-06-22 22:47 172

GIC dan B Capital Mengetuai Pusingan Pembiayaan Siri D berjumlah $150 Juta, Menilai FalconX pada $8 Bilion

BANGALORE, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- FalconX, sebuah platform aset digital untuk para pelabur institusi, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D berjumlah $150 juta, menilai syarikat tersebut pada $8 bilion. Pusingan ini diketuai oleh GIC dan B Capital, dengan penyertaan daripada Thoma Bravo, Wellington Management, Adams Street Partners dan Tiger Global Management. Pusingan usaha niaga ini meningkatkan nilai FalconX lebih dua kali ganda selepas pengumpulan dana Siri C pada bulan Ogos 2021 yang menilaikan syarikat tersebut pada $3.75 bilion. FalconX kini telah mengumpulkan dana berjumlah lebih $430 juta daripada pelabur terkemuka dunia, menjadikannya salah satu pembrokeran utama kripto paling berharga di dunia. 

 

Momentum Adalah Kuat Sepanjang Ujian Tekanan Pasaran Terkini

Terdapat perbezaan yang ketara terhadap kualiti dalam pasaran awam dan swasta – dengan pelabur memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang kukuh, menguntungkan dan mampan. Pada suku pertama tahun 2022, FalconX menyaksikan penyertaan pelanggan yang paling kukuh dalam sejarah syarikat tersebut walaupun dengan pasaran awam dan swasta yang tidak menentu. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan daripada pelbagai pelanggan pasaran institusi yang mencari platform pelaksanaan yang boleh dipercayai dalam pasaran kripto yang tidak menentu, kecekapan modal untuk meningkatkan pulangan serta pengurusan risiko yang kukuh.

"FalconX merupakan salah satu daripada beberapa broker utama kripto yang tidak menentang risiko pasaran, jadi kami tidak bercanggahan dengan para pelanggan kami dan strategi dagangan mereka. Berdasarkan keadaan pasaran terkini, ini adalah sesuatu yang sangat berharga kepada pelanggan kami yang mahukan penyedia infrastruktur pasaran yang boleh dipercayai. Pelaburan ini merupakan pengesahan kepada fokus kami yang mementingkan pelanggan, kesihatan dan kekuatan industri kripto serta langkah ke arah transformasi aset digital," kata Raghu Yarlagadda, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas FalconX.

FalconX Menerajui Transformasi Aset Digital

Kami berada pada peringkat awal peralihan ke arah transformasi aset digital dan kripto merupakan langkah penggunaan pertama. Di masa akan datang, setiap aset akan melalui transformasi, memanfaatkan pentokenan dan benar-benar berkembang ke peringkat global. Ini akan membuka kepada nilai yang tiada tandingan dalam perindustrian di mana kecairan dan kredit sepanjang masa tidak wujud sebelum ini. Daripada dana lindung nilai terbesar di dunia kepada syarikat teknologi kewangan, ahli lembaga memberi tumpuan kepada transformasi aset digital. FalconX memacu transformasi ini dengan mewujudkan infrastruktur asas yang diperlukan bukan sahaja untuk mengakses kripto tetapi juga menetapkan hala tuju bagi pentokenan aset tradisional seperti ekuiti.

"FalconX ialah penyedia kecairan utama untuk Apex Crypto dan rakan kongsi utama yang menyumbang kepada penentuan harga yang terbaik," kata Danny Rosenthal, Ketua Pegawai Eksekutif Apex Crypto. "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan FalconX untuk menyediakan pasaran yang kukuh kepada para pelanggan kami yang mewakili lebih 4.5 juta akaun mata wang kripto dengan cara yang lancar dan cekap modal. Kami menantikan masa depan kami dengan FalconX."

Bakat Utama Tidak Sabar untuk Terlibat dalam Peringkat Awal Kripto

Walaupun terdapat naratif awam yang mengatakan bahawa trend pengambilan pekerja semasa di seluruh ekosistem teknologi semakin perlahan, strategi pertumbuhan FalconX masih kekal tidak berubah. Syarikat tersebut pada masa ini mengambil pekerja di seluruh jabatan. Sebagai salah satu hab bakat terkemuka dalam dunia kripto, baru-baru ini syarikat tersebut telah mengumumkan pelantikan eksekutif utama seperti Suzy Walther (bekas pekerja Carta) dan Jon Kaplan (bekas pekerja Pinterest). Oleh kerana industri kripto mempunyai dana yang secukupnya dengan lebih banyak modal lagi yang ingin terlibat, bakat utama sudah tidak sabar untuk terlibat dalam peringkat awal ini.

"Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang akan memberi impak berpanjangan kepada industri dan pelanggan yang mereka berikan perkhidmatan. Sebagai platform infrastruktur aset digital yang mengutamakan teknologi, FalconX menyediakan penawaran produk secara menyeluruh yang digandingkan dengan pelaksanaan yang tiada tandingan yang menyokong lebih 70 juta transaksi setiap bulan. Ia berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin peralihan institusi yang berterusan kepada aset digital untuk tahun-tahun akan datang," kata Rashmi Gopinath, Rakan Kongsi Am B Capital.

Pada bulan lepas, FalconX merupakan yang pertama menjadi Pengedar Tukaran berfokuskan kripto dan berdaftar dengan CFTC serta salah satu Ahli Peringkat Utama yang berfokuskan kripto bagi Persatuan Swap & Derivatif Antarabangsa (ISDA). Hasil daripada mematuhi piawaian kawal selia dan industri ini, institusi A.S. kini boleh melibatkan diri dengan produk terkawal ini dengan cara yang boleh diramal serta cara yang biasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk bermula dengan FalconX pada hari ini, sila layari https://falconx.io.

Tentang FalconX

FalconX ialah platform aset digital yang komprehensif sepenuhnya yang membolehkan institusi mengakses dan menguruskan semua strategi kripto mereka melalui antara muka tunggal dan aliran kerja yang lancar, menjadikannya mudah untuk melaksanakan perdagangan, perkreditan dan pengosongan semuanya pada satu tempat. Penawaran kripto sebagai perkhidmatan oleh FalconX memberi kuasa kepada bank terkemuka, institusi Teknologi Kewangan dan aplikasi pelaburan untuk menambahkan kripto dengan mudah kepada penawaran produk mereka dengan matlamat untuk membolehkan berbilion pengguna yang seterusnya memasuki ruang kripto. Syarikat ini dibiayai oleh para pelabur termasuk Accel, Adams Street Partners, Altimeter Capital, American Express Ventures, B Capital, GIC, Lightspeed Venture Partners, Sapphire Ventures, Thoma Bravo, Tiger Global Management dan Wellington Management. FalconX mempunyai pejabat di Silicon Valley, New York, Chicago, Bengaluru dan Malta. Untuk maklumat lanjut, sila layari falconx.io  atau ikuti mereka di Twitter dan LinkedIn.

HUBUNGAN MEDIA: 
Kasey Christolos 
Next PR 
FalconX@nextpr.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1741587/FalconX_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FalconX
Keywords: Banking/Financial Service