omniture

Nobu Hospitality Meningkatkan Kerjasama dengan RCD Hotels di Amerika Utara

Nobu Hospitality
2022-06-22 22:53 171

Hotel dan Kediaman Baharu Diumumkan di Punta Cana, Republik Dominica dan Orlando, Florida

NEW YORK, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama hotel dan restoran ikonik serta gaya hidup mewah yang terkemuka yang bekerjasama dengan RCD Hotels, hari ini mengumumkan dua buah hotel dan kediaman baharu di Punta Cana dan Orlando.

Pengenalan kedua-dua buah destinasi ini menandakan kejayaan kerjasama yang kelima antara Nobu Hospitality dengan RCD Hotels.  Kerjasama ini bermula sejak tahun 2016 dengan pembukaan Nobu Hotel Miami Beach dan terus berkembang selama bertahun-tahun dengan pembukaan Nobu Hotel Los Cabos pada tahun 2019, Nobu Hotel Chicago pada tahun 2020 dan Nobu Los Cabos Residences yang akan dilancarkan tidak lama lagi, sebuah kediaman 60 unit menakjubkan yang terletak di sebelah hotel dan menghadap ke padang golf yang dijangka siap pada tahun 2023.

  • Nobu Hotel Punta Cana yang dijadualkan akan dibuka pada tahun 2025 bakal menawarkan 200 buah bilik dan suite tetamu termasuk 12 buah vila, sebuah restoran istimewa Nobu, ruang mesyuarat dan acara serta 50 unit kediaman Nobu. Terletak di pantai timur Republik Dominica, di tengah-tengah pantai pasir putih yang terbentang luas dengan landskap tropika yang subur, Punta Cana akan memperluas jejak jenama ini di rantau Caribbean.
  • Nobu Hotel Orlando yang dijangka akan dibuka pada tahun 2025, terletak di pusat bandar Orlando dan tidak jauh dari taman tema dan tarikan hiburan keluarga yang terkenal di dunia. Resort ini bakal menawarkan 300 unit penginapan termasuk lapan buah vila yang menakjubkan, sebuah restoran Nobu dan 50 kediaman bergaya serta ruang mesyuarat dan acara.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, "Penambahan projek guna campur baharu ini mengukuhkan pelaburan jangka panjang bersama yang kami miliki dengan RCD Hotels.  Rakan kongsi pemilikan kami adalah penting dalam pembangunan kami dan penting juga untuk kami bekerjasama dengan pemilik yang berfikiran dan berkongsi falsafah serta semangat yang sama dengan kami bagi mencipta produk dan pengalaman tetamu yang berkualiti tinggi untuk para pelanggan kami."

Encik Roberto Chapur, Presiden RCD Hotels berkata, "Kami berbesar hati dapat meneruskan kerjasama kami yang berkembang maju dengan Nobu Hospitality dengan pengenalan destinasi baharu yang menarik ini ke dalam portfolio Hotel Nobu yang sedia ada di Mexico, Chicago dan Pantai Miami.  Pengembangan ke Caribbean, sebuah wilayah yang telah menyaksikan pelbagai kejayaan RCD Hotels, merupakan langkah penting bagi Nobu Hospitality dan kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam projek ini."

Video - https://www.youtube.com/watch?v=JQLBYBbNp6I 

 

 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements