omniture

iHerb Mengumumkan Penaiktarafan Besar-besaran Program Ganjarannya bagi Berjuta-juta Pelanggannya di Seluruh Dunia

iHerb
2022-06-22 23:40 159

Salah satu Peruncit Dalam Talian berpangkalan di A.S. yang terbesar bagi Pemakanan Tambahan, Makanan Kesihatan & Penjagaan Diri Memperkenalkan Platform Kredit dengan Ganjaran Paling Tinggi di Dunia

PASADENA, California, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- iHerb, peneraju global dalam bidang e-dagang kesihatan dan kecantikan, dengan bangganya mengumumkan Program Ganjaran iHerb yang dinaik taraf dan diperluas. Dengan fokus yang mendalam serta dedikasi terhadap perkhidmatan pelanggan selama lebih 25 tahun, iHerb telah berusaha bersungguh-sungguh melakukan penaiktarafan yang besar kepada Program Ganjarannya yang inovatif kepada para pelanggannya dari seluruh dunia atas sokongan dan kesetiaan mereka.

iHerb komited untuk menawarkan diskaun menakjubkan, wang dikembalikan dan sumber pendidikan dalam Kredit Ganjaran kepada para pelanggan baharu dan sedia ada. Ciri ulas & dapat dari iHerb memberikan maklumat dan maklum balas daripada pembeli sebenar tentang pembelian terdahulu mereka bagi membantu bakal pembeli membuat pilihan yang lebih bermaklumat. Ciri ini juga membolehkan para pengguna mendapat ganjaran atas penyertaan mereka yang memberikan nilai tambah serta meningkatkan kepercayaan dan kesetiaan antara jenama dengan pembeli. Program yang ditawarkan secara menyeluruh ini direka khusus untuk iHerb bagi mewujudkan penglibatan yang bermakna dan membina hubungan yang kukuh dengan para pelanggannya, menyerlahkan lagi komitmen syarikat ini untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan, dari awal hingga akhir perjalanan membeli-belah e-dagang.

Selain itu, para pengguna juga boleh menghantar dan berkongsi pautan Ganjaran untuk memperoleh rujukan dan menerima faedah istimewa yang luar biasa, termasuk:

  • Dapat $10 atau 10% bagi setiap rujukan
    • Pelanggan Baharu: Beri diskaun sebanyak 10% & dapat USD10 dalam bentuk Kredit Ganjaran bagi pesanan pertama daripada rujukan anda.
    • Pelanggan Sedia Ada: Dapat komisen sebanyak 10% dalam bentuk Kredit Ganjaran.
  • Ulas & dapat hingga $21 bagi setiap ulasan
    • Ulas tentang produk yang anda telah beli di iHerb dan dapat USD1.00 dalam bentuk Kredit Ganjaran untuk setiap ulasan setelah diluluskan. Serta dapat USD0.10 dalam bentuk Kredit Ganjaran untuk setiap undian membantu, hingga 200 kali yang bernilai $20.00.
    • Ulasan boleh dibuat sama ada positif atau negatif. Hanya pastikan bahawa ulasan tersebut amat bermaklumat.
  • Jawab & dapat hingga $10 untuk setiap jawaban
    • Jawab soalan-soalan yang dihantar oleh pelanggan atau pelawat lain tentang produk yang telah anda beli pada masa lalu dan dapatkan USD0.10 dalam bentuk Kredit Ganjaran untuk setiap undian membantu yang anda perolehi, hingga 100 kali undian membantu atau $10.00 bagi setiap jawapan dan setiap produk.
    • Lebih bermaklumat dan berguna jawapan anda kepada para pelanggan lain, lebih banyak undian membantu yang akan diperolehi.

"Ganjaran iHerb kini menawarkan lebih banyak insentif kepada para pelanggan kami yang dihargai dan komuniti pempengaruh global, sama ada berkongsi nilai iHerb yang hebat melalui mulut ke mulut atau berkongsi pengalaman mereka sendiri dengan produk kesihatan dan kesejahteraan di laman web kami. Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan produk kesihatan dan kesejahteraan dengan nilai terbaik di dunia ini serta Program Ganjaran yang menyokong matlamat tersebut dengan memberikan Kredit Ganjaran kepada para pelanggan dan pempengaruh untuk menebusnya melalui pembelian pada masa hadapan atau menunaikannya. Kami percaya bahawa ia merupakan Program Ganjaran yang paling mesra pelanggan dan pempengaruh yang tersedia kepada setiap orang di dunia ini," kata Naib Presiden Pemasaran Pertumbuhan, Neil Folgate.

Pada tahun 2021, iHerb telah memberikan lebih $50 juta jumlah ganjaran dan lebih $20 juta ganjaran tunai, dengan ganjaran ahli #1 yang memperoleh jumlah melebihi $870,000. Para pelanggan boleh membuka akaun, log masuk untuk berkongsi pautan rujukan dan mula mendapat ganjaran. Sila layari Halaman Ganjaran iHerb untuk maklumat lanjut

Tentang iHerb: Kami merupakan peruncit e-dagang terbesar di dunia yang mengkhusus dalam kategori Vitamin, Mineral, Pemakanan Tambahan atau VMS dengan kehadiran yang semakin meningkat dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan pengguna yang lain. Kami dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di lebih 185 buah negara dan menawarkan portfolio terpilih bagi produk pihak ketiga dan proprietari yang berjenama lagi inovatif dengan nilai terbaik yang dihantar dengan mudah secara terus kepada para pelanggan kami. https://www.iherb.com

 Hubungan Media: iHerb@behrmanpr.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1843707/iHerb_Hero_Green_RGB_Logo.jpg?p=medium600 

Source: iHerb
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services