omniture

Carlsberg menjadikan botol berasaskan bio dan boleh dikitar semula sepenuhnya tersedia kepada pengguna dalam percubaan terbesar yang pernah dijalankannya

Carlsberg Group
2022-06-23 06:29 71

COPENHAGEN, Denmark, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Dalam usaha rintis terbesarnya setakat ini, Carlsberg Group hari ini melancarkan percubaan Fibre Bottle baharunya, memperkenalkan botol bir berasaskan bio dan boleh dikitar semula untuk kegunaan pengguna buat kali pertama. Dengan fokus yang berterusan terhadap teknologi yang berkembang dan amalan lestari, botol ini juga mengandungi bir yang dibru dengan barli organik dan regeneratif.

 

Carlsberg reveals next generation Fibre Bottle, made from sustainably sourced wood fibre and plant-based lining
Carlsberg reveals next generation Fibre Bottle, made from sustainably sourced wood fibre and plant-based lining

 

Percubaan rintis yang penting untuk mempercepat hasrat Carlsberg menjadikan botol bir suatu realiti komersial ini akan menyaksikan 8,000 Fibre Bottle (botol gentian) dijadikan sampel di lapan pasaran Eropah Barat: Denmark, Sweden, Norway, Finland, United Kingdom, Poland, Jerman dan Perancis. Botol ini akan diberi kepada pengguna tempatan, pelanggan dan para pemegang taruh yang lain melalui festival terpilih dan acara utama serta acara persampelan produk bersasar. Ujian pada skala besar ini akan memberi peluang kepada Carlsberg untuk mengumpulkan maklum balas orang ramai tentang pengalaman produk, yang akan menyumbangkan maklumat untuk reka bentuk generasi seterusnya.

 Fibre Bottle baharu memanfaatkan potensi Polietilena Furanoat (PEF)

Satu pencapaian penting bagi Fibre Bottle ini ialah lapisan polimer PEF-nya yang berasaskan tumbuhan, yang dibangunkan oleh rakan kongsi Carlsberg, Avantium, pakar terkemuka dalam bidang kimia boleh baharu. PEF diperbuat sepenuhnya daripada bahan mentah semula jadi yang serasi dengan sistem kitar semula plastik dan boleh dinyahgred ke alam semula jadi sekiranya ia berakhir di luar sistem kitar semula negara. Selain daripada faedah pembungkusannya yang lestari, PEF berfungsi sebagai penghalang yang sangat berkesan antara bir dengan lapisan gentian luar yang melindungi rasa dan busa bir dengan lebih baik berbanding plastik PET berasaskan bahan api fosil konvensional.

Lapisan luar botol yang dihasilkan oleh syarikat pembungkusan Paboco, terdiri daripada gentian kayu bersumber lestari dan juga berasaskan bio. Lapisan luar ini mempunyai manfaat tambahan dengan ciri insulatif yang boleh membantu mengekalkan kedinginan bir dengan lebih lama, berbanding tin atau botol kaca.

Stephane Munch, Naib Presiden Kanan Pembangunan Kumpulan Carlsberg berkata: "Kami gembira dapat membawakan Fibre Bottle baharu kami kepada pengguna serta membolehkan mereka merasakan pengalaman itu sendiri. Ujian rintis ini akan menyumbang kepada matlamat yang lebih besar dalam menguji pengeluaran, prestasi dan kitar semula produk ini pada skala besar."

"Mengenal pasti dan menghasilkan PEF sebagai penghalang fungsian yang kompeten untuk bir, merupakan salah satu cabaran terbesar kami - oleh itu, mendapat hasil ujian yang baik, bekerjasama dengan pembekal dan melihat botol ini diisi dalam jalur pengeluaran merupakan satu pencapaian yang hebat!"

Botol ini mengandungi bahan yang 100% berasaskan bio selain penutupnya yang pada masa ini diperlukan untuk memastikan kualiti produk dan kedua-dua botol dan penutup boleh dikitar semula sepenuhnya. Untuk perancangan masa hadapan, Paboco, Carlsberg dan rakan kongsi dalam Paper Bottle Community (Komuniti Botol Kertas) yang lebih luas, sedang meneroka alternatif penutup botol berasaskan gentian dengan penyelesaian generik yang dijangka akan diperoleh pada tahun 2023. Carlsberg akan terus membangun bersama-sama dengan Avantium dan Paboco untuk mencapai penyelesaian tersuai 3.0 yang juga sesuai untuk pembungkusan bir utama, menggunakan maklum balas daripada pengguna dan perkembangan Paboco yang diperoleh pada tahun ini.

Bir yang dibru menggunakan barli tidak konvensional

Kemajuan ini tidak terhad kepada botol sahaja, kerana Carlsberg juga telah membotolkan bir yang lebih lestari untuk diuji pengguna pada tahun 2022. Melalui kerjasama dengan pembekal malt barli Soufflet, Carlsberg telah membru bir dengan barli yang ditanam sepenuhnya menggunakan amalan pertanian organik dan regeneratif. Secara khususnya, tanaman penutup bumi telah ditanam dalam ladang barli organik untuk menyumbangkan beberapa manfaat tambahan dalam pertanian regeneratif.

Walaupun para pengguna masih boleh mengharapkan rasa Carlsberg yang tersendiri dan kekal serupa, kaedah yang digunakan untuk menanam barli ini dikhaskan untuk menambah baik biodiversiti ladang, meningkatkan kesihatan dan sekuestrasi karbon semula jadi tanah berbanding kaedah pertanian konvensional.

Usaha berterusan untuk pencapaian yang lebih baik

Fibre Bottle Generasi 2.0 telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding botol kaca sekali guna dalam penilaian kitaran hayat produk dan Carlsberg mempunyai cita-cita yang lebih besar untuk reka bentuk Generasi 3.0 yang seterusnya. Visi Carlsberg yang disokong oleh unjuran semasa, adalah supaya Fibre Bottle mencapai pelepasan karbon yang berkurang hingga 80% berbanding botol kaca sekali guna yang ada pada masa ini.

Oleh itu, bagi setiap botol kaca sekali guna yang dibuat, lima Fibre Bottle boleh dibuat menggunakan jejak karbon yang sama. Akhir sekali, Carlsberg menyasarkan Fibre Bottle untuk mencapai jejak karbon yang rendah, sama seperti botol kaca yang boleh diisi semula yang kini merupakan pembungkusan utama terbaik apabila dikumpul dan digunakan semula dalam sistem yang cekap. Apabila Fibre Bottle dikomersialkan pada skala besar, botol ini akan memperluas dan melengkapkan pilihan pengguna Carlsberg, berbanding menggantikan pembungkusan sedia ada seperti botol kaca dan tin.

Simon Boas Hoffmeyer, Pengarah Kelestarian Kumpulan Carlsberg menambah: "Perkembangan yang dicapai dengan Fibre Bottle baharu kami adalah bukti semangat rintis Carlsberg, dengan fokus untuk menghasilkan produk yang lebih baik melalui pelbagai cara yang mungkin. Kami telah berusaha keras dalam projek ini sejak tahun 2015 dan berhasrat untuk terus menetapkan standard industri dengan meningkatkan lagi jejak alam sekitar botol dan prestasi produk ini. Kerjasama penting bagi kami dan bersama-sama dengan rakan kongsi kami, kami teruja untuk melihat betapa penyelidikan dan pembangunan dalam penyelesaian pembungkusan lestari kini sudah menjadi suatu amalan yang diterima umum."

Percubaan ini menyusul selepas pelancaran program ESG global Carlsberg yang beriltizam tinggi, "Together Towards Zero and Beyond" yang akan mengukuhkan lagi prestasi kelestarian sedia ada serta momentum syarikat ini untuk mencapai matlamat baharu dalam pertanian dan pembungkusan lestari yang akhirnya membolehkan Carlsberg mengurangkan kesan karbon dalam rantaian nilai secara menyeluruh.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1843958/Carlsberg.jpg?p=medium600

Source: Carlsberg Group
Keywords: Oil/Energy Utilities