omniture

Mesyuarat Tahunan ESPGHAN 2022: Diet rendah protein Nordic boleh menjadi kunci untuk menanam tabiat pemakanan yang lebih sihat pada bayi, menurut sebuah kajian baharu

ESPGHAN
2022-06-23 13:07 80

COPENHAGEN, Denmark, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Memulakan pemakanan bayi dan kanak-kanak dengan diet rendah protein gaya Nordic dengan tumpuan yang lebih besar terhadap makanan berasaskan tumbuhan boleh menjadi kunci kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat, menurut penyelidikan baharu yang dibentangkan hari ini pada Mesyuarat Tahunan ke-54 Persatuan Gastroenterologi Pediatrik, Hepatologi dan Pemakanan Eropah (ESPGHAN).

Bayi yang mendapat bahagian makanan yang lebih sedap daripada diet Nordic baharu ini yang terdiri daripada buah-buahan, beri, ubi dan sayur-sayuran serta susu ibu atau susu formula sejak berumur 4-6 bulan, makan hampir dua kali ganda bilangan sayur-sayuran (lebih 46%) berbanding mereka yang diberi diet konvensional pada usia 18 bulan.

Para penyelidik dari Pusat Majlis Daerah Stockholm untuk Epidemiologi, Universiti Umeå, Sweden dan Universiti California di AS, mengikuti dua kumpulan bayi yang berusia dari 4-6 bulan hingga 18 bulan, sebagai sebahagian daripada ujian OTIS ini. Sejumlah 250 bayi telah mengambil bahagian dan 82% daripadanya telah melengkapkan ujian tersebut.

Bayi yang diberi makan diet Nordic baharu, yang dibekalkan dengan resipi makanan bayi Nordic yang dibuat di rumah, produk makanan bayi rendah protein dan tawaran sokongan ibu bapa melalui media sosial, mengambil 42-45% lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran pada usia 12-18 bulan berbanding mereka yang diberi makan diet konvensional yang pada masa ini disyorkan oleh Agensi Makanan Sweden.

Ketua penyelidik, Dr. Ulrica Johansson, seorang Doktor Perubatan dalam bidang pediatrik yang juga merupakan pakar diet berdaftar di Universiti Umeå, Sweden mengulas: "Diet Nordic rendah protein yang diperkenalkan kepada bayi yang naif terhadap model pemakanan ini, telah meningkatkan pengambilan buah-buahan, beri, sayur-sayuran dan ubi yang mewujudkan corak pemakanan lebih baik serta bertahan dalam tempoh melebihi 12 bulan."

"Diet Nordic rendah protein adalah selamat, boleh diamalkan dan boleh menyumbang kepada pemakanan lestari dan sihat semasa di usia bayi dan awal usia kanak-kanak," tambah beliau.

Penyelidikan baharu ini boleh menjadi perintis jalan untuk memperluas spektrum rasa pada bayi dan berpotensi menyediakan strategi yang berkesan terhadap amalan pemakanan yang lebih sihat di awal usia.

Diet Nordic mengandungi lebih banyak pengambilan buah-buahan, beri, sayur-sayuran, herba, cendawan, ubi dan kekacang yang dihasilkan secara serantau dan bermusim, serta bijirin penuh, lemak dan minyak sayuran, ikan dan telur serta pengambilan gula, tenusu dan daging yang lebih rendah.

Untuk mengatur temu bual dengan pakar, mendapatkan maklumat lanjut atau rujukan, sila hubungi media@espghan.org,+44 208 154 6396

Source: ESPGHAN
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Children-related news Survey, Polls & Research