omniture

Penerbit akses terbuka Hindawi menjadikan metrik penerbitan yang terperinci tersedia kepada umum

Hindawi Limited
2022-06-23 22:00 155

LONDON, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Hindawi Limited mengumumkan pelancaran laporan jurnal baharu yang memberikan butiran yang belum pernah diberitahu sebelum ini tentang perkhidmatan asas jurnal Hindawi.

 

 

Laporan jurnal Hindawi mempamerkan pelbagai metrik penerbitan, daripada penyerahan melalui semakan rakan sebidang dan penemuan – memberikan cerapan yang mendalam tentang prestasi dan komposisi jurnal mereka.

Laporan ini telah dihasilkan melalui kerjasama dengan DataSalon dan tersedia kepada umum melalui Hindawi.com dari setiap halaman utama jurnal dengan mengikuti pautan "lihat laporan penuh" di bawah metrik jurnal. Lihat contoh di sini: https://www.hindawi.com/journals/omcl/journal-report/ 

Fasa pertama laporan jurnal baharu ini memberikan cerapan yang lebih mendalam tentang kadar penerimaan dan masa membuat keputusan, termasuk masa median semakan rakan sebidang dan bilangan ulasan bagi setiap artikel. Di samping metrik tradisional, seperti petikan dan pandangan artikel, laporan ini turut menyediakan taburan geografi bagi para pengarang, editor dan penyemak. Bahagian akhirnya merangkumi metrik tentang keterbukaan metadata (seperti abstrak dan petikan yang diberikan secara terbuka kepada CrossRef), kebolehbacaan kandungan oleh mesin dan penggunaan pengecam berterusan (seperti ORCID).  

Dengan berkongsi maklumat ini, Hindawi berhasrat untuk membantu para penyelidik membuat keputusan yang lebih bermaklumat dengan lebih baik apabila memilih tempat untuk membuat penerbitan dan bukannya bergantung kepada penunjuk yang terhad dan sering bermasalah.

Catriona MacCallum, Pengarah Sains Terbuka Hindawi mengulas:

"Hindawi komited untuk mengambil pendekatan bermaklumat berdasarkan bukti dalam penerbitan. Dengan mula mengungkap dan berkongsi data tentang perkhidmatan kami yang berbeza, kami berhasrat untuk membongkar 'kotak hitam' bagi penerbitan dan membukanya kepada penelitian bebas. Mempunyai pendekatan yang lebih telus dan kolaboratif terhadap aliran kerja kami juga akan membantu menyemarakkan inovasi dalam penerbitan dan menyokong para penyelidik, pembiaya dan institusi yang komited terhadap Sains Terbuka."

Mathias Astell, Ketua Pegawai Pembangunan Jurnal Hindawi menambah:

"Laporan ini menandakan satu langkah penting dalam meningkatkan ketelusan prestasi dan komposisi jurnal – membantu para penyelidik, institusi, pembiaya serta rakan kongsi penerbitan untuk mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang nilai yang diberikan oleh sesebuah jurnal. Kami percaya bahawa menampilkan perwakilan geografi jurnal kami dengan jelas akan mula membantu menghapuskan bias geografi bersejarah dalam penerbitan. Kami juga percaya bahawa berkongsi metrik secara terbuka yang benar-benar membawa perubahan kepada pengalaman pengarang adalah penting untuk beralih daripada menilai jurnal dengan cara lama yang bermasalah. Ini merupakan lelaran pertama laporan baharu kami dan kami merancang untuk meningkatkan lagi ketelusan dan keterbukaan melalui fasa akan datang."

Nick Andrews, Pengarah Urusan DataSalon mengulas:

"Hindawi mengambil langkah berani untuk menyediakan metrik terperinci secara terbuka bagi jurnal mereka."

Nota kepada Editor  

Tentang Hindawi Limited: 
Hindawi Limited merupakan salah sebuah penerbit akses terbuka yang terbesar di dunia dengan portfolio merangkumi lebih 240 jurnal penyelidikan akademik di semua bidang sains dan perubatan.

Setiap jurnal yang disemak oleh rakan sebidang telah dibangunkan melalui kerjasama dengan para penyelidik akademik yang bertindak sebagai editor untuk menyesuaikannya dengan komuniti sasaran yang menerima perkhidmatan mereka.

Dengan meletakkan penyelidik sebagai teras kepada segala perkara yang kami lakukan serta didorong oleh misi untuk memaksimumkan kesan penyelidikan melalui keterbukaan, kami bekerjasama dengan komuniti penyelidikan yang lebih luas serta menjalin kerjasama dengan penerbit dan organisasi yang membuka jalan untuk ekosistem ilmiah yang lebih terbuka.

www.hindawi.com 

Tentang DataSalon:  

DataSalon merupakan pakar dalam cerapan pelanggan untuk para penerbit. Kami berbangga dengan perkhidmatan cemerlang kami, di mana perkhidmatan berasaskan awan kami adalah pantas, fleksibel dan mempunyai sokongan kelas pertama.

Kebanyakan penerbit ilmiah terbesar di dunia bergantung kepada DataSalon untuk membantu memacu jualan baharu, memaklumkan strategi akan datang dan memberikan cerapan yang tepat kepada seluruh organisasi.

www.datasalon.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1843453/Hindawi_Logo.jpg?p=medium600

Source: Hindawi Limited
Keywords: Computer/Electronics Education Magazines Publishing/Information Service New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)