omniture

Merck Membuka Kemudahan CDMO Bernilai €59 juta Bagi Menangani Permintaan Terhadap Terapi Kanser yang Kritikal

Merck
2022-06-23 22:06 162
  • Pengembangan ini menggandakan pengeluaran bahan farmaseutikal aktif kekuatan tinggi (HPAPI) 
  • Merck kini merupakan salah sebuah pengeluar terbesar komponen ini dalam industri di seluruh dunia 
  • Dibangun berdasarkan pengalaman CDMO syarikat ini selama 30 tahun dalam sebatian pelbagai langkah, kompleks dan sangat kuat 

DARMSTADT, Jerman, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, mengumumkan bahawa sektor perniagaan Sains Hayatnya telah menggandakan kapasiti pengeluaran bahan farmaseutikal aktif kekuatan tinggi (HPAPI) melalui pengembangan kemudahannya di Verona yang berhampiran Madison, Wisconsin, AS. Kemudahan baharu yang bernilai €59 juta dan berkeluasan 70,000 kaki persegi ini dibuka secara rasmi pada hari ini yang memberikan 50 peluang pekerjaan baharu ke kawasan tersebut. 

Merck has doubled its high-potent active pharmaceutical ingredients (HPAPI) production capacity with the expansion of its facility in Verona, near Madison, Wisconsin, USA.
Merck has doubled its high-potent active pharmaceutical ingredients (HPAPI) production capacity with the expansion of its facility in Verona, near Madison, Wisconsin, USA.

"Terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap HPAPI disebabkan keberkesanannya terhadap kanser pada dos yang lebih rendah dan trend ke arah terapeutik sasaran. Dos yang lebih rendah bagi terapi ini mengurangkan kesan sampingan negatif kepada pesakit yang mengambilnya dalam melawan penyakit kritikal ini," kata Dirk Lange, Ketua Perkhidmatan Sains Hayat, Sains Hayat Merck. "Peningkatan kapasiti di kemudahan organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) kami yang canggih di Verona, Wisconsin akan membolehkan kami memenuhi keperluan terhadap komponen utama rawatan kanser ini."

Kanser merupakan penyebab kematian yang kedua tertinggi di seluruh dunia1. HPAPI ialah suatu elemen penting bagi terapi sasaran kerana keupayaannya membunuh sel yang sangat berkesan pada dos rendah yang menyebabkan pengurangan kesan sampingan kepada pesakit. Ia digunakan dalam terapi kanser baharu termasuk konjugat ubat antibodi (ADC) yang mengubah landskap rawatan kanser.

Merck telah membangunkan sebatian pelbagai langkah, kompleks dan sangat kuat selama lebih 30 tahun dan kekal menjadi peneraju industri dalam pembangunan dan pembuatan komponen ini. HPAPI memerlukan kemudahan pembuatan dan pengendalian khusus yang melindungi keselamatan para pekerja dan persekitaran mereka. Banyak rawatan yang berpotensi menyelamatkan nyawa gagal dibawa ke pasaran kerana sebahagiannya adalah disebabkan keperluan pengendalian yang khusus. Tapak Merck di Verona, Wisconsin merupakan kemudahan kedua di dunia yang bakal diperakui SafeBridge® dan syarikat ini terus mematuhi syarat-syarat keselamatan dan pembendungan yang ketat ini yang diperlukan hingga ke hari ini. Malah pengembangan ini telah meletakkan Merck sebagai salah sebuah penyedia CDMO dengan had pendedahan pekerjaan (OEL) pada satu digit nanogram yang terbesar di dunia. HPAPI diukur dengan yang paling kuat menunjukkan jumlah yang kurang daripada 10 nanogram bagi setiap meter padu. HPAPI dengan satu digit nanogram memerlukan pengendalian yang sangat khusus yang ditunjukkan melalui OEL tertentu.

Selain daripada pengeluaran HPAPI, Merck juga mempunyai pengalaman yang meluas dalam pembangunan dan pembuatan ADC. Sebagai CDMO pertama yang mengeluarkan ubat ADC yang diluluskan secara komersial di Amerika Utara, syarikat itu telah melancarkan teknologi baharu baru-baru ini untuk memajukan terapi ADC. Teknologi ChetoSensar™ yang unik memberi janji baharu kepada ADC dengan mengurangkan cabaran keterlarutan, manakala platform DOLCORE™ milik Merck yang baharu mengurangkan masa yang diperlukan untuk pembangunan dan pembuatan dengan ketara, meningkatkan kepantasan ke pasaran sehingga setahun yang seterusnya menjadikan terapi yang diperlukan sampai kepada pesakit dengan lebih cepat.

Dengan pengalaman CDMO selama lebih 30 tahun dalam pembangunan dan pembuatan HPAPI, penghubung dan antibodi monoklon, Merck menawarkan kepakaran yang penting dalam pembuatan klinikal dan komersial. Syarikat itu juga mempunyai pengalaman CDMO yang meluas dalam pembuatan vektor virus, lipid, LNP dan mRNA— daripada praklinikal hingga komersial — membantu memperkemas langkah-langkah pembangunan dan pengeluaran ubat-ubatan dengan rakan kongsi tunggal yang sangat berpengalaman. Selain itu, perkhidmatan ujian kontrak BioReliance® disepadukan ke dalam keseluruhan tawaran Perkhidmatan untuk memperkemas lagi laluan pembangunan.

Semua siaran akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Tentang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang sains hayat, penjagaan kesihatan dan elektronik. Lebih 60,000 orang pekerja berusaha untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan jutaan orang setiap hari dengan mewujudkan cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara yang unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar kepada membolehkan kecerdasan peranti - syarikat ini terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2021, Merck telah menjana jualan sebanyak €19.7 bilion di 66 buah negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab merupakan kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam ini. Merck memegang hak global terhadap nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada di mana sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai MilliporeSigma dalam sains hayat, EMD Serono dalam penjagaan kesihatan dan EMD Electronics dalam elektronik.

1 "Global Cancer Facts & Figures 4th Edition, https://www.cancer.org/content/dam/cancer-org/research/cancer-facts-and-statistics/global-cancer-facts-and-figures/global-cancer-facts-and-figures-4th-edition.pdf

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845670/Verona_expansion_image.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion