omniture

SOFTBANK DAN ALTAEROS MELANCARKAN AEROSTAT AUTONOMI PERTAMA DI DUNIA

Altaeros Energies
2022-06-24 00:00 182

ST-Flex Altaeros merupakan satu aerostat autonomi yang boleh digunakan dengan pantas

PELANTAR ANGKASA HOKKAIDO, BANDAR TAIKI, HOKKAIDO, Jepun, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- SoftBank Corp. ("SoftBank"), syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih terkemuka di Jepun telah menyelesaikan ujian awal aerostat autonomi ST-Flex™ Altaeros. Ujian operasi dan telekomunikasi telah dijalankan di Pelantar Angkasa Hokkaido, Bandar Taiki, Hokkaido, Jepun. Ketahui lebih lanjut tentang ST-Flex: www.altaeros.com 

Altaeros' ST-Flex floats at 249m above ground.
Altaeros' ST-Flex floats at 249m above ground.

SoftBank dan Altaeros mula melancarkan ST-Flex pada 2 Mei 2022 dan melakukan ujian penilaian hingga bulan Mei. ST-Flex membawa sistem stesen pangkalan SoftBank, yang dilengkapi dengan antena silinder proprietarinya yang merealisasikan penetapan jejak kawasan komunikasi, hingga ketinggian 816 kaki (249m), di mana ia disambungkan ke peralatan darat melalui gentian optik dan konduktor kuasa yang tertanam dalam penambat. Daripada pengumuman SoftBank: "Sistem stesen pangkalan aerostat tertambat altitud tinggi yang baru dibangunkan boleh dikendalikan pada altitud yang lebih tinggi dan membawa kandungan komunikasi yang lebih berat dan ia juga mencapai liputan rangkaian kawasan yang lebih luas dengan kestabilan komunikasi yang lebih tinggi semasa tempoh percubaan"  Perincian dan keputusan tambahan daripada ujian telekomunikasi SoftBank yang boleh didapati di sini: https://www.softbank.jp/en/corp/news/press/sbkk/2022/20220622_01/ 

Aerostat Autopilot™, sistem kawalan autonomi proprietari Altaeros, menghapuskan petugas di tapak untuk operasi harian dan memastikan tahap kebolehpercayaan tertinggi, menjadikan ST-Flex satu penyelesaian aerostat paling kos efektif dalam kelasnya. Semasa program ujian, ST-Flex menunjukkan kecemerlangan dalam keadaan cuaca yang sangat tidak menentu, termasuk semasa angin ribut. Tiga kawalan autonomi tertambat Altaeros mewujudkan kestabilan dalam aerostat dan kawalan anggul, guling dan rewang untuk memastikan aerostat stabil walaupun dalam keadaan cuaca yang berubah-ubah. Ciri-ciri autonomi ini menyediakan tahap prestasi dan fleksibiliti yang tiada tandingan dalam kalangan kenderaan udara tanpa pemandu komersial (UAV). Lihat sorotan di sini: https://youtu.be/tENcZXFsfEU 

"Kami sangat teruja kerana telah melengkapkan pelancaran antarabangsa ST-Flex yang pertama," kata Ketua Pegawai Eksekutif Altaeros, Ben Glass. "Kejayaan ujian Teknologi Penetapan Jejak SoftBank pada ST-Flex merupakan satu pencapaian penting yang akan meningkatkan pembangunan dan keberkesanan kebanyakan platform telekomunikasi udara untuk membantu membawa perkhidmatan penting di seluruh dunia." 

Tentang SoftBank Corp.
Dipandu oleh falsafah korporat SoftBank Group, "Revolusi Maklumat – Kebahagiaan untuk Semua Orang," SoftBank Corp. (TOKYO: 9434) menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan menggabungkannya dengan teknologi canggih untuk membangun dan mengendalikan perniagaan baharu di Jepun dan di seluruh dunia. Pada tahun kewangan berakhir bulan Mac 2022, SoftBank Corp. telah mencatatkan hasil sebanyak 5.7 trilion yen, 985.7 bilion pendapatan operasi dan mempunyai 319 syarikat kumpulan (245 anak syarikat dan 74 syarikat gabungan) di Jepun dan di luar negara. SoftBank Corp. mempunyai 57 juta pelanggan mudah alih dan jalur lebar di Jepun dan melalui syarikat kumpulannya, Yahoo Japan Corporation, PayPay Corporation dan LINE Corporation, 86 juta pengguna media dalam talian, 46 juta pengguna pembayaran telefon pintar dan 92 juta pengguna aplikasi komunikasi masing-masing (setakat 11 Mei 2022). Dengan asas perniagaan yang kukuh dan bilangan titik sentuh pelanggan yang menarik ini, SoftBank Corp. berkembang kepada bidang bukan telekomunikasi yang sejajar dengan strategi pertumbuhan "Beyond Carrier" sambil mengembangkan lagi perniagaan telekomunikasinya. Selain itu, dengan memanfaatkan sepenuhnya kuasa penyelesaian 5G, AI, IoT, Digital Twin, Rangkaian Bukan Daratan (NTN), termasuk telekomunikasi stratosfera berasaskan Stesen Platform Altitud Tinggi (HAPS) dan teknologi utama lain, SoftBank Corp. berhasrat untuk merealisasikan "Pelaksanaan Pendigitalan dalam Kalangan Masyarakat." Sebagai pengiktirafan kepada inisiatif ESG, SoftBank Corp. telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam Indeks Kelestarian Dow Jones, FTSE4Good, Indeks Pemimpin Pilihan ESG MSCI Jepun Konstituen 2022 dan indeks pelaburan ESG global terkemuka yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.softbank.jp/en/

Tentang Altaeros: Misi Altaeros adalah untuk menghubungkan manusia, mesin dan data, tidak kira di mana mereka berada. Kami memanfaatkan teknologi autonomi canggih dan aeroangkasa termaju untuk membina platform udara paling berkesan yang tersedia. SuperTower kami digunakan untuk menyampaikan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kos yang rendah kepada komuniti yang kurang diberi perhatian, membina rangkaian IoT untuk memantau tapak perindustrian atau kesihatan tanaman, menyediakan sudut pandangan yang tinggi untuk responden pertama yang menangani kebakaran hutan atau bencana alam yang lain dan beberapa aplikasi lain. Altaeros beribu pejabat di Greater Boston, dengan kemudahan pengeluaran dan pengujian terletak di selatan New Hampshire. Altaeros disokong oleh SoftBank Group, SPARX, SKK, Safar Partners dan lain-lain.
Ketahui lebih lanjut di 
www.altaeros.com

 

ST-Flex launches at Hokkaido Spaceport.
ST-Flex launches at Hokkaido Spaceport.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845169/Altaeros_ST_Flex.jpg?p=medium600
Video -
https://www.youtube.com/watch?v=tENcZXFsfEU
Foto -
https://mma.prnasia.com/media2/1845168/ST_Flex_launch.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/642636/Altaeros_Logo.jpg?p=medium600

Source: Altaeros Energies
Related Stocks:
OTC:SOBKY Tokyo:9434
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services