omniture

Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI dimulakan dengan sidang akhbar di CONI

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2022-06-24 12:44 96

ROM, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Acara pembukaan telah bermula di Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI. Pada pagi ini, Salone d'Onore di CONI (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali) di Rom telah menganjurkan sidang akhbar yang mengumumkan sambutan ini yang telah dikhususkan untuk nilai-nilai etika kesukanan. Fair Play Menarini Foundation yang menganjurkan pengiktirafan berprestij ini telah mendedahkan senarai para pemenang dan butiran program untuk tahun ini.

XXVI Fair Play Menarini International Award Press Conference at CONI
XXVI Fair Play Menarini International Award Press Conference at CONI

Anugerah yang bermula pada tahun 1997 ini akan menyaksikan ramai personaliti yang cemerlang — dari segi pencapaian sukan dan kapasiti untuk bertindak sebagai duta kepada prinsip-prinsip penting "keadilan permainan" — yang diadakan di Florence dan Castiglion Fiorentino (Arezzo). Dengan lima belas kategori dan enam belas orang pemenang, Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI ini menghimpunkan bintang sukan air yang luar biasa dari seluruh dunia, terutamanya sukan renang dan terjun daripada "la Divina", Federica Pellegrini, hinggalah kepada "pelumba abad ini" yang mencetuskan fenomena dari Australia Ian Thorpe dan pemegang rekod dunia Tania Cagnotto. Terdapat juga ramai VIP dari dunia bola sepak, antaranya jurulatih terkenal Argentina Marcelo Bielsa dan dua wira hebat di padang, Massimo Ambrosini dan Roberto Donadoni. Seorang lagi pemain bola sepak legenda pada tahun ini ialah Fabrizio Ravanelli yang akan menerima Anugerah Khas Paolo Rossi dalam Kategori Model Peranan Belia, satu gelaran yang mula diberikan dalam anugerah ini pada tahun lalu sebagai mengenang juara Piala Dunia 1982 yang telah meninggal dunia pada tahun 2020. Senarai bakat luar biasa yang terlibat dalam edisi akan datang ini juga melibatkan juara motosikal Australia Casey Stoner, Alessandra Perilli, juara menembak sasaran yang membawa pulang Pingat Olimpik pertama ke San Marino serta bekas pemain bola tampar dan jurulatih Marco Bracci. Bersama-sama mereka juga ialah atlet taekwondo Vito Dell'Aquila, pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dan Stefania Constantini, atlet yang memberikan Itali pingat Olimpik yang pertama dalam sukan kurling dengan memenangi pingat emas dalam acara beregu campuran. Gabungan regu Giacomo Bertagnolli dan Andrea Ravelli juga akan membawakan pencapaian mereka yang mengagumkan dalam acara meluncur ski bagi Paralimpik Alpine ke Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play ini. Tetapi bukan atlet profesional sahaja yang akan menerima anugerah. Anugerah Istimewa Franco Lauro Narrare le emozioni (Menceritakan Emosi) akan diberikan kepada wartawan Giorgio Porrà, manakala Beatrice Coradeschi merupakan atlet muda taekwondo dengan masa hadapan cerah yang telah memenangi Anugerah Khas Fiamme Gialle Studio e Sport (Belajar dan Sukan).

"Saya seakan-akan tidak percaya bahawa kita boleh sampai sehingga ke Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play yang ke-26", kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali, Giovanni Malagò. "Saya berbangga dengan anda semua atas apa yang anda lakukan serta mesej yang anda berikan dan saya kagum dengan kapasiti anda untuk menghimpunkan semua legenda sukan ini bagi menerima anugerah mereka. Anda benar-benar unik. Saya doakan yang terbaik untuk Fair Play, Yayasan, sukan dan Itali."

"Dengan Anugerah Fair Play Menarini, kami berharap agar generasi muda akan mendapat inspirasi dan mengambil contoh daripada kesaksamaan para juara yang menerima anugerah. - kata Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Menarini – Kami masih ingat saat di mana Marcelo Bielsa menyeru pemainnya untuk membiarkan lawan mereka menjaringkan gol, yang mempercayai bahawa keadilan dalam permainan adalah lebih penting daripada jaringan gol yang boleh dianggap tidak adil. Perlawanan itu berakhir dengan seri, tetapi Bielsa akan sentiasa diingati atas sikap mulianya itu yang membuatkan kami berbangga untuk meraikannya pada hari ini."

"Kami sangat teruja dengan senarai pemenang dalam anugerah pertama yang dianjurkan oleh kami " umum Antonello Biscini, Valeria Speroni Cardi dan Ennio Troiano, Ahli Lembaga Pengarah Fair Play Menarini Foundation. "Suku abad pertama bagi acara ini mungkin sudah dilalui, namun perhatian kita kini tertumpu pada masa hadapan dan cara terbaik untuk meraikan acara kali ini dan semua edisi seterusnya yang akan dipenuhi dengan kejutan dan kehebatan dalam sukan. Menarini akan terus mempromosikan nilai-nilai Keadilan Permainan melalui pencapaian juara terbaik dalam sukan dengan harapan agar nilai-nilai ini akan menjadi sebahagian besar daripada masyarakat secara keseluruhannya."

Walaupun kekal mengikuti tradisi sejarahnya yang panjang, Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI yang berlangsung selama tiga hari ini akan mengambil pendekatan baharu yang bercita-cita tinggi. Salah satu perubahan yang paling penting adalah melibatkan lokasi. Florence akan menjadi di tempat di mana semua legenda sukan ini berkumpul, di Salone dei Cinquecento, Palazzo Vecchio, untuk bual bicara I campioni si raccontano (Sang Juara Menceritakan Kisah Mereka) yang diketuai oleh Ivan Zazzaroni dan disiarkan secara langsung di televisyen melalui saluran RTV38 pada petang hari Selasa 5 Julai. Kemudian, acara makan malam gala tradisional Menarini akan diadakan di Florence di Piazzale Michelangelo pada hari Rabu 6 Julai.

Penyampaian majlis anugerah ini telah diamanahkan kepada Lorenzo Dallari dan Rachele Sangiuliano dan akan diadakan di Castiglion Fiorentino dalam suasana indah Loggiato Vasariano di Piazza del Municipio pada hari Khamis 7 Julai dengan siaran langsung di televisyen melalui saluran Sportitalia.

Kategori dan pemenang Anugerah Antarabangsa Menarini Fair Play XXVI ialah: 

- Kategori: Carriera Fair Play (Kerjaya dalam Keadilan Permainan) — ROBERTO DONADONI

- Kategori: Keadilan Permainan — MASSIMO AMBROSINI

- Kategori: Lo sport oltre lo sport (Sukan Menjangkaui Sukan) — GIACOMO BERTAGNOLLI dan ANDREA RAVELLI (satu anugerah dengan dua plak)

- Kategori: Il Gesto (Gerak Isyarat) — MARCELO BIELSA

- Kategori: Sport e vita (Sukan dan Kehidupan) — CASEY STONER

- Kategori: Una vita per lo sport (Pencapaian Seumur Hidup dalam Sukan) — MARCO BRACCI

- Kategori: Personaggio mito (Tokoh Legenda) — IAN THORPE

- Kategori: SUSTENIUM Energia e Cuore - Personaggio mito (Tokoh Legenda) — FEDERICA PELLEGRINI

- Kategori: Anugerah Khas Paolo Rossi Modello per I giovani (Model Peranan Belia) — FABRIZIO RAVANELLI

- Kategori: I valori sociali dello sport (Nilai Sosial dalam Sukan) — VITO DELL'AQUILA

- Kategori: Promozione dello sport (Promosi Sukan) — ALESSANDRA PERILLI

- Kategori: Un sorriso per la vita (Senyuman Sepanjang Hayat) — TANIA CAGNOTTO

- Kategori: I valori educativi dello sport (Nilai Pendidikan dalam Sukan) — STEFANIA CONSTANTINI

- Kategori: Anugerah Khas Franco Lauro Narrare le emozioni (Menceritakan Emosi) — GIORGIO PORRÀ

- Kategori: Anugerah Khas Fiamme Gialle Studio e Sport (Belajar dan Sukan) — BEATRICE CORADESCHI

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1846411/Fair_Play_Menarini_International_Award.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1846412/Fair_Play_Menarini_International_Award_Press_Conference.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1846413/Menarini_Industrie_Farmaceutiche_Riunite_Logo.jpg?p=medium600

XXVI Fair Play Menarini International Award Press Conference at CONI
XXVI Fair Play Menarini International Award Press Conference at CONI

 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Awards