omniture

Pada hari ulang tahun kelahiran Gautam Adani yang ke-60, Keluarga Adani telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak Rs 60,000 Crore kepada badan amal

Adani Enterprise Limited
2022-06-24 12:48 99

Derma tersebut akan digunakan dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembangunan kemahiran

AHMEDABAD, India, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada tahun ulang tahun ke-100 bapa Gautam Adani, Shri Shantilal Adani dan ulang tahun ke-60 Gautam Adani sendiri, Keluarga Adani telah bersetuju untuk memberikan derma sebanyak Rs 60,000 crore untuk pelbagai tujuan sosial. Korpus ini akan ditadbir oleh Adani Foundation.

Gautam Adani interacting with Adani Vidhya Mandir Students
Gautam Adani interacting with Adani Vidhya Mandir Students

Untuk memanfaatkan potensi kelebihan demografi India, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk memberi tumpuan kepada bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembangunan kemahiran. Kekurangan di setiap kawasan ini merupakan sekatan untuk menuju 'India yang berdikari.' Adani Foundation telah memperoleh pengalaman yang luas melalui kerjasama dengan komuniti yang memberi tumpuan kepada usaha pembangunan bersepadu di seluruh kawasan ini. Menangani cabaran ini mampu meningkatkan kecekapan dan daya saing tenaga kerja masa hadapan secara signifikan.

"Selain menjadi ulang tahun ke-100 bapa saya yang banyak memberi inspirasi kepada saya, tahun ini juga merupakan tahun ulang tahun saya yang ke-60 dan oleh itu keluarga telah memutuskan untuk menyumbang Rs. 60,000 crore untuk aktiviti amal yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembangunan kemahiran, terutamanya di kawasan luar bandar negara kita," kata Encik Gautam Adani, Pengerusi Adani Group. "Pada peringkat yang sangat asas, program yang berkaitan dengan ketiga-tiga bidang ini perlu dilihat secara holistik dan bidang-bidang ini secara kolektif mampu membentuk pemacu untuk membina sebuah India yang saksama dan bersedia di masa depan. Pengalaman kami dalam perancangan dan pelaksanaan projek yang besar serta pembelajaran daripada kerja yang telah dilaksanakan oleh Adani Foundation akan membantu kami mempercepat program-program ini secara unik. Sumbangan daripada Keluarga Adani ini berhasrat untuk menarik beberapa minda terbaik yang mempunyai minat untuk membawa perubahan dalam perjalanan Adani Foundation bagi melaksanakan lebih banyak lagi usaha dalam memenuhi falsafah kami, 'Berkembang dengan Kebaikan'."

Pada kesempatan ini, Encik Azim Premji, Pengerusi Azim Premji Foundation dan Pengerusi Pengasas Wipro Limited yang diiktiraf secara meluas sebagai salah seorang dermawan terhebat pada zaman ini berkata, "Komitmen Gautam Adani dan keluarganya terhadap kedermawanan harus menjadi contoh yang kita semua boleh cuba lakukan untuk mengamalkan prinsip Amanah Kekayaan Mahatma Gandhi ketika di puncak kejayaan perniagaan kita dan tidak perlu menunggu tahun-tahun kejatuhan kita." Beliau menambah lagi "Cabaran dan kemungkinan yang terdapat dalam negara kita menuntut kita sama-sama bersatu, merentasi semua jurang kekayaan, wilayah, agama, kasta dan banyak lagi. Saya mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Gautam Adani dan Yayasan beliau dalam merealisasikan usaha negara yang penting ini."

Selama bertahun-tahun, Adani Foundation telah bertindak balas terhadap perubahan keperluan masyarakat yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) – sama ada dalam bidang kehidupan yang lestari, kesihatan dan pemakanan, dan pendidikan untuk semua atau menangani kebimbangan alam sekitar – dengan fokus yang dipertingkatkan terhadap pemerkasaan wanita, bekerjasama dengan pelbagai para pemegang taruh di peringkat akar umbi. Hari ini, program ini telah merangkumi 3.7 juta orang di 2,409 buah kampung di 16 buah negeri di India.  

Imej: https://mma.prnasia.com/media2/1846397/Vidhya_Mandir_Students.jpg?p=medium600
Imej: https://mma.prnasia.com/media2/1846398/Adani_Vidhya_Mandir_Students.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1716106/Adani_Group_Logo.jpg?p=medium600

Gautam Adani with Adani Vidhya Mandir Students
Gautam Adani with Adani Vidhya Mandir Students
Source: Adani Enterprise Limited
Keywords: Education Environmental Products & Services Health Care/Hospital Utilities Corporate Social Responsibility Not for profit