omniture

TATA CHEMICALS EUROPE MEMBUKA KILANG PENANGKAPAN KARBON TERBESAR DI UK

Tata Chemicals Europe
2022-06-24 13:00 97

NORTHWICH, England, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tata Chemicals Europe ("TCE") hari ini membuka kilang penangkapan dan penggunaan karbon berskala perindustrian yang pertama di UK hari ini yang menandakan peristiwa penting dalam persaingan untuk mencapai sasaran sifar bersih di UK.

Tata Chemicals Europe Carbon Capture Plant, UK
Tata Chemicals Europe Carbon Capture Plant, UK

Pelaburan bernilai £20 juta ini telah disiapkan oleh Tata Chemicals Europe yang berpangkalan di UK, salah sebuah pengeluar natrium karbonat, garam dan natrium bikarbonat yang terkemuka di Eropah. Kilang ini menangkap 40,000 tan karbon dioksida setiap tahun - bersamaan dengan mengeluarkan 20,000 buah kereta di jalan raya dan mengurangkan pelepasan karbon TCE sebanyak lebih 10%. Projek ini akan membantu membuka masa depan penangkapan karbon kerana ia menunjukkan daya maju teknologinya dalam mengeluarkan karbon dioksida daripada pelepasan loji janakuasa dan menggunakannya dalam penggunaan pembuatan barangan mewah.

Pada peringkat pertama, karbon dioksida yang ditangkap daripada pelepasan penjanaan tenaga akan ditulenkan kepada gred makanan dan farmaseutikal serta digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan natrium bikarbonat yang dipanggil sebagai Ecokarb®. Proses unik dan inovatif ini telah dipatenkan di UK dengan paten selanjutnya sedang dalam proses menunggu di wilayah-wilayah utama di seluruh dunia.

Ecokarb® akan dieksport ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Kebanyakan natrium bikarbonat yang dieksport akan digunakan dalam hemodialisis untuk merawat orang yang menghidap penyakit buah pinggang.

Kilang penangkapan karbon ini yang disokong oleh geran bernilai £4.2 juta melalui Program Inovasi Tenaga Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Perindustrian ("BEIS") UK, menandakan satu langkah utama ke arah pembuatan mampan yang akan menyaksikan TCE menghasilkan natrium bikarbonat secara sifar karbon serta salah satu produk natrium karbonat dengan jejak karbon terendah di dunia. Ini semua digunakan untuk membuat barangan penting seperti kaca, detergen pencuci, produk farmaseutikal, makanan, makanan haiwan dan penulenan air.

Martin Ashcroft, Pengarah Urusan Tata Chemicals Europe berkata: "Penyiapan kilang penangkapan dan penggunaan karbon ini membolehkan kami mengurangkan pelepasan karbon sambil menjamin bekalan karbon dioksida berketulenan tinggi kami, satu bahan mentah penting yang membantu kami mengembangkan eksport produk gred farmaseutikal kami di seluruh dunia.

"Dengan sokongan syarikat induk kami, Tata Chemicals dan BEIS, kami telah berjaya menyampaikan projek yang sangat inovatif ini yang membolehkan operasi kami di UK mengambil langkah yang besar dalam perjalanan pengurangan pelepasan karbon kami. Sejak tahun 2000, kami telah mengurangkan intensiti karbon kami sebanyak 50% dan mempunyai pelan hala tuju yang jelas untuk mengurangkannya lagi sebanyak 80% menjelang tahun 2030."

Mengulas tentang pembukaan kilang ini, Setiausaha Negara bagi Perniagaan dan Tenaga, Kwasi Kwarteng berkata: "Kilang canggih yang disokong oleh pembiayaan kerajaan bernilai £4.2 juta ini menunjukkan cara penangkapan karbon yang menarik modal swasta baharu ke UK dan meningkatkan inovasi baharu dalam teknologi hijau.

"Kami bertekad untuk menjadikan UK sebagai peneraju dunia dalam penangkapan karbon yang akan membantu kami mengurangkan pelepasan dan menjadi sebahagian daripada perkara penting bagi masa depan perindustrian British."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: Penangkapan & Penggunaan Karbon | www.tatachemicalseurope.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1846557/Tata_Chemicals_Europe.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1846556/Tata_Chemicals_Europe_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Tata Chemicals Europe
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Corporate Expansion