omniture

WISE MELANCARKAN BUKU PANDUAN PERTAMA TENTANG EKOSISTEM PEMBELAJARAN PADA MINGGU TEKNOLOGI PENDIDIKAN LONDON

WISE
2022-06-24 14:52 92

Pengenalan buku tersebut dilaksanakan pada penghujung perbincangan berkisarkan inovasi dan Teknologi Pendidikan yang berlangsung selama seminggu dan dianjurkan oleh inisiatif tersebut

DOHA, Qatar, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Dengan tumpuan asas terhadap Teknologi Pendidikan, WISE, sebuah inisiatif Qatar Foundation, mengadakan siri perbincangan ketika Minggu Teknologi Pendidikan London yang menghimpunkan para profesional berpengaruh dari seluruh ekosistem pembelajaran untuk membentangkan wawasan serta menawarkan pendapat mereka tentang trend pembelajaran masa kini di Eropah dan negara-negara lain. Pemecut Teknologi Pendidikan WISE menganjurkan bual bicara dengan usaha niaga seperti OBRIZUM dan Educare serta membuka ruang perbincangan tentang pembiayaan selain strategi tradisional, idea untuk mempercepat pelancaran di pasaran serta kerjasama awam dan swasta dalam teknologi pendidikan.

Elyas Felfoul, Pengarah Pembangunan Dasar & Perkongsian WISE mengulas: "WISE tidak boleh melepaskan peluang untuk tampil di London pada tahun ini bagi menyerlahkan kehebatan kerjasama, menjadi rakan kongsi inovasi dan membentangkan idea serta teknologi baharu yang mencorakkan pembelajaran dan pengajaran."

Satu lagi perbincangan penting yang diadakan di London ialah pelancaran Learning Ecosystem Playbook oleh WISE Living Lab (Buku Panduan Ekosistem Pembelajaran). Buku yang unik ini menyediakan para pembaca dengan alat untuk merancang dan mengusahakan langkah-langkah praktikal yang berperanan sebagai rangka tindakan kepada para pendidik untuk meniru model Ekosistem Pembelajaran dalam komuniti dan konteks mereka sendiri.

Topik tentang Ekosistem Pembelajaran telah menjadi bidang yang semakin diminati sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang memberi gambaran tentang corak masa depan pendidikan jika penyedia pembelajaran bukan tradisional berkongsi teknologi dan sumber serta bekerjasama untuk mencipta dan meningkatkan peluang pembelajaran bersama-sama dalam komuniti mereka. Dengan mengambil kira faktor ini, serta penyelidikan dan potensi untuk meningkatkan akses kepada Ekosistem Pembelajaran pendidikan yang berkualiti, Buku Panduan ini menyediakan panduan yang jelas tentang cara membangun dan menguruskan ekosistem. Dibahagikan kepada tiga bahagian, buku ini membantu para pembaca menyedia, mereka bentuk dan menyesuaikan ekosistem pembelajaran mereka dengan para pelajar.

Dalam satu sesi khas yang diadakan pada Minggu Teknologi Pendidikan London, Aurelio Amaral, Ketua Ekosistem Pembelajaran mengulas: "Kami berharap agar pihak berkepentingan pendidikan di seluruh dunia akan bersemangat untuk membina dan mengukuhkan ekosistem pembelajaran yang memberangsangkan dalam komuniti mereka. Dan kami tidak sabar untuk mendengar daripada mereka tentang bagaimana mereka mengguna pakai alat dan petua dalam buku tersebut. Maklum balas daripada mereka akan membantu WISE mengembang dan menyesuaikan cadangan kami mengikut konteks."

Untuk maklumat lanjut tentang Learning Ecosystems Playbook ini, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang WISE: https://www.wise-qatar.org.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/969958/Wise_Logo.jpg?p=medium600

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
media@wise.org.qa 

Source: WISE
Keywords: Computer/Electronics Education Children-related news Corporate Social Responsibility Trade show news