omniture

LeadSquared memperoleh $153 juta daripada WestBridge Capital; Mencapai Nilai $1 bilion

LeadSquared
2022-06-24 19:00 97

ATLANTA, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Platform automasi jualan, LeadSquared baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pelaburan sebanyak USD153 juta dalam pusingan pembiayaan Siri C daripada WestBridge Capital. 

LeadSquared founders Sudhakar Gorti, Nilesh Patel & Prashant Singh
LeadSquared founders Sudhakar Gorti, Nilesh Patel & Prashant Singh

Diasaskan oleh Nilesh Patel, Prashant Singh dan Sudhakar Gorti pada tahun 2011, visi LeadSquared adalah untuk menjadikan perisian pelaksanaan jualan berkelajuan tinggi sebagai enjin pertumbuhan untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia. 

LeadSquared telah membina satu platform jualan global terbaik yang mengambil alih kerja agakan daripada pelaksanaan jualan dan menjadikan kecekapan sebagai fokus bagi setiap interaksi pelanggan, tidak kira betapa rumitnya perjalanan pelanggan tersebut. Ia kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 2,000 pelanggan di seluruh dunia. 

"Kami bersyukur atas sokongan para pelabur kami ketika kami berusaha untuk membina LeadSquared menjadi perniagaan yang penting di peringkat global. Dengan pembiayaan ini, kami akan menggandakan pelaburan pertumbuhan di India dan Amerika Utara, mula membina cawangan di APAC dan EMEA, serta menambah tawaran baharu kepada portfolio produk kami dan pengambilalihan dana. Bagi menyokong pertumbuhan ini, kami merancang untuk menggandakan jumlah pekerja kami dalam tempoh 18 bulan akan datang," kongsi Nilesh Patel, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif LeadSquared.

Mengulas tentang pelaburan ini, Sumir Chadha, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan WestBridge Capital berkata, "LeadSquared telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dalam meningkatkan kapasiti dan berkembang dengan cekap. Metrik SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan) utamanya adalah unik dan yang terbaik dalam industri ini. Fokusnya untuk membina platform mudah digunakan yang mengubah proses jualan melalui automasi yang memberikan kecekapan yang tiada tandingan, mempunyai potensi yang signifikan untuk pertumbuhan dalam pasaran global. Masa Depan LeadSquared sangat mengujakan buat kami dan kami menantikan kerjasama yang panjang dengan syarikat ini."

Rakan Kongsi Urusan Gaja Capital, Gopal Jain berpendapat, "LeadSquared melonjak dengan pantas sebagai peneraju dalam kategori perisian pelaksanaan jualan berkelajuan tinggi. Nilesh dan pasukan telah membina sebuah platform yang kukuh dengan ekonomi unit yang teguh. Dengan pusingan ini, syarikat ini mempunyai kunci kira-kira yang kuat untuk terus melabur bagi pertumbuhan di India serta pasaran antarabangsa, terutamanya Amerika Syarikat. Kami berharap LeadSquared dapat menjadi enjin pertumbuhan untuk syarikat yang bercita-cita tinggi di India dan di seluruh dunia."

LeadSquared ialah rakan kongsi pertumbuhan untuk organisasi dalam bidang pendidikan tinggi, teknologi pendidikan, pendidikan profesional, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan. LeadSquared beribu pejabat di Bengaluru, India di samping pejabatnya yang lain di Amerika Syarikat, APAC dan EMEA.

Para pelabur sedia ada syarikat ini termasuk Gaja Capital, IFC dan Stakeboat Capital. 

Barclays bertindak sebagai ejen penempatan eksklusif bagi pusingan pembiayaan Siri C ini.

Hubungan Media: Arushi Dhar; pr@leadsquared.com

ID E-mel Jualan: Shubhankit Mishra sales@leadsquared.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1846809/LeadSquared_Founders.jpg?p=medium600

Source: LeadSquared
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Design Automation Financing agreements Venture Capital