omniture

USANA Malaysia Dinobatkan Sebagai Jenama Penokok Diet Gabungan No. 1 oleh Euromonitor International

USANA
2022-06-24 20:20 184

Euromonitor International mengiktiraf USANA Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- USANA Malaysia baru-baru ini telah diiktiraf sebagai jenama terbaik oleh syarikat gergasi dalam penyelidikan pasaran iaitu Euromonitor International. Dengan penganugerahan gelaran Jenama Penokok Diet Gabungan No. 1 di Malaysia—ia menandakan kali keempat bagi Malaysia menerima pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini berdasarkan penyelidikan pasaran yang dijalankan oleh Euromonitor terhadap bahagian nilai runcit USANA di antara semua jenama makanan tambahan di negara ini.*

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang USANA, sila layari USANA.com.

"Menerima anugerah ini selama empat tahun berturut-turut merupakan suatu penghormatan bagi kami," ujar Vivienne Lee, Naib Presiden Serantau USANA untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Taiwan. "USANA ialah sebuah syarikat yang anda boleh percayai dan menerima anugerah ini daripada Euromonitor telah membuktikan kualiti produk kami serta kerja keras dan dedikasi yang dijelmakan oleh setiap pekerja. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan tempatan dan Rakan Sekutu kami kerana meletakkan kepercayaan mereka terhadap syarikat ini dan memberi reputasi yang positif kepada USANA di pasaran."

Sebagai penyedia penyelidikan pasaran bebas yang terkemuka di dunia, rangkaian global penganalisis Euromonitor menyelidik trend dan pendorong utama. Laporannya menyediakan data strategik, analisis dan trend pengguna dalam satu sumber dengan harga berpatutan untuk memperkasakan organisasi dan jenama dari pelbagai saiz.

"Ia menggembirakan dapat menyaksikan USANA Malaysia memperoleh gelaran hebat ini daripada Euromonitor," kata David Mulham, Ketua Pegawai Jualan USANA.

"Anugerah ini merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi pasukan di Malaysia dan kami berasa amat bangga. Dedikasi dalam menyebarkan mesej kesihatan dan makanan tambahan kami yang berkualiti tinggi menjadi bahagian besar kepada penyebab syarikat kami diiktiraf oleh Euromonitor selama empat tahun berturut-turut," kata Sabrina Khoo, Pengurus Besar USANA Malaysia.

Tentang USANA
USANA (NYSE:USNA) berbangga kerana menyediakan produk pemakanan berkualiti tinggi yang tersedia di seluruh dunia kepada para pengguna. Daripada makanan tambahan yang memenangi anugerah hingga rangkaian produk Active Nutrition dan penjagaan kulit Celavive yang inovatif, USANA telah terbukti selama hampir 30 tahun sebagai sebuah syarikat yang anda boleh percayai. Mengapa anda tidak mencubanya sekarang? Membeli di
USANA.com atau ketahui lebih lanjut di whatsupUSANA.com.

* Dakwaan: "USANA – Jenama Penokok Diet Gabungan No. 1 di Malaysia" Nota Kaki: " Sumber: Euromonitor International Limited, Combination Dietary Supplements; % retail value share, 2021 data. CH2022ed."
Tempoh sah bagi Dakwaan Jenama: 1 Mei 2022- 30 April 2023

Hubungan Media: Amy Haran
Naib Presiden Eksekutif Komunikasi
(801) 954-7641
media(at)USANAinc(dot)com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/547824/USANA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: USANA
Related Stocks:
NYSE:USNA
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Awards