omniture

Penyelesaian Pengurusan Kemajuan Pembinaan HoloBuilder™ FARO Memperoleh Penerimagunaan Meluas

FARO
2022-06-24 21:26 383

—Setahun Selepas Pengambilalihan, Perjanjian 'Enterprise' GOLDBECK Mewakili Contoh Sempurna—

LAKE MARY, Florida, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- FARO® Technologies, Inc. (Nasdaq: FARO), peneraju global dalam penyelesaian realiti digital 4D, hari ini mengiktiraf secara rasmi perjanjian #Enterprise oleh GOLDBECK untuk menggunakan penyelesaian Pengurusan Kemajuan Pembinaan HoloBuilder FARO di seluruh perusahaan sebagai petunjuk penerimagunaan pasaran yang memberangsangkan terhadap HoloBuilder setelah pengambilalihan syarikat tersebut oleh FARO pada bulan Jun 2021, yang mendayakan penyelesaian #DigitalReality serba lengkap yang pertama dalam industri. 

HoloBuilder
HoloBuilder

Melalui penggunaan teknologi tangkapan gambar secara 360°, HoloBuilder membolehkan suatu cara yang pantas, mudah dan cekap untuk mengurus kemajuan projek dan merakam sejumlah besar maklumat visual yang boleh diakses dengan serta-merta dari mana-mana sahaja. Penyepaduan dengan kamera 360° yang terbaik dan alatan perisian pihak ketiga menjadikan #ConstructionTechnology mudah diguna pakai dan dilaksanakan di seluruh pasukan pembinaan global.

GOLDBECK membuat keputusan untuk melancarkan HoloBuilder di seluruh organisasi (iaitu perjanjian Enterprise) setelah menggunakan platform ini dalam projek pembinaan utama. Dengan HoloBuilder, lebih 10,000 orang pekerja GOLDBECK memperoleh manfaat daripada penyelesaian digital bukan hanya di pejabat malah di tapak kerja juga. Pengurus tapak menggunakan platform ini untuk menjejak dan mendokumenkan kerja pembinaan dengan tepat, memautkan gambar 360° tapak kepada pelan bangunan digital, menyusunnya mengikut lokasi dan masa serta menyimpannya dengan selamat di awan.

"Kami teruja kerana GOLDBECK telah menjadikan penyelesaian perusahaan kami tersedia di seluruh organisasi mereka," ujar Brian Kelly, Naib Presiden HoloBuilder FARO. "Sambil kami meraikan ulang tahun kerjasama dengan FARO, kami juga telah mencapai kemajuan yang luar biasa ke arah memperkasakan para profesional pembinaan dengan penyelesaian yang mereka perlukan bagi meningkatkan kecekapan projek. GOLDBECK merupakan suatu contoh sempurna tentang sebuah firma global yang merealisasikan potensi penuh dan kelebihan daya saing menggunakan kedua-dua pengimbasan laser 3D berketepatan tinggi melalui FARO serta menangkap gambar 2D 360° dalam masa nyata dan kerjasama jarak jauh dengan HoloBuilder."    

"Pendigitalan menggunakan HoloBuilder menjadikannya lebih mudah untuk mengurus dan mendokumenkan kemajuan pembinaan di mana pengurus tapak kami dan semua orang yang terlibat dalam perancangan boleh mengumpul, menilai dan menggunakan data dengan lebih baik," tambah Sina Schliestedt, Ketua Pasukan BIM GOLDBECK.

Sejak tahun pengambilalihan FARO, HoloBuilder terus menambah baik tawarannya, melancarkan ciri-ciri baharu yang penting termasuk Premium Analytics, HoloBuilder API dan SnapShots. Fungsi Premium Analytics yang meluas ini memperkasakan kepemimpinan teknologi dan operasi untuk menanda aras projek, para pengguna dan penggunaan pada peringkat perusahaan. API yang fleksibel ini membolehkan para pengguna menghapuskan silo data dengan menghubungkan HoloBuilder kepada alatan dalaman untuk memanfaatkan potensi penuh tapak kerja maya. SnapShots yang boleh dikongsi membolehkan para pengguna untuk memilih dan berkongsi gambar tertentu sesebuah projek dengan pihak berkepentingan terpilih. Gabungan alatan baharu yang hebat ini terus mendorong permintaan industri yang kukuh terhadap HoloBuilder.   

Tentang FARO
FARO memberi perkhidmatan kepada pasaran AEC (Seni Bina, Kejuruteraan & Pembinaan), O&M (Operasi & Penyelenggaraan), Metrologi 3D dan Analisis Keselamatan Awam. Selama lebih 40 tahun, FARO telah menjadi perintis dalam #RealityCapture, menghubungkan dunia digital dan fizikal melalui ketepatan, kepersisan dan kesegeraan yang dipacu data, memberikan penyelesaian teknologi terkemuka dalam industri yang membolehkan para pelanggan mengukur dunia mereka dan menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan yang lebih bijak dengan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.faro.com atau www.holobuilder.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1845966/HoloBuilder.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/95369/faro_technologies__inc__logo.jpg?p=medium600  

Source: FARO
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronics Performance Measurement