omniture

KSS Memperoleh Teknologi LIONEX, Melancarkan Penyelesaian Li-PROTM Proprietari

Koch Separation Solutions
2022-06-25 00:00 864

WILMINGTON, Massachusetts, 25 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Koch Separation Solutions (KSS) hari ini mengumumkan pemerolehan teknologi LIONEX daripada Chemionex Inc. Pemerolehan ini berfungsi sebagai asas untuk melancarkan proses Li-PRO™ milik syarikat yang menampilkan penyelesaian global proprietari untuk Pengekstrakan Litium Langsung (DLE).

"Pelancaran proses Li-PRO yang digabungkan dengan keupayaan EPC yang lebih luas daripada syarikat induk kami, Koch Engineered Solutions, akan menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung yang lengkap kepada para pelanggan DLE," kata Manny Singh, Presiden KSS.

Proses Li-PRO™ ialah konfigurasi proses DLE yang dioptimumkan yang menggabungkan media pengekstrakan litium terpilih secara khusus dengan peralatan KSS terkemuka termasuk prarawatan berasaskan membran PURON® yang teguh, pengekstrakan lapisan litium mampat Recoflo®, pelembutan Recoflo dan operasi kepekatan osmosis songsang (RO) dengan pemulihan tahap tinggi untuk menghasilkan larutan litium klorida yang ditulenkan. Penyelesaian ini ditujukan kepada para pelanggan yang inginkan penyelesaian optimum untuk membangunkan bahan bateri litium bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap bateri litium terutamanya dalam kenderaan elektrik.

"Aspek inovatif dan paten yang masih menunggu kelulusan bagi penyelesaian Li-PRO ini akan bersinergi dengan keupayaan KSS yang bertaraf dunia dalam teknologi pertukaran dan penyerapan ion, penurasan membran dan pemisahan haba. Gabungan ini akan memberikan pemulihan dan ketulenan litium, penggunaan kimia, kecekapan air dan konfigurasi sistem ringkas yang unggul yang mengoptimumkan CAPEX dan OPEX para pengeluar litium," kata Singh.

KSS akan menawarkan proses Li-PRO sebagai suatu tawaran lengkap atau sebagai proses pemisahan kendiri, bergantung kepada keperluan unik pelanggan. Pada peringkat permulaan, pasukan mereka akan melibatkan para pembangun dalam fasa rintis untuk memperhalusi reka bentuk proses bagi setiap langkah dan bekerja secara kolaboratif untuk melaksanakan operasi berskala kecil hingga besar mengikut spesifikasi prestasi yang dioptimumkan.

Untuk maklumat lanjut tentang keupayaan pengekstrakan litium KSS, sila hubungi getinfo@kochsep.com.

Tentang Koch Separation Solutions

Koch Separation Solutions (KSS) mengubah landskap sektor pemisahan dengan memanfaatkan teknologi bersinergi seperti penurasan membran, pertukaran ion, penyejatan dan pengeringan. Berbekalkan pengalaman berharga selama lebih setengah abad, KSS menawarkan penyelesaian untuk penggunaan yang paling sukar di seluruh pasaran makanan dan minuman, sains hayat dan perindustrian am. KSS berhasrat untuk mencipta lebih banyak nilai kepada para pelanggannya di seluruh dunia dengan menawarkan penyelesaian yang lengkap untuk memulihkan produk bernilai tinggi, menyingkirkan sisa, mengurangkan jejak, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos. KSS ialah sebuah syarikat Koch Engineered Solutions. Maklumat lanjut boleh didapati di www.kochseparation.com

Sila hubungi: Emily Rogers
E-mel:
Emily.rogers@kochsep.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1021824/Koch_Separation_Solutions_pro_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Koch Separation Solutions
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Acquisitions, mergers, takeovers New products/services