omniture

Forum Pembangunan Dana OPEC Pertama komited untuk memanfaatkan dana bagi menangani cabaran global

OPEC Fund for International Development
2022-06-25 19:59 579

VIENNA, 25 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Rakan usaha sama pembangunan yang menghadiri Forum Pembangunan Dana OPEC di Vienna minggu ini menunjukkan keazaman mereka untuk menangani cabaran global yang mendesak dengan menyatakan komitmen baharu untuk memberi sokongan kewangan dan menandatangani perjanjian kerjasama.

OPEC Fund and the Republic of Kosovo signed the "Framework Agreement for Private Sector Operations." Pictured from left to right: Tareq Alnassar, Assistant Director-General, Private Sector & Trade Finance Operations; Hekuran Murati, Minister of Finance, Labor and Transfers of the Republic of Kosovo; Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund Director-General; Violet Onyemenam, General Counsel OPEC Fund.

Upacara menandatangani perjanjian dan pengumuman ini merangkumi perkara berikut:

  • OPEC Fund dan Republik Kosovo menandatangani "Perjanjian Rangka Kerja untuk Operasi Sektor Swasta," yang bertujuan untuk mengukuhkan sektor swasta di Kosovo dengan tumpuan khusus pada infrastruktur, kesalinghubungan, tenaga dan air. Pengarah OPEC Fund, Dr. Abdulhamid Alkhalifa telah melawat Kosovo pada bulan Jun dan menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama tersebut.
  • Bank Pembangunan Asia dan OPEC Fund melancarkan sebuah dana amanah untuk menambah baik tahap kesediaan projek di negara-negara membangun. Sebagai sumbangan pertamanya, OPEC Fund memperuntukkan komitmen sebanyak USD3 juta untuk dana tersebut dengan bantuan teknikal yang akan disediakan untuk meningkatkan pelaksanaan projek pelaburan melalui penyediaan, reka bentuk dan perolehan yang diperkukuh.
  • OPEC Fund dan bank pembangunan Amerika Selatan serantau, FONPLATA, menandatangani "Perjanjian Kerjasama" untuk memperluas dan mendalami kerjasama ini melalui pembiayaan bersama projek strategik yang lebih banyak di rantau Amerika Latin dan Caribbean, tempat FONPLATA beroperasi.
  • OPEC Fund bergabung dengan Dana Pembangunan Modal PBB (UNCDF) dan Tenaga Lestari untuk Semua (SEforALL) untuk mereka bentuk dan merealisasikan Hab Inovasi Tenaga dan Kewangan Iklim baharu yang akan dilancarkan pada persidangan iklim PBB, COP27, di Mesir pada bulan November. Direka cipta sebagai sebuah platform dasar dan kewangan global yang serba lengkap, hab ini akan memanfaatkan kuasa inovasi kewangan untuk mendapatkan sumber, menyingkap, mengurangkan risiko dan meningkatkan pelaburan dalam akses dan peralihan tenaga. Menyedari akan peranan penting yang dimainkan oleh 'masakan bersih', OPEC Fund memperuntukkan sebanyak USD100 juta untuk menyokong projek berkaitan di Republik Demokratik Congo, Madagascar, Malawi dan Rwanda sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut.
  • Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA) dan OPEC Fund telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman untuk memudahkan akses kepada penyelesaian pembiayaan kewangan yang inovatif, membuka peluang pelaburan dan menyokong pembangunan projek untuk memajukan pelaburan tenaga boleh baharu serta mendayakan akses kepada kewangan lestari dalam ekonomi baru muncul dan membangun.

Ketua Pengarah OPEC Fund, Dr. Alkhalifa berkata: "Komitmen dan perjanjian baharu ini merupakan deklarasi hasrat kami untuk bergabung tenaga dalam menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini. Satu keputusan yang jelas daripada acara kami ialah perlunya tindakan bersama yang dilakukan segera dengan bidang sasaran seperti perubahan iklim, akses tenaga dan bekalan makanan. Kami amat bersemangat dengan kejayaan dan momentum positif yang dijana daripada Forum kami yang memberi kami tenaga untuk bergerak ke hadapan dengan lancar dan berkuasa."

Forum Pembangunan Dana OPEC iaitu "Memacu Ketahanan & Ekuiti", menghimpunkan para pemimpin kerajaan, menteri dari negara anggota dan rakan usaha sama OPEC Fund, ketua institusi Kumpulan Penyelaras Arab, pegawai kanan bank pembangunan multilateral dan organisasi antarabangsa serta wakil dari sektor swasta. Acara ini termasuk panel mengenai "Cabaran Iklim vs Keperluan Tenaga - Perspektif Pembangunan," "Inovasi yang Membolehkan Masa Depan Tenaga Pintar" dan "Menukar Cita-Cita Awam kepada Tindakan Berkesan" yang ditutup dengan perbincangan tentang "Pemilikan Bersama Selatan-Selatan dalam Kemajuan Pembangunan."

Tarikh Forum Pembangunan Dana OPEC 2023 akan diumumkan tidak lama lagi.

Tentang OPEC Fund

OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang dimandatkan secara global yang menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini bekerjasama dengan rakan negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. OPEC Fund telah ditubuhkan oleh negara-negara anggota OPEC pada tahun 1976 dengan tujuan yang penting: untuk memacu pembangunan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Usaha kami adalah berpusatkan manusia dengan fokus kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan penting seperti makanan, tenaga, infrastruktur, pekerjaan (terutama yang berkaitan dengan MSME), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk menyediakan pembiayaan bernilai lebih USD22 bilion bagi projek pembangunan di lebih 125 buah negara dengan jumlah anggaran kos projek sebanyak USD187 bilion. OPEC Fund dinilai dengan AA+/Outlook Stable oleh Fitch dan AA/A-1+, Positive Outlook oleh S&P pada tahun 2021. Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah dunia yang menjadikan pembangunan lestari sebagai suatu realiti bagi semua orang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847057/OPEC_Fund_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847058/OPEC_Fund_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847059/OPEC_Fund_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847060/OPEC_Fund_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847061/OPEC_Fund_5.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847062/OPEC_Fund_6.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1584526/OPEC_Fund_Logo.jpg?p=medium600

The Asian Development Bank and the OPEC Fund launched a trust fund to improve project readiness in developing countries. Pictured from left to right: Ahmed M. Saeed, ADB Vice-President for the East Asia Department, the Southeast Asia Department, and the Pacific Department; Eugene Zhukov ADB Director General for Central and West Asia; Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund Director-General; Violet Onyemenam, General Counsel OPEC Fund.

The OPEC Fund and the regional South American development bank FONPLATA. Pictured from left to right: Mr. Juan Enrique Notaro Fraga, Executive President FONPLATA; Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund Director-General.

The OPEC Fund, UNCDF & SEforALL announce the launch of a Climate Finance and Energy Innovation Hub at the OPEC Fund Dev Forum. Pictured from left to right: Shaimaa Al-Sheiby, OPEC Fund Senior Director, Strategic Planning & Economic Services; Damilola Ogunbiyi, CEO of SEforALL; Preeti Sinha, Executive Secretary UNCDF; Lerato Mbele, Journalist.

International Renewable Energy Agency (IRENA) and the OPEC Fund signed a Memorandum of Understanding. Pictured from left to right: Francesco La Camera, IRENA Director-General; Dr. Abdulhamid Alkhalifa, OPEC Fund Director-General.

OPEC Fund Development Forum, Hofburg, Vienna.
OPEC Fund Development Forum, Hofburg, Vienna.

Source: OPEC Fund for International Development
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Environmental Issues Environmental Policy