omniture

Thailand Manfaatkan Kreativiti, Teknologi, Penuhi Permintaan Pengguna untuk Barangan Gaya Hidup Mesra Alam

DITP
2022-06-27 16:33 166

BANGKOK, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pembuat barangan hiasan, perabot, fesyen dan barangan gaya hidup lain di Thailand telah menjangkakan permintaan pengguna global yang semakin meningkat terhadap produk mesra alam, dengan mencipta penyelesaian inovatif yang berasaskan kepada sumber bio yang boleh didapati di kawasan setempat dan semakin terlibat dalam aktiviti kitar semula, sejajar dengan model ekonomi Bio-Kitaran-Hijau (BCG) dan agenda pembangunan mampan negara ini, kata para pegawai dan ahli-ahli perniagaan Thai di simposium dan pameran BCG baru-baru ini di Bangkok.

"Thailand: Be the ChanGe" the slogan of the campaign to promote Thai lifestyle products made in line with the country's Bio-Circular-Green (BCG) economy model.
"Thailand: Be the ChanGe" the slogan of the campaign to promote Thai lifestyle products made in line with the country's Bio-Circular-Green (BCG) economy model.

Kerajaan Thai telah menjadikan Model Ekonomi BCG sebagai agenda negara untuk memupuk pembangunan ekonomi mampan dan membantu mencapai objektif-objektif alam sekitar dan iklim. Thailand juga telah mengisytiharkan BCG sebagai tumpuan utama bagi jawatan presiden mesyuarat-mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) sepanjang tahun 2022.

"Thailand berada di barisan hadapan dan mempelopori prinsip-prinsip BCG. Kami menyokong dan menggalakkan pereka Thai, perusahaan berasaskan reka bentuk serta syarikat pemula Thai agar banyak yang menjadi suri teladan untuk diikuti oleh industri ini," kata M.L. Kathathong Thongyai, seorang eksekutif di Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP), Kementerian Perdagangan.

Para pengguna dan syarikat-syarikat di seluruh dunia semakin bertransformasi menjadi warga jagat yang peka terhadap alam sekitar. Tinjauan Kajian Kelestarian Global 2021 mendedahkan bahawa 85 peratus penduduk di seluruh dunia menunjukkan bahawa mereka telah mengubah tingkah laku pembelian mereka ke arah lebih lestari dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Terkenal dengan ketukangannya, syarikat-syarikat Thai menggunakan reka bentuk dan teknologi dalam mengubah sisa semula jadi dan industri untuk menghasilkan pelbagai produk yang menggembirakan pengguna dan dalam masa yang sama menjamin kelestarian.

"Kami agak lama menggunakan reja, sekerap kayu dan habuk kayu dalam produk-produk yang kami eksport ke Jepun dan tempat-tempat lain, namun begitu apa yang kami lakukan sekarang adalah menangani masalah di peringkat akar umbi dengan menjadikan objektif sisa sifar sebagai sebahagian daripada reka bentuk dari peringkat awal lagi," kata En. Jirachai Tangkitngamwong, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan Pemasaran, Deesawat Industries, pengeluar perabot dan lantai yang mempamerkan koleksi baharu semasa Milan Design Week.

Syarikat berkenaan merupakan salah satu penerima label DEWA/DEWI, singkatan untuk Design from Waste of Agriculture and Design from Waste of Industry (Reka Bentuk daripada Sisa Pertanian dan Reka Bentuk daripada Sisa Industri), dikeluarkan oleh Kerajaan Thailand untuk mempromosikan inisiatif-inisiatif yang membangunkan penggunaan kreatif kitar semula dan pembangunan bahan-bahan baharu mesra alam dalam pembuatan produk gaya hidup.

Satu lagi penerima label, New Arriva, yang lebih dikenali dengan jenama Qualy, menghasilkan barangan hiasan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan pukat terbuang yang dikitar semula, beg plastik dan botol. Syarikat berkenaan yang merupakan peserta tetap bagi pameran hiasan rumah global, mengeksport barang-barang mesra alamnya ke lebih 50 negara. 

Pembuat kasut fesyen bernama UPCYDE, yang bermatlamat untuk memacu kelestarian dalam industri fesyen dan pertanian dengan mengitar tinggi sebahagian daripada sejumlah besar sisa pertanian, turut menerima label tersebut. UPCYDE mencampurkan daun pisang dengan getah untuk menghasilkan bahan lebih tahan lama yang dikenali sebagai kulit daun (leaf leather).

Memandangkan kelestarian menjadi matlamat masyarakat untuk membentuk dunia, potensi yang cerah masa depan menanti kedua-dua pencipta dan pengguna produk mesra alam, seterusnya meninggikan harapan bahawa dunia yang lebih hijau pastinya dapat dicapai.

 

Source: DITP
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Retail Conservation/Recycling Trade show news