omniture

NEOM dan McLaren Racing mengumumkan perkongsian gelaran strategik bagi memacu pembangunan inovasi dan bakat dalam sukan permotoran elektrik

NEOM
2022-06-27 20:38 190
  • NEOM dan McLaren Racing akan bersatu sebagai 'NEOM McLaren Electric Racing' untuk bertanding dalam kesemua sukan Formula E dan Extreme E bagi memacu inovasi yang menerajui sukan permotoran lestari.
  • McLaren Racing akan menjadi penyewa asas di Kampus Penyelidikan dan Inovasi OXAGON, kawasan yang menempatkan industri canggih dan bersih NEOM. 

NEOM, Arab Saudi, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, NEOM mengumumkan kerjasama strategik dengan McLaren Racing sebagai rakan kongsi gelaran bagi pasukan perlumbaan McLaren Formula E dan Extreme E yang menyatukan dua siri perlumbaan elektrik sepenuhnya untuk kali pertama di bawah nama 'NEOM McLaren Electric Racing'.

The NEOM McLaren Extreme E and Formula E race cars
The NEOM McLaren Extreme E and Formula E race cars

Mengulas tentang kerjasama tersebut,  Nadhmi Al-Nasr, Ketua Pegawai Eksekutif NEOM berkata: "Kerjasama kami dengan McLaren Racing melengkapkan komitmen NEOM untuk memacu penyelesaian lestari dan menangani beberapa cabaran paling mendesak dalam masyarakat. Kerjasama ini akan membolehkan kami berkongsi sumber dan pengalaman kolektif kami untuk menjana hasil yang menarik, bukan sahaja untuk organisasi kami sendiri, malah untuk industri automotif dan sukan yang lebih luas. NEOM merupakan jentera ekonomi bagi Kerajaan Arab Saudi dan akan menjadi hab untuk perniagaan inovatif seperti McLaren Racing, yang akan menjalankan penyelidikan silang industri, berinkubasi, bekerjasama dan membawa teknologi baharu ke seluruh dunia."

McLaren akan bekerjasama dengan NEOM dalam pelbagai bidang, menjadi rakan kongsi yang mengasaskan OXAGON, sebuah bandar di NEOM yang telah dipilih untuk menjadi lokasi rangka tindakan masa depan industri canggih dan bersih serta hab untuk berinovasi. McLaren akan ditempatkan di Kampus Penyelidikan dan Inovasi OXAGON yang direka bentuk oleh arkitek antarabangsa, Grimshaw. Kampus ini bakal menyediakan kemudahan dan ruang kerjasama canggih yang mempercepat idea dari makmal ke pasaran bagi membangunkan industri dan produk masa depan.

Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Racing berkata: "Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan NEOM ke dalam keluarga McLaren Racing. Ini merupakan cara yang sangat menarik bagi memulakan kemasukan kami ke dalam sukan Formula E dan menyatukan siri perlumbaan kenderaan elektrik kami. Kami teruja untuk memperkenalkan NEOM McLaren Electric Racing dan bekerjasama dengan NEOM dalam memupuk bakat dan memacu inovasi. Kerjasama dengan OXAGON akan membolehkan kami memberi sumbangan yang bermakna melalui program Pemecutan kami dan membantu dalam pembangunan industri yang canggih dan bersih."

Selain itu, melalui program Pemecutan yang dibangunkan secara khusus, dengan data dipacu prestasi yang boleh diterjemahkan ke dalam budaya dan pemikiran rakan kongsinya, McLaren akan meminjamkan kepakaran digital dan analitiknya sebagai rakan kongsi teknikal bagi ekosistem pembuatan canggih dan bersih OXAGON.

Elemen yang lebih penting dalam kerjasama ini akan dilancarkan pada tahun 2023 dan selaras dengan komitmen NEOM untuk membangunkan bakat rakyat Arab Saudi, McLaren dan NEOM akan mencipta program yang dibangunkan secara khusus untuk melatih jurutera dan pelajar; Dua puluh graduan Arab Saudi daripada Program Siswazah NEOM masing-masing akan mengambil bahagian dalam program penempatan selama setahun dengan McLaren Racing di Pusat Teknologi McLaren, United Kingdom. Program prestasi dan pembangunan yang dinamakan sebagai "The McLaren Way" ini akan membantu mencungkil prestasi dan potensi semua pasukan NEOM melalui pelbagai inisiatif.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan NEOM terhadap matlamat kelestarian sukan permotoran dalam kedua-dua Formula E dan Extreme E, dengan kedua-dua format perlumbaan yang bertanding dalam suasana perlumbaan yang menyeronokkan di seluruh dunia. Sebagai tambahan kepada kejayaan hubungan rakan kongsi utama Mercedes-EQ Formula E NEOM, Pasukan Formula E McLaren NEOM akan dibentuk melalui pemerolehan Pasukan Formula E Mercedes-EQ, yang dijangka diselesaikan pada akhir tahun ini dan bakal menyaksikan pasukan juara bertahan ini menjadi sebahagian daripada keluarga perlumbaan McLaren.

NEOM juga merupakan lokasi perlumbaan sulung musim kedua Extreme E yang berlangsung pada bulan Februari tahun ini. Perlumbaan ini membantu meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi akibat perubahan iklim serta keperluan untuk terus membangunkan teknologi sukan permotoran yang lestari di rantau ini.

Kerajaan Arab Saudi telah melabur secara besar-besaran dalam platform sukan permotoran sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kementerian Sukan untuk menganjurkan Formula E, Extreme E, Formula One dan Dakar Rally.

Tentang NEOM 

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Bandar ini akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi pekan dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang untuk melakukan penyelidikan, inkubasi dan mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menggambarkan etos antarabangsa dan menghayati budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke media@neom.com atau lawati www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom

Tentang McLaren Racing 

McLaren Racing diasaskan oleh pemandu kereta lumba New Zealand, Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan tersebut telah menyertai perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966 dan sejak itu, McLaren telah memenangi kejuaraan dunia Formula 1 sebanyak 20 kali, Grand Prix Formula 1 lebih 180 kali, Indianapolis 500 sebanyak tiga kali serta menjuarai Le Mans 24 Hours pada percubaan pertamanya.

Pasukan tersebut bertanding dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 FIA bersama Lando Norris dan Daniel Ricciardo, Siri NTT INDYCAR dengan pemandu Arrow McLaren SP, Pato O'Ward dan Felix Rosenqvist serta Kejohanan Extreme E bersama Emma Gilmour dan Tanner Foust. McLaren akan bertanding pada Musim ke-9 dalam Kejuaraan Dunia Formula E FIA pada tahun 2022/23.

McLaren merupakan pasukan F1 pertama yang dianugerahkan dengan Standard Kepercayaan Karbon pada tahun 2010 dan telah mengekalkannya sejak itu pada setiap dua kali setahun dan yang terbaharu pada bulan Februari 2021. Pasukan ini juga merupakan yang pertama dalam F1 yang diberi Anugerah Akreditasi Kelestarian FIA bertahap tiga bintang pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada rangka kerja Pensijilan Alam Sekitar FIA, sebelum menjadi penandatangan dalam Komitmen Tindakan Iklim Sukan PBB pada tahun 2021.

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Kehakiman, Washington DC. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1848113/NEOM.jpg?p=medium600

Source: NEOM
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Sporting Events Sports Joint ventures