omniture

Perjanjian Strategik Pijar Foundation dan EdHeroes Network: Global Future Talent Alliance dan Hab EdHeroes

EdHeroes Network
2022-06-28 17:43 58

JAKARTA, Indonesia, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah inisiatif pendidikan global, EdHeroes baru sahaja mengumumkan pelancaran hab miliknya di Indonesia. "Memorandum Kerjasama" yang sama telah ditandatangani dalam sebuah acara gilang-gemilang tertutup untuk para inovator dan pakar dalam bidang pendidikan pada 17 Jun 2022 di Ritz Carlton Pacific Place, Jakarta. Rakan kongsi utama di Indonesia ialah Pijar Foundation, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memangkin inisiatif masa depan melalui "tadbir urus kolaboratif" – gabungan sektor awam, swasta dan komuniti.

Cazadira Fediva Tamzil, Lead of GFTA by Pijar Foundation, and Osama Obeidat, EdHeroes Advisory Board member
Cazadira Fediva Tamzil, Lead of GFTA by Pijar Foundation, and Osama Obeidat, EdHeroes Advisory Board member

 

Pelancaran ini dihadiri oleh Raja Surakarta GPH Bhre Cakrahutomo Wira Sudjiwo, KGPATI Mangkunegara X, serta wakil-wakil daripada Kementerian Perusahaan Milik Negara Republik Indonesia, Yayasan Puteri Indonesia, Organisasi Kisah Kasih dan banyak lagi.

Ahli Lembaga Penasihat EdHeroes, Osama Obeidat, Ketua Pegawai Eksekutif Queen Rania Teacher Academy dan Shaun Conway, Pengasas merangkap Presiden iXO Foundation telah menandatangani memorandum ini dan menekankan pentingnya EdHeroes diperkenalkan secara rasmi di Hab Indonesia kerana akan terdapat pelbagai acara yang membawa kesan positif terhadap pendidikan di negara ini dalam beberapa tahun akan datang.

EdHeroes ialah sebuah inisiatif pendidikan global yang didorong oleh misi untuk menghimpun, menyokong dan memberi inspirasi kepada keluarga di seluruh dunia dengan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti. Rangkaian EdHeroes telah menyatukan lebih 63,000 penyokong serta menganjurkan acara global dan serantau secara berkala. Antara rakan kongsinya ialah: World Bank Group, UNESCO IITE, Dream a Dream, Teach For All, Wolfram, Educate Girls, Educate! dan banyak lagi.

Semasa pelancaran EdHeroes Hab Indonesia, Pijar Foundation turut mengumumkan inisiatif Global Future Talent Alliance (Pakatan Bakat Masa Depan Global).

"Global Future Talent Alliance" (GFTA) ialah sebuah ekosistem perkongsian sumber yang bekerjasama untuk menjalankan misi memperbaharui sektor pendidikan generasi seterusnya. Setakat ini, GFTA akan menghubungkan inovator pendidikan, dermawan serta organisasi lain yang berminat untuk menguji dan meningkatkan inisiatif bagi menutup jurang bakat global. Mekanisme perkongsian sumber GFTA membolehkan inisiatif pendidikan yang inovatif dan melalui eksperimen untuk mendapatkan sumber kewangan yang diperlukan serta mempelajari tentang amalan terbaik di seluruh dunia.

"Jurang kemahiran global merupakan isu penting bagi generasi kita pada masa ini dan akan datang. Kami mengalu-alukan semua pengubah pendidikan untuk menyertai gabungan ini dan menghapuskan halangan ini bersama-sama," kata Cazadira Fediva Tamzil, Ketua GFTA, Pijar Foundation. Dalam tahun pertamanya, GFTA berhasrat untuk menyokong 25 inisiatif di seluruh dunia.

EdHeroes dan Pijar Foundation baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan para inovator pendidikan di seluruh Indonesia termasuk Puteri Mangkubumi, keluarga diraja Yogyakarta yang terkenal sebagai aktivis gerakan belia dan pendidikan. Mereka juga mengambil bahagian dalam persidangan Asian Venture Philanthropy Network (AVPN) 2022 di Bali, sebuah perhimpunan pelaburan sosial terbesar di Asia yang berhasrat untuk memacu modal ke arah impak.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1847934/EdHeroes_Network.jpg?p=medium600

Source: EdHeroes Network
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Joint ventures Not for profit