omniture

'Bursa-bursa masih bergantung pada lebihan leveraj tidak akan berjaya melalui penurunan kripto' kata Toya Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran Bit.com

Bit.com
2022-06-28 21:09 158

Toya Zhang (Ketua Pegawai Pemasaran) dan Leslie Hsu (Pengarah Pembangunan Perniagaan) Bit.com akan bercakap pada konvensyen rantaian blok Eropah 2022 pada minggu ini dalam peralihan daripada Web 2.0 kepada Web 3.0, integrasi kripto ke dalam portfolio pelbagai aset tradisional dan pelbagai konsepsi sekitar aset NFT & digital 

BARCELONA, Sepanyol, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kita sedang menyaksikan pembetulan yang amat ketara dan seterusnya pertukaran pemimpin yang paling berpengaruh dalam pasaran aset digital yang akan mengakibatkan beberapa syarikat akan jauh ketinggalan.

crypto exchange Bit.com’s Toya Zhang (CMO)
crypto exchange Bit.com’s Toya Zhang (CMO)

'Pasaran mata wang kripto berada pada titik perubahan yang agak jelas. Syarikat sama ada akan beralih arah dan berjaya bertahan daripada ketidaktentuan pasaran atau akan menanggung akibat daripada perubahan pasaran. Format perkhidmatan kripto masa depan akan menjadi gabungan Web 2 dan Web 3, Bursa-bursa seharusnya mengutamakan pendekatan perkhidmatan teragregat yang menumpukan pelanggan dan teragregat dalam rantaian; bursa yang masih mengamalkan perbankan pada leveraj berlebihan tidak akan berjaya melalui zaman kejatuhan kripto.' -Toya Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran Bit.com.

Bit.com, bursa mata wang kripto serba lengkap yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada ekosistem Matrixport, menyertai penaja berlian di samping para perintis industri dan pemain terbesar dalam pasaran pilihan kripto di Konvensyen Rantaian Blok Eropah 2022 (EBC), di mana topik-topik ini akan menjadi perkara pokok dalam perbincangan tersebut.

EBC ialah acara selama 3 hari di Barcelona yang akan menyaksikan lebih 1,500 hadirin dan menampilkan lebih 120 orang penceramah dalam pelbagai bidang, bengkel dan perbincangan yang hangat berkaitan persekitaran semasa rantaian blok, kripto, DeFi, NFT dan Web 3.0.

Acara ini berlangsung pada ketika pasaran kewangan tradisional dan digital berada dalam bahaya, dengan konflik yang berterusan di Ukraine dan ketidakpastian pasaran yang signifikan. Kekacauan ini telah melenyapkan lebih $2 trilion daripada nilai pasaran kripto, dengan institusi yang dilaporkan bankrap dan pelabur runcit kehilangan simpanan masa tua mereka.

Dengan keraguan pada tahap tertinggi, sebahagian besar khalayak kurang berkeyakinan terhadap pasaran yang mereka anggap sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menjaga aset mereka. Hasilnya, banyak syarikat mengambil masa ini untuk memberi tumpuan kepada mencari cara untuk mengekalkan kepercayaan para pelabur mereka.

'Untuk kekal berdaya saing, bursa seperti kita perlu memberikan nilai sebenar kepada para pengguna dengan perkhidmatan dan alat canggih yang dibina dengan cara yang ringkas.' Leslie Hsu, Bit.com

Walaupun dengan pergolakan pasaran, Goldman Sachs mengganggarkan bahawa 16% daripada orang dewasa di AS telah melabur dalam, berdagang atau menggunakan mata wang kripto. Walaupun ini bermakna terdapat pendedahan yang lebih luas kepada turun naik pasaran, ia juga mendedahkan trend yang semakin meningkat bahawa orang ramai terus berminat untuk belajar dan melabur dalam mata wang kripto, terutamanya jika tawaran tersebut berkualiti, selamat dan mudah digunakan.

'Adalah jelas bahawa terdapat permintaan untuk industri terus kekal bertahan tetapi ia mungkin akan menjadi lebih menjurus ke arah pasaran yang dipacu bursa. Para pelanggan kami mempercayai kami sebagai pengawal selia sendiri dan maju dalam pengurusan risiko portfolio yang diuruskan dengan berkesan dan mesra pedagang.' Leslie Hsu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Bit.com.

Pada acara EBC tersebut, Toya Zhang dan Leslie Hsu, akan berkongsi dengan lebih terperinci tentang bagaimana syarikat dan bursa kripto perlu menyesuaikan diri untuk bertahan pada masa-masa yang sukar ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cameron Smee - +447436871848 –
cameron.smee@farrantgroup.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1848254/Bitcom_Toya_Zhang.jpg?p=medium600

 

 

Source: Bit.com
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology