omniture

Ceres dan Shell mengumumkan perjanjian elektrolisis untuk hidrogen hijau

Ceres Power
2022-06-29 00:04 141
  • Penunjuk demonstrasi berskala Megawatt akan ditempatkan di Bangalore, India
  • Mensasarkan untuk menyampaikan hidrogen hijau yang murah untuk penyahkarbonan industri 

LONDON, 28 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ceres Power, sebuah peneraju global dalam teknologi sel bahan api dan elektrokimia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Shell untuk menyampaikan penunjuk demonstrasi elektrolisis oksida pepejal (SOEC) berskala megawatt pada tahun 2023.

Shell dan Ceres menjalinkan kerjasama ini untuk menggunakan teknologi SOEC bagi menghasilkan hidrogen hijau kecekapan tinggi dengan kos yang rendah; yang kini dilihat secara meluas sebagai laluan yang boleh dipercayai untuk menyahkarbon bahagian sistem tenaga yang sukar dihentikan pada masa ini yang bergantung kepada bahan api fosil.

Ceres menyasarkan untuk menghasilkan hidrogen pada kecekapan sekitar 20% lebih tinggi berbanding teknologi lain, dalam julat kecekapan pada tahap pertengahan 80% hingga 90% di mana adalah mungkin untuk menggunakan sisa haba dalam proses industri untuk memacu kecekapan tinggi ini. 

Ceres telah menyatakan komitmen untuk membelanjakan £100 juta bagi pembangunan teknologi SOEC miliknya – dengan matlamat mencapai kos meratakan pasaran terkemuka bagi hidrogen sebanyak $1.5/kg menjelang tahun 2025. Perjanjian dengan Shell selaras dengan strategi perniagaan Ceres dan menyediakan laluan kepada pengkomersialan dan pembangunan pasaran baharu.

Sistem ini akan dipasang di pusat teknologi penyelidikan dan pembangunan Shell di Bangalore, India, di mana hidrogen akan digunakan dalam proses perindustrian di tapak. Pusat ini merupakan bahagian utama tumpuan Shell terhadap inovasi dan teknologi dengan potensi untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih.

Phil Caldwell, Ketua Eksekutif Ceres mengulas: "Pengumuman hari ini dengan Shell merupakan langkah yang amat penting bagi Ceres. Kerjasama ini mengesahkan strategi perniagaan kami dan memberi isyarat bahawa teknologi SOEC kami berpotensi untuk menyampaikan hidrogen hijau yang murah untuk penyahkarbonan industri pada skala besar dengan kadar kelajuan yang diperlukan untuk mencapai sifar karbon."

Yuri Sebregts, Naib Presiden Eksekutif Teknologi, Shell:  "Strategi Kemajuan Penjanaan Shell menetapkan matlamat yang jelas untuk Shell menjadi peneraju dalam peralihan tenaga dan mempercepatkan perjalanan kami untuk menjadi perniagaan dengan pelepasan tenaga sifar karbon menjelang tahun 2050. Penggunaan hidrogen ditampilkan secara meluas dalam strategi tersebut. Ceres, dengan teknologi SOEC yang berbeza, mempunyai potensi untuk menghasilkan Hidrogen pada profil kos dan kecekapan yang optimum. Teknologi rintis dan kerjasama dengan Ceres ini merupakan langkah ke hadapan dalam membangunkan teknologi yang memberangsangkan ini ke arah penggunaan berskala perindustrian." 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ceres.tech

Source: Ceres Power
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Licensing/marketing agreements