omniture

Amai Proteins, pengeluar pemanis 100% protein yang mengurangkan gula dalam Makanan & Minuman sehingga 70%, dipilih sebagai Pemenang Global dalam Pertandingan Extreme Tech Challenge 2022

Amai Proteins
2022-06-29 09:00 45

PALO ALTO, California, 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Amai Proteins, sebuah syarikat pemula Israel yang menghasilkan protein novel rekaan baharu bagi memenuhi keperluan pengguna dan industri, ialah Pemenang Global pertandingan XTC 2022. Extreme Tech Challenge (Cabaran Teknologi Ekstrem-XTC) - ialah pertandingan perusahaan pemula yang terbesar di dunia bagi syarikat-syarikat yang didorong matlamat. Lebih 2000 syarikat pemula dari 100 buah negara bersaing dalam 10 bidang impak yang terdiri daripada Bioteknologi hingga Pendidikan, Teknologi Kewangan hingga Teknologi Bersih dan lain-lain lagi.

Penggunaan gula yang berlebihan menjadi penyebab Sindrom Metabolik (obesiti, diabetes dan banyak lagi), suatu cabaran kesihatan global utama yang sering mempengaruhi golongan sosioekonomi yang lebih rendah. Pengeluaran gula juga menjadi beban yang ketara terhadap tanah suai tani serta penggunaan air yang menyumbang kepada pencemaran udara, tanah dan laut.

Dr. Ilan Samish, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Amai Proteins berkata: "Amai – yang bermaksud 'manis' dalam bahasa Jepun – menghasilkan pemanis 100% protein yang enak dan memenuhi kehendak pasaran melalui Platform Pro3 Amai: Pro-Design AI-CPD (Reka Bentuk Protein Berkomputer), penapaian jitu Pro-Planet dan teknologi makanan Pro-Taste.
Produk pertama kami,
sweelin™, ialah 100% protein manis lestari yang dapat mengurangkan 40% hingga 70% gula tambahan dalam pelbagai jenis makanan & minuman, tanpa mengubah pengalaman cita rasa pengguna. Protein novel ini menyerupai protein yang terdapat dalam keadaan yang ekstrem (contohnya, Laut Mati, mata air panas, paya berasid) dan sekali gus sesuai untuk keperluan pasaran makanan besar-besaran. Ini termasuk minuman ringan, jus buah-buahan, produk tenusu, produk tenusu alternatif, sos, sapuan, snek, sos tomato, coklat, mentega kacang, bar tenaga, makanan fungsian dan banyak lagi.
Produk sweelin Amai menggabungkan keberkesanan kos dengan peningkatan impak yang ketara terhadap kesihatan orang ramai dan keafiatan bumi kita."

Tentang Amai Proteins
Amai Proteins membangunkan protein novel rekaan baharu yang memenuhi keperluan pengguna dan industri. Produk pertamanya, sweelin, ialah 100% protein manis yang direka untuk menggantikan gula dan alternatif gula secara ketara dalam pelbagai jenis makanan & minuman termasuk minuman ringan, jus buah-buahan, produk tenusu, sos, sapuan, kuah salad, snek, mentega kacang dan banyak lagi. Penyelesaian kami diilhamkan oleh alam semula jadi dan dibangunkan secara biologi melalui proses penapaian semula jadi. Dengan platform Pro3 kami, Amai Proteins bermatlamat untuk mencipta penemuan masa depan dalam bidang protein daging, tumbuhan dan susu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari:  www.amaiproteins.com, lawati saluran LinkedIn dan YouTube rasmi kami. 

Tentang XTC Extreme Tech Challenge
TEKNOLOGI BERMATLAMAT: XTC ialah sebuah organisasi bukan untung yang menyokong pertandingan syarikat pemula terbesar di dunia yang bermatlamat untuk membantu syarikat pemula mengubah keadaan dunia menjadi lebih baik. Dalam usaha kami ini, kami disokong oleh pelbagai syarikat terkemuka, modal usaha niaga, yayasan, pembuat dasar, universiti dan persidangan teknologi. Pertandingan Extreme Tech Challenge menilai keberkesanan syarikat pemula di seluruh dunia dengan menumpukan pada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama-sama dengan kriteria lain – iaitu tahap inovasi, kesesuaian pasaran dan kualiti pasukan. Pusingan akhir Extreme Tech Challenge 2022 Global yang dipersembahkan oleh TechCrunch Session Climate telah dihadiri seramai lebih 1600 peserta secara bersemuka dan dari jarak jauh.
https://extremetechchallenge.org

Untuk maklumat lanjut:
Dr. Ilan Samish, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Amai Proteins
ilan.samish@amaiproteins.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=RvdDNf-5OT4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1848126/Amai_Proteins_winner.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1848125/Amai_Proteins_Logo.jpg?p=medium600

Dr. Ilan Samish (right), founder and CEO at Amai Proteins, Grand Winner of the Extreme Tech Challenge XTC 2022 competition.
Dr. Ilan Samish (right), founder and CEO at Amai Proteins, Grand Winner of the Extreme Tech Challenge XTC 2022 competition.

 

 

 

Source: Amai Proteins
Keywords: Beverages Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Conservation/Recycling New products/services Not for profit