omniture

National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM) melancarkan filem dokumentari: "A Small Country with a Big Heart"

National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM)
2022-06-29 17:03 61

CHISINAU, Moldova, 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada musim panas kali ini, filem dokumentari yang baru dikeluarkan "A Small Country with a Big Heart" (Sebuah Negara Kecil yang Berjiwa Besar) meneroka pengertian 'hospitaliti' sebenar melalui sebuah kisah dari Moldova yang kurang diketahui umum. 

National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM) launches the documentary film: "A Small Country with a Big Heart"
National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM) launches the documentary film: "A Small Country with a Big Heart"

Moldova, salah sebuah negara terkecil di Eropah, mengalu-alukan kedatangan lebih 450,000 pelarian Ukraine yang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai "tetamu" ke dalam rumah serta keluarga mereka pada tahun ini. Dokumentari ini menyingkap kisah tentang bagaimana dan mengapa Moldova, termasuk sektor pelancongan kecil, bersatu dan bertindak balas serta-merta dengan membuka sempadan negaranya. 

Filem ini mendokumentasikan kisah tersebut melalui pandangan lapan tuan rumah daripada lima buah rumah tamu luar bandar di seluruh Moldova: Sergiu (Hanul lui Hanganu), Liuba (Vila Roz), Dan, Zaharia dan Tatiana (Casa Veche), Ana (Gagauz Sofrasi), Olesea dan Anatol (Eco-Resort Butuceni). Pada barisan hadapan yang tidak dijangka dalam krisis kemanusiaan ini, mereka segera memutuskan untuk membuka rumah tamu mereka yang biasanya digunakan untuk menempatkan para pelancong, dengan menyediakan tempat perlindungan yang selamat disertai sambutan mesra kepada para tetamu Ukraine. 

Satu lagi mesej penting: penonton akan memahami dari sudut yang kompleks dan dramatik tentang ciri-ciri hospitaliti penduduk Moldova. Ikhlas, walaupun ketika berlakunya krisis.

Filem ini juga menceritakan tentang bagaimana sektor pelancongan kecil bersatu dan bertindak balas dengan serta-merta terhadap kecemasan kemanusiaan seperti yang dilihat melalui kempen Moldova for Peace. Ini menyerlahkan potensi kekuatan dan kesan positif sektor pelancongan. 

Akhir sekali, dokumentari ini membawa penonton ke seluruh Moldova untuk melihat beberapa lokasi yang belum pernah diterokai di negara yang kurang dikenali ini. Apa yang akan anda lihat mungkin mengejutkan anda dan filem ini menjemput para penonton melawat dan menikmati sendiri hospitaliti ini. 

Dokumentari tersebut mendapat namanya daripada kisah tentang bagaimana akhbar antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mula merujuk kepada Moldova kerana tindak balasnya yang ikhlas terhadap krisis pelarian, walaupun negara ini bersaiz kecil dengan penduduk seramai 2.6 juta orang serta sumber yang terhad.

Untuk maklumat lanjut tentang "A Small Country with a Big Heart" dan cara menyiarkan dokumentari ini, sila hubungi: info@moldova.travel

Dokumentari ini diarahkan oleh Daniela Donici dan Lucia Lupu serta diterbitkan oleh ANTRIM / Lulu Creative. Imej filem oleh Lucian Spătaru. Filem ini disokong oleh National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM) dan  Moldova Travel dengan sokongan EDGE Buy-in Moldova Competitiveness Transition Activity yang dibiayai oleh USAID.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=8Orrpzu202c

 

Source: National Inbound and Domestic Tourism Association of Moldova (ANTRIM)
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Travel New products/services