omniture

LyondellBasell Mengumumkan Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Baharu

LyondellBasell Industries
2022-06-29 20:00 69

HOUSTON, 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- LyondellBasell telah menandatangani dua perjanjian pembelian kuasa (PPA) pertama di AS yang menyokong matlamat iklim syarikat untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus tenaga elektrik daripada sumber boleh baharu menjelang tahun 2030. Perjanjian gabungan ini mewakili sejumlah 216 megawatt (MW) tenaga boleh baharu, yang dianggarkan menjana kira-kira 628,000 megawatt per jam (MWj) kuasa bersih setiap tahun. Kira-kira 15 peratus daripada jumlah skop 1 dan 2 pelepasan gas rumah hijau LyondellBasell datangnya daripada penggunaan tenaga elektrik syarikat ini. Perjanjian ini akan membolehkan syarikat tersebut mengurangkan pelepasan karbon dioksidanya kepada kira-kira 225,000 tan metrik setiap tahun.

Construction is currently underway at ENGIE’s Limestone wind project, including initial delivery of some of the 264 individual blades that will make up the 88 turbines, each capable of producing 3.4 MW of output.
Construction is currently underway at ENGIE’s Limestone wind project, including initial delivery of some of the 264 individual blades that will make up the 88 turbines, each capable of producing 3.4 MW of output.

"Mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang adalah penting bagi kami serta menjadi salah satu sebab tumpuan kami ke arah mencapai matlamat iklim bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih daripada operasi global kami," kata Peter Vanacker, Ketua Pegawai Eksekutif LyondellBasell. "Tenaga boleh baharu merupakan komponen penting yang menentukan cara kami mencapai matlamat ini dan perjanjian pembelian kuasa ini adalah pendekatan yang kami pilih untuk menyahkarbon bekalan elektrik kami. Projek strategik ini mendorong kami untuk maju ke hadapan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, malah ia juga mendayakan penskalaan serta menyokong pelaburan dalam keupayaan tenaga boleh baharu terkini."

Projek Angin Limestone ENGIE
LyondellBasell menandatangani PPA dengan ENGIE Amerika Utara (ENGIE) untuk bekalan 100 MW tenaga elektrik boleh baharu yang diperoleh daripada projek angin Limestone baharu ENGIE di  Navarro dan daerah Limestone, Texas. Projek ini dijangka akan memulakan operasi pada akhir tahun 2022. 

Perjanjian selama 12 tahun ini dianggarkan dapat menjana kira-kira 377,000 MWj kuasa bersih setiap tahun, bersamaan dengan sekitar 135,000 tan metrik karbon dioksida atau penggunaan tenaga elektrik tahunan yang melebihi 35,000 purata isi rumah di Amerika.

"Perjanjian ini menunjukkan kerjasama ke arah mewujudkan laluan ke hadapan yang akan membantu menangani cabaran perubahan iklim global secara kolektif," kata Ketua Pegawai Tenaga Boleh Baharu ENGIE, David Carroll. "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan LyondellBasell dalam perjanjian PPA pertama mereka yang akan memberikan nilai ekonomi serta nilai alam sekitar yang stabil dalam jangka panjang bagi kedua-dua pihak."

Projek Solar Buckeye Files
LyondellBasell turut menandatangani PPA dengan Rakan Kongsi Buckeye untuk bekalan 116 MW tenaga elektrik boleh baharu yang diperoleh daripada projek solar Files yang terletak di Hill County luar Dallas, Texas. Ladang solar ini dijangka akan memulakan operasi pada suku kedua tahun 2023.

Perjanjian selama 10 tahun ini dianggarkan dapat menjana kira-kira 251,000 MWj kuasa bersih setiap tahun, bersamaan dengan sekitar 90,000 tan metrik karbon dioksida atau penggunaan tenaga elektrik tahunan yang melebihi 23,300 purata isi rumah di Amerika.

"Buckeye berbesar hati dapat bekerjasama dengan LyondellBasell dalam perjanjian pembelian kuasa baharu ini serta menyokong matlamat kelestarian mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Buckeye, Todd Russo. "Kerjasama ini menggambarkan tumpuan kami untuk menyediakan keperluan tenaga yang semakin pelbagai kepada para pelanggan kami termasuk tenaga solar."

Matlamat berkaitan iklim LyondellBasell menyokong cita-cita Perjanjian Paris dan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon. Dengan memperoleh sekurang-kurangnya separuh daripada bekalan tenaga elektriknya daripada sumber boleh baharu menjelang tahun 2030, LyondellBasell menganggarkan skop 2 pelepasan gas rumah hijau syarikatnya akan dikurangkan kepada kira-kira 1.5 juta tan metrik. Matlamat tenaga boleh baharu LyondellBasell menyokong komitmennya untuk mencapai karbon sifar pelepasan gas rumah hijau skop 1 dan 2 menjelang tahun 2050.

Tentang LyondellBasell

Sebagai peneraju dalam industri kimia global, LyondellBasell berusaha setiap hari untuk menjadi syarikat yang paling selamat, dikendalikan dengan cara terbaik dan paling bernilai dalam industri kami. Produk, bahan dan teknologi syarikat ini memberikan kecanggihan dalam penyelesaian lestari dari segi keselamatan makanan, akses kepada air bersih, penjagaan kesihatan dan bahan api cekap di lebih 100 pasaran antarabangsa. LyondellBasell meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman serta Menggalakkan Kebaikan dengan penekanan kepada planet, komuniti tempat kami beroperasi serta tenaga kerja kami pada masa hadapan.  Syarikat ini berbangga dengan teknologi bertaraf dunia serta fokusnya kepada para pelanggan. LyondellBasell telah meningkatkan cita-cita dan tindakan kitaran serta iklimnya untuk menangani cabaran global dalam sisa plastik dan penyahkarbonan. Pada tahun 2022, LyondellBasell telah tersenarai sebagai salah satu daripada "Syarikat-Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam Majalah FORTUNE untuk tahun kelima berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lyondellbasell.com atau ikuti @LyondellBasell di LinkedIn.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Pernyataan dalam siaran ini yang berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian pihak pengurusan LyondellBasell yang dipercayai munasabah semasa ia dibuat dan tertakluk kepada risiko serta ketidakpastian yang ketara. Apabila digunakan dalam siaran ini, perkataan "anggaran," "percaya," "terus," "boleh," "berhasrat," "mungkin," "merancang," "berpotensi," "meramalkan," "perlu," "akan," "dijangka," serta ungkapan serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan, walaupun bukan semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan pengenal pasti seperti yang disebutkan. Keputusan sebenar boleh berbeza secara material berdasarkan faktor-faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan, ketidaktentuan kos dan harga utiliti; keupayaan kami untuk memenuhi matlamat kelestarian kami, termasuk keupayaan kami untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai pelepasan karbon sifar dalam tempoh yang ditentukan dalam matlamat kami; keupayaan kami untuk mendapatkan tenaga daripada sumber boleh baharu; dan kejayaan pembinaan serta operasi projek yang diterangkan dalam siaran ini. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini boleh didapati dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021, yang juga tersedia di www.LyondellBasell.com pada halaman Perhubungan Pelabur dan di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov. Tiada jaminan bahawa mana-mana tindakan, peristiwa atau hasil pernyataan berpandangan ke hadapan ini akan berlaku, atau sekalipun jika ia berlaku, tiada jaminan tentang kesannya terhadap keputusan operasi atau keadaan kewangan kami. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan berdasarkan anggaran serta pendapat pihak pengurusan LyondellBasell ketika ia disediakan. LyondellBasell tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini sekiranya keadaan atau anggaran atau pendapat pihak pengurusan berubah, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Turbine blades are being installed that will power the ENGIE Limestone wind project and deliver renewable energy to support LyondellBasell's goal of procuring a minimum of 50 percent electricity from renewable sources by 2030.
Turbine blades are being installed that will power the ENGIE Limestone wind project and deliver renewable energy to support LyondellBasell's goal of procuring a minimum of 50 percent electricity from renewable sources by 2030.

 

Drilling and racking pile installation activities are underway for solar panel mounting systems at Buckeye’s Files solar project in Hill County, Texas.
Drilling and racking pile installation activities are underway for solar panel mounting systems at Buckeye’s Files solar project in Hill County, Texas.

 

Photovoltaic panels delivered and staged for installation at the Buckeye Files solar project in Hill County, Texas. More than 350,000 panels will be used at the site.
Photovoltaic panels delivered and staged for installation at the Buckeye Files solar project in Hill County, Texas. More than 350,000 panels will be used at the site.

 

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1847480/LyondellBasell_Industries_Engie_wind_project_turbines.jpg?p=medium600
Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1847481/Engie_Limestone_wind_project_LyondellBasell_Industries.jpg?p=medium600
Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1847482/LyondellBasell_Industries_Buckeye_Files_solar_project.jpg?p=medium600
Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1847483/LyondellBasell_Industries_Buckeye_Files_solar_project_panels.jpg?p=medium600
Logo- https://mma.prnasia.com/media2/562522/LYB_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts