omniture

Carl's Jr. Australia Umum Kerjasama dengan UFC

CKE Restaurants Holdings, Inc.
2022-06-29 21:26 171

Carl's Jr. Akan Menjadi Burger Rasmi UFC di Australia dan New Zealand Hingga Akhir Tahun 2022 

FRANKLIN, Tenn., 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- CKE Restaurants Holdings, Inc., syarikat induk kepada Carl's Jr.®, dan UFC, organisasi seni mempertahankan diri campuran yang terulung di dunia, sedang bekerjasama dalam sebuah perkongsian terbaik yang menggabungkan dua jenama global yang terkenal. 

Carl’s Jr. Australia Announces Partnership with UFC
Carl’s Jr. Australia Announces Partnership with UFC

Terkenal dengan burger yang menarik dan diidamkan, Carl's Jr. sedang melancarkan sebuah kempen kreatif sepenuhnya dengan gabungan media tempatan dan nasional di seluruh saluran tradisional dan digital yang merangkumi media sosial dan cetakan. Tidak lama lagi pada tahun ini, burger edisi terhad yang berinspirasikan UFC akan dilancarkan sempena meraikan kerjasama ikonik ini. Para pelanggan akan turut berpeluang menyertai bagi memenangi pelbagai hadiah termasuk akses kepada hospitaliti & tiket acara UFC, langganan UFC Fight Pass, Kad Hadiah Kedai UFC, barangan khas Carl's Jr. dan hadiah lain sehingga Disember 2022.

"Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Carl's Jr. Australia ialah "Burger Rasmi UFC." UFC dan Carl's Jr. merupakan dua buah syarikat besar global dan kami tahu kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua jenama memperoleh khalayak baharu," ujar Mike Woida, Presiden Antarabangsa CKE Restaurants Holdings. "Ketika kami meneruskan pengembangan perniagaan kami di Australia, kami berharap dapat memberikan burger kami yang lazat kepada para peminat UFC di seluruh rantau ini dan di seluruh dunia."

Bagi meningkat keterujaan menjelang Malam Pertarungan UFC yang pertama di Paris, Carl's Jr. Australia memberi peluang kepada seorang pelanggan bertuah untuk memenangi Pakej Hadiah Utama – satu perjalanan VIP ke Acara UFC di Las Vegas. Butiran lanjut akan disiarkan melalui saluran sosial Carl's Jr. Australia dan UFC ANZ pada bulan depan, jadi pastikan anda terus mengikutinya.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan jenama ikonik dan digemari seperti Carl's Jr. Australia dan mengalu-alukan mereka sebagai rakan kongsi Restoran Perkhidmatan Pantas Rasmi kami yang pertama di rantau ANZ," kata Nick Smith, Naib Presiden Perkongsian Global UFC. "Sama seperti UFC, Carl's Jr. mengenal pasti minat dan peluang pertumbuhan dalam rantau ini, malah kami tidak sabar untuk bekerjasama serta menarik penonton dan peminat baharu dalam kategori ini."

Melalui kempen kreatif jenama bersama yang tersuai, para tetamu akan dapat merasai suasana UFC dan meraikan bintang terbaharu dalam gelanggang pertarungan ini!

Ikuti Carl's Jr. Australia dan UFC ANZ di media sosial untuk mendapatkan berita terkini dan tawaran promosi. 
Twitter:  @CarlsJrAU dan @UFCANZ
Instagram:@CarlsJrAU dan @UFCANZ
Facebook: www.facebook.com/CarlsJrAU

Tentang CKE Restaurants Holdings, Inc. 

 CKE Restaurants Holdings, Inc. ("CKE") ialah sebuah syarikat milik persendirian yang berpangkalan di Franklin, Tennessee di Amerika Syarikat yang menjalankan dan mengendalikan Carl's Jr. dan Hardee's, dua jenama serantau yang menjadi kegemaran serta terkenal dengan item menu premium dan inovatif yang unik seperti 100 peratus Black Angus Thickburgers®, Freshly Baked Biscuits dan Hand-Breaded Chicken Tenders™.  Dengan operasi di AS dan antarabangsa, Carl's Jr. Restaurants LLC dan Hardee's Restaurants LLC memiliki hampir 4,000 buah restoran francais atau restoran kendalian syarikat di 44 buah negeri di AS serta di lebih 35 buah pasaran antarabangsa dan wilayah luar negara AS. Untuk maklumat lanjut tentang Carl's Jr. Australia, sila layari https://carlsjr.com.au/. Untuk maklumat tentang CKE, sila layari https://ckefranchise.com/ atau laman web jenamanya di www.carlsjr.com dan www.hardees.com.

Tentang UFC®

UFC® ialah organisasi seni mempertahankan diri campuran (MMA) yang unggul di dunia dengan lebih 688 juta peminat dan 198 juta pengikut media sosial. Organisasi ini menghasilkan lebih 40 acara langsung setiap tahun di beberapa buah gelanggang yang paling berprestij di dunia, sambil menyiarkannya kepada hampir 900 juta isi rumah yang menonton TV di lebih 170 buah negara. Atlet UFC menampilkan atlet MMA terbaik di dunia yang mewakili lebih 75 buah negara. Tawaran digital organisasi ini termasuk UFC FIGHT PASS®, salah satu perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia untuk sukan pertarungan. UFC dimiliki oleh syarikat hiburan, sukan dan kandungan global, Endeavour, yang beribu pejabat di Las Vegas, Nevada. Untuk maklumat lanjut, sila layari UFC.com dan ikuti UFC di Facebook.com/UFC, Twitter, Snapchat, Instagram dan TikTok: @UFC.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1849452/UFC_Carls_Jr_Dual.jpg?p=medium600 

Source: CKE Restaurants Holdings, Inc.
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Sports Licensing/marketing agreements