omniture

Ascend memperkenalkan EV dan bahan bateri baharu di Battery Show Europe

Ascend Performance Materials
2022-06-29 21:44 177

HOUSTON, 29 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials mempamerkan bahan terbaharunya untuk e-mobiliti di Battery Show Europe (Pertunjukan Bateri Eropah) pada minggu ini. Antara produk yang dipamerkan Ascend ialah gred stabil warna baharu bagi poliamida kalis api Starflam®; Vydyne® AVS baharu untuk meredam hingar, getaran dan kekasaran; serta Trinohex® Ultra, bahan tambahan elektrolit yang berdaftar dengan REACH.

Trinohex Ultra promotes a more robust cathode-electrolyte interphase; protecting the cathode from hydrogen fluoride attack.
Trinohex Ultra promotes a more robust cathode-electrolyte interphase; protecting the cathode from hydrogen fluoride attack.

Ascend telah membangunkan gred jingga stabil warna bagi PA66 kalis api Starflam 525K yang boleh ditanda dengan laser serta mampu bertahan terhadap haba dalam jangka panjang selama lebih 5,000 jam dan mengekalkan ciri elektriknya termasuk taraf kebolehnyalaan UL 94 daripada V-0 pada 0.2 mm. Gred stabil warna yang baharu ini direka untuk kegunaan dalam penyambung voltan tinggi dan palang bas.

Vydyne AVS, bahan antigetaran baharu Ascend, akan turut dipamerkan. Disesuaikan untuk meredakan getaran frekuensi tinggi daripada motor dan pemampat EV, AVS merupakan penyelesaian NVH (hingar, getaran, kekasaran) yang berkesan yang mengurangkan hingar dalam kabin tanpa menambah kerumitan atau berat.

Akhir sekali, Ascend akan turut mempromosikan bahan tambahan elektrolit Trinohex Ultra, yang meningkatkan prestasi, keselamatan dan kelanjutan bateri ion litium. Dalam ujiannya dengan pihak ketiga, Trinohex Ultra telah menunjukkan perlindungan katod yang unggul di seluruh bahan kimia katod dan elektrolit. Perlindungan ini membawa kepada pengurangan 30% daripada penjanaan gas berbahaya dengan prestasi yang berkekalan, terutamanya dalam keadaan ekstrem.

"Matlamat kami adalah untuk membawa penyelesaian bahan baharu ke dalam dunia e-mobiliti," kata Ian van Duijvenboode, Pengarah E-Mobiliti Ascend. "Keupayaan kami dalam kejuruteraan reka bentuk dan aplikasi, serta pengetahuan kami yang luas dalam sektor bahan, terus membantu OEM mengatasi beberapa cabaran yang ketara dari segi keselamatan, keselesaan penumpang dan jarak."

Ascend menyertai pameran di reruai 10-C94, Battery Show Europe hingga 30 Jun.

Tentang Ascend Performance Materials 

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mengilhamkan masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Tenaga kerja global kami menghasilkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kemampanan serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Hubungan: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1849390/Ascend_Performance_Trino_Comparison.jpg?p=medium600 

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news