omniture

Timecho, Ditubuhkan oleh Pencipta Apache IoTDB, Kumpul Lebih US$10 Juta Dana Pertama untuk R&D Perisian Sumber-Terbuka dan Penyelesaian Pangkalan Data Siri-Masa

Timecho Limited
2022-06-30 09:50 175

STUTTGART, Jerman dan BEIJING, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Timecho, ditubuhkan oleh pencipta-pencipta Apache IoTDB, pangkalan data siri masa natif-IoT mengumumkan pusingan pertama pendanaan sebanyak lebih daripada US$10 juta yang dipimpin oleh Sequoia China dan disertai oleh Koalafund, Gobi China dan Cloudwise.

Pangkalan data siri masa telah berkembang maju dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk memenuhi keperluan pengurusan data baharu untuk era Internet Pelbagai Benda (IoT). Pembangun mencari pangkalan data yang dapat mengoptimumkan kadar pengingesan data, pemampatan storan serta ciri-ciri pertanyaan dan analisis yang dapat memadankan keperluan aplikasi data bercap masa mereka. Berasaskan kepada Apache IoTDB, projek sumber terbuka tahap tinggi ini menduduki tempat ketujuh mengikut keterikatan (perubahan individu kepada fail) pada tahun 2021 antara kesemua projek Apache, Timecho berupaya secara teknikal untuk menyampaikan infrastruktur asas yang memberi kuasa kepada keadaan penggunaan industri yang mencabar. Tambahan pula, pasukan Timecho mempunyai lebih 40 paten dan kertas kajian dalam jurnal-jurnal pengurusan siri-masa yang utama dalam industri termasuk ICDE, SIGMOD, VLDB.

"Selain daripada prestasinya yang cemerlang, Apache IoTDB adalah ringan, mudah digunakan dan disepadukan secara mendalam dengan perisian dalam ekosistem data raya termasuk Apache PLC4X, Kafka, Spark dan Grafana," kata Dr. Xiangdong Huang, Pengasas Timecho dan Kursi PMC Apache IoTDB. "Ia digunakan secara meluas oleh pelbagai perusahaan dalam industri kuasa, pengangkutan awam, kilang pintar dan juga senario-senario lain. Bagi meluaskan aplikasinya dalam bidang IoT dan mengukuhkan prestasinya untuk memenuhi keperluan khusus perusahaan, Timecho akan terus melabur dengan agresif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan ciri-ciri seperti kolaborasi awan-pinggir-hujung."

"Timecho mengekalkan interaksi yang interaktif dengan komuniti sumber terbuka," kata Dr. Julian Feinauer, Pengarah Teknikal Timecho untuk Pasaran Eropah dan ahli PMC Apache IoTDB. "Dengan dana tersebut, kami akan dapat mempercepatkan R&D bagi membantu para pembangun dan syarikat-syarikat memanfaatkan kuasa Apache IoTDB dengan cara terbaik."

Timecho akan memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian yang akan menjadi lebih mudah disesuaikan dengan peralatan canggih, peranti massa, platform terhad-sumber-pengkomputeran dan senario-senario selanjutnya.

Latar Belakang Timecho 

Timecho menggabungkan "time" ("masa") dengan "echo" ("gema") yang bererti untuk menjadikan data siri-masa lebih bernilai. Ditubuhkan oleh pencipta-pencipta Apache IoTDB, Timecho menyampaikan penyelesaian siri-masa natif-IoT untuk memenuhi permintaan storan data massa, bacaan pantas dan analisis data yang kompleks, seterusnya membolehkan syarikat-syarikat memanfaatkan nilai data siri-masa dengan keandalan yang lebih tinggi pada kos yang lebih rendah.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.timecho.com atau halaman LinkedIn.

Hubungi:
Timecho Limited
contact@timecho.com

Source: Timecho Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Venture Capital Data Analytics