omniture

Toku Menerajui Usaha Menghapuskan Panggilan Palsu dalam Industri Telekomunikasi Memandangkan Penduduk Singapura Masih Berisiko Tinggi terhadap Penipuan Panggilan

Toku
2022-06-30 13:59 49

SINGAPURA, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ --

  • Dengan matlamat untuk mengembalikan kepercayaan terhadap panggilan telefon dan menerusi langkah yang selari dengan inisiatif Infocomm Media Development Authority (IMDA) untuk memerangi penipuan (scam), Toku menyertai komuniti AB Handshake yang akan membantu menghapuskan 100% panggilan palsu dan melindungi orang ramai daripada penipuan untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang turut menyertai komuniti ini.
  • Tinjauan baharu terhadap 1,000 pengguna di Singapura oleh Toku mendedahkan bahawa 87% telah menerima panggilan penipuan yang mana 86% telah menjawab panggilan berkenaan. 10% pengguna yang disoal selidik telah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian kewangan.

Tinjauan baharu mendedahkan bahawa masih ramai rakyat Singapura yang masih terdedah kepada penipuan telefon
Tinjauan baharu mendedahkan bahawa masih ramai rakyat Singapura yang masih terdedah kepada penipuan telefon

Toku , perkhidmatan komunikasi awan khusus Asia Pasifik dan perkhidmatan telekomunikasi berlesen Singapura hari ini mengumumkan bahawa ia merupakan perkhidmatan telekomunikasi pertama di Singapura dan Asia Tenggara yang menyertai AB Handshake Community global. Ketika ini, Toku merupakan penyedia utama bagi nombor telefon maya di Singapura, menyediakan 60% liputan semua nombor maya di negara ini.

Infocomm Media Development Authority (IMDA) mengalu-alukan langkah Toku untuk menyertai AB Handshake Community, yang merupakan usaha yang dilakukan oleh Toku untuk memerangi panggilan palsu dengan proaktif. Ia merupakan intervensi yang tepat pada masanya dalam bidang telekomunikasi Singapura. Menurut Singapore Police Force, mangsa mengalami kerugian sekurang-kurangnya S$633.3 juta kepada penipuan pada tahun 2021. Banyak kegiatan penipuan ini bergantung kepada panggilan suara untuk menipu mangsa seperti penipuan pancingan data (phishing) berkaitan perbankan, penipuan panggilan rakan palsu dan menyamar sebagai pegawai kerajaan asing.

 

Tinjauan baharu mendedahkan penduduk di Singapura masih terdedah kepada penipuan panggilan telefon

Dalam satu tinjauan baharu yang ditugaskan oleh Toku, penemuan menunjukkan bahawa:

  • Daripada 1,000 responden di Singapura, 87% responden menerima panggilan penipuan baru-baru ini dan 75% sebenarnya menjawab panggilan tersebut. 10% daripada semua responden telah menjadi mangsa dan mengalami kerugian kewangan.
  • Walaupun 59% orang menunjukkan keengganan yang lebih tinggi untuk menjawab nombor panggilan dengan kod negara tempatan yang dipaparkan skrin telefon mereka, 41% masih tetap menjawab panggilan tersebut.

Ini bermakna sebahagian besar penduduk di Singapura masih terdedah kepada penipuan panggilan telefon sekiranya mereka tidak berwaspada.

Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Toku berkata, "Sebagai sebuah syarikat Singapura, kami komited untuk mencari cara baharu bagi melindungi komuniti Singapura daripada panggilan palsu yang menjejaskan hampir setiap orang. Penipuan panggilan bertanggungjawab terhadap kehilangan maklumat peribadi dan kerugian berbilion-bilion dolar untuk syarikat-syarikat. Memandangkan penipu panggilan telefon semakin menggunakan taktik-taktik sofistikated untuk melakukan penipuan panggilan mereka, kami berusaha untuk mengembalikan kepercayaan terhadap panggilan telefon dengan menghapuskan panggilan palsu. Ketika kami memperoleh momentum dan berusaha ke arah membina komuniti telekomunikasi yang lebih kuat, lebih selamat dan bebas penipuan, kami benar-benar menggesa para pengusaha telekomunikasi lain di Singapura untuk menyertai usaha yang berterusan ini."

Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Toku menyambung, "Bukan sekadar di Singapura sahaja, kami bersedia untuk membawa inisiatif ini ke negara-negara lain di rantau ini di tempat kami beroperasi bermula dengan Malaysia dan Vietnam. Dengan gabungan para pengusaha telekomunikasi di negara-negara ini, kami akan dapat memastikan 179.58 juta nombor dilindungi daripada panggilan palsu menjelang hujung tahun 2024."

 

Mencipta ekosistem untuk peningkatan ketelusan dan integriti bagi menghapuskan panggilan palsu

Komuniti global AB Handshake yang semakin berkembang ini membantu menangani kebimbangan panggilan palsu yang sentiasa berkembang dengan menyatukan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan skala yang diperlukan bagi pendaftaran panggilan silang-sahih. Dalam komuniti ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dijamin bahawa semua pertukaran trafik suara akan bebas daripada jenis penipuan suara yang utama. Akhirnya, ini mewujudkan ekosistem untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi mengupayakan persekitaran panggilan yang lebih selamat untuk pelanggan mereka yang membawa kepada peningkatan kepercayaan keseluruhan dalam perkhidmatan panggilan mereka.

Cara panggilan sebenar ditentusahkan menggunakan AB Handshake
Cara panggilan sebenar ditentusahkan menggunakan AB Handshake

 

Cara panggilan palsue dihalang menggunakan AB Handshake
Cara panggilan palsue dihalang menggunakan AB Handshake

Nadejda Papernania, Pengasas AB Handshake berkata, "Kami berasa gembira dapat berganding bahu dengan Toku untuk meluaskan komuniti global tanpa penipuan bagi mengelakkan panggilan penipuan yang palsu dalam industri telekomunikasi, khususnya di rantau Asia Tenggara. Perkongsian kami dengan Toku akan memanfaatkan kepakaran industri dan pengetahuan dalam-pasaran syarikat ini bagi menggalakkan komuniti yang semakin berkembang untuk pengusaha telekomunikasi yang lain untuk menyertai komuniti ini, yang merupakan langkah penting ke arah mencapai komuniti tanpa penipuan."

Memandangkan rantau Asia Pasifik ialah pasaran telekomunikasi yang amat terpecah-pecah, ketika ini Toku sedang berbincang dengan pengusaha telekomunikasi dan badan pengawalseliaan lain untuk membina rangka kerja yang akan menyediakan lapisan pengesahan tambahan bagi mengelakkan panggilan penipuan dan menerapkan kepercayaan dalam sistem bagi pengguna dan perniagaan untuk berinteraksi dengan lancar tanpa berasa risau atau bimbang.

Perniagaan Toku di Singapura sudahpun mematuhi peraturan telekomunikasi tempatan dan syarat-syarat pelesenan. InfoComm Media Development Authority (IMDA) Singapura telah mengiktiraf Toku sebagai Pengagregat Tahap 1 yang membenarkan Toku untuk mengendalikan trafik SMS komersial. Ini termasuk protokol anti-perdayaan untuk SMS terlindung.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Laporan Penglibatan Pelanggan Toku 2022, akses artikel di sini atau muat turun infografik di sini.

 

Catatan untuk Editor:

  • Kaedah tinjauan: 1,000 responden yang berpangkalan di Singapura, berumur 18 - 65 tahun, disoal selidik antara 21 Mac dan 1 April 2022. Tinjauan tersebut mencatatkan campuran antara rakyat Singapura (85%) dan warga asing serta penduduk tetap yang tinggal di Singapura (15%).
  • Maklumat tentang penyelesaian AB Handshake: AB Handshake membolehkan 'jabat tangan' di luar jalur atau komunikasi saluran berasingan yang bergerak melalui aliran data biasa antara syarikat telekomunikasi yang memulakan panggilan dan syarikat telekomunikasi yang menamatkan panggilan. Ini bererti setiap panggilan suara disahkan silang oleh syarikat telekomunikasi pemula dan penamat, menjadikannya mustahil untuk melakukan penipuan yang bergantung kepada manipulasi trafik oleh pihak perantara.
  • Maklumat teknikal tentang teknologi: Memanfaatkan teknologi yang mantap seperti HTTPS (Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat) dengan penyulitan TLS (Keselamatan Lapisan Pengangkutan), syarikat-syarikat telekomunikasi boleh mengesahkan ketulenan panggilan antara pendaftaran panggilan aktif yang diselenggara oleh syarikat-syarikat telekomunikasi individu, tanpa menjejaskan aspek keselamatan.

 

Latar Belakang Toku 

Beribu pejabat di Singapura, Toku ialah satu-satunya penyedia komunikasi awan khusus Asia Pasifik yang membantu perniagaan menangani kerumitan transformasi digital di rantau ini, meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dan menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap kerja hybrid.

Toku menggabungkan kepakaran tempatan, infrastruktur dalam-negara dan penyelesaian UCaaS, CPaaS dan CCaaS ditempah khas ke dalam satu pakej yang menarik – memperkasa perusahaan terbesar di rantau ini untuk menyelaraskan komunikasi mereka. Sejak penubuhannya pada tahun 2018, Toku bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang pelbagai seperti Gojek, JCDecaux, Waitrr dan foodpanda.

Dengan Toku, pemindahan ke awan tidak pernah menjadi semudah ini. Ketahui lebih lanjut di toku.co dan LinkedIn.

 

Latar Belakang AB Handshake 

AB Handshake - sistem global untuk pengesahan panggilan - telah diasaskan oleh sepasukan ahli profesional dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang telekomunikasi dan kepakaran dalam menubuhkan dan mengembangkan syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang inovatif dengan jayanya. Latar belakang telekomunikasi dan kejuruteraan kami memungkinkan untuk mengambil idea bagi mengelakkan penipuan suara melalui pengesahan panggilan dan menukarkannya kepada penyelesaian sejagat yang berfungsi untuk semua jenis rangkaian.

Berusaha untuk mencapai komunikasi tanpa penipuan – begitulah kami melihat misi kami. Bagi memudahkan penerimaan AB Handshake, kami mewujudkan komuniti penyedia perkhidmatan telekomunikasi dipercayai yang berkongsi matlamat bersama untuk menghapuskan penipuan melalui pengesahan panggilan. Di dalam komuniti ini, semua pertukaran trafik suara bebas daripada jenis penipuan suara yang utama. Hasilnya ialah penambahbaikan yang radikal ke atas pengalaman pelanggan dan keuntungan yang dipertingkatkan bagi ahli-ahli komuniti.

Kecekapan penyelesaian ini disahkan oleh pelbagai ujian dan pelanggan pada peringkat penyepaduan. Ketahui lebih lanjut di laman sesawang AB Handshake.

 

Source: Toku
Keywords: Telecommunications