omniture

Kaedah Pembayaran Baharu Dilancarkan di Indonesia dan Malaysia bagi Dompet Wirex Pasaran Massa

Wirex
2022-06-30 18:06 67

LONDON, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Wirex, sebuah syarikat pembayaran kripto terkemuka, telah meningkatkan kemudahan akses dompet bukan kustodian Wirexyang baru dilancarkan  dengan mengeluarkan kaedah pembayaran baharu untuk pengguna di Asia Pasifik (APAC) . Penambahan pindahan bank segera dan sistem pembayaran tempatan untuk pelanggan di Indonesia dan Malaysia untuk membeli kripto melalui aplikasi ini akan menjadikan dompet tersebut makinmudah digunakan.

Dompet Wirex boleh diakses dari seluruh dunia dan telah dicipta untuk menyediakan manfaat  Kewangan Terdesentralisasi (DeFi)  kepada pengguna harian. Dianggap sebagai salah satu produk dompet yang paling mudah diakses, ia menawarkan paparan antaramuka pengguna yang terkemuka dalam industri dan kemudahan yang tiada bandingan dengan membolehkan para pengguna menguruskan lebih daripada 100mata wang kripto yang berbeza dan NFT melaluiperanti mudah alih mereka. Wirex mengutamakan keselamatan, dengan teknologi multi-komputasi (MPC) yang kukuh serta sistem akses tanpa kunci unik yang menggunakan teknologi biometrik.

Wirex kini memudahkan pembelian mata wang kripto melalui dompetnya bagi para pengguna di Indonesia dan Malaysia. Pelanggan di kedua-dua negara tersebut boleh membayar melalui pindahan bank segera dan sistem pembayaran tempatan daripada lebih 20 buah bank terkenal, serta menggunakan kad debit/kredit atau Apple/Google Pay untuk membeli kripto daripada blockchain yang berbeza termasuk Ethereum, Avalanche dan Polygon dengan mudah. Kemudahan pembayaran langsung ini  menjimatkan masa, usaha dan bayaran gas tanpa perlu bertukar kepada platform lain.

Pavel Matveev, Ketua Pegawai Eksekutif danPengasas Bersama Wirex mengulas: "Dengan reputasi global untuk inovasi dalam sektor kripto sejak pelancaran aplikasi Wirex pada tahun 2014, kami telah melancarkan Dompet Wirex untuk membolehkan pengguna mainstream mendapat manfaat daripada DeFi. Memperluaskan pilihan pembayaran kepada pelanggan di negara-negaradengan penembusan kad yang rendah seperti Indonesia dan Malaysia, merupakan langkah seterusnya dalam usaha ini. Penangkatan kripto di Asia Tenggara sedang berkembang pada kadar yang tinggi, oleh itu, adalah penting untuk kami memberikan pengalaman yang terbaik kepada para pengguna dengan menawarkan kemudahan, fleksibiliti dan keselamatan yang unggul apabila menggunakan aplikasi tersebut."

Wirex terus membangunkan ekosistemnya untuk para pengguna di seluruh dunia, dan baru sahaja mengeluarkan satu siri kaedah pembayaran alternatif baharu  untuk penggunadi India dan Portugal. Dalam beberapa minggu , syarikat ini juga merancang untuk menambah blockchain Solana kepada produk tersebut.

Dompet Wirex ialah dompet bukan kustodian yang memberi pengguna akses kepada perkhidmatan DeFi. Dompet Wirex tidak ditawarkan atau dibangunkan oleh Wirex. Lihat terma dan syarat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nota kepada editor: 

Tentang Wirex 

Wirex ialah platform pembayaran digital antarabangsa dan institusi dikawal selia yang telah membentuk peraturan baharu dalam bidang pembayaran digital. Pada tahun 2015, firma ini telah membangunkan kad pembayaran didayakan kripto yang pertama di dunia yang memberikan keupayaan kepada para pengguna untuk membelanjakan mata wang kripto dan tradisional dengan lancar dalam kehidupan sebenar.

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengasas Bersama, Pavel Matveev dan Dmitry Lazariche, Wirex telah diwujudkan untuk menjadikan ekonomi digital boleh diakses oleh semua orang. Dengan lebih 5 juta pelanggan dan pengembangan pesat ke wilayah baharu termasuk di US, Wirex berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong dan menggalakkan penerimagunaan besar-besaran kepada masyarakat tanpa tunai melalui penyelesaian kreatif. Untuk mencerminkan pertumbuhan metaverse sepanjang tahun 2021, syarikat ini terus memperluas tawarannya ke dalam sektor Kewangan Berpusat (CeFi) dan Kewangan  Terdesentralisasi (DeFi).

wirexapp.com

Source: Wirex
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment New products/services Blockchain Financial Technology