omniture

UL Solutions Secara Rasmi Membuka Makmal Utama yang Kedua di Vietnam untuk Memberi Perkhidmatan kepada Industri Elektronik Pengguna, Wayar dan Kabel, Perkakas dan Pencahayaan

UL Solutions
2022-07-01 00:04 155

Makmal ini menyediakan perkhidmatan ujian keselamatan, prestasi, kualiti, kebolehpercayaan dan pensijilan yang komprehensif kepada syarikat pengeluar Vietnam yang menguruskan pematuhan kawal selia dan akses pasaran destinasi.

HAI DUONG, Vietnam, 30 Jun 2022 /PRNewswire/ -- UL Solutions, sebuah peneraju dunia dalam bidang sains keselamatan gunaan, telah membuka satu makmal baharu secara rasmi di Hai Duong. Sebagai pelengkap kepada pejabat dan makmal sedia ada UL Solutions di Bandar Ho Chi Minh, kemudahan di Hai Duong ini menandakan makmal kedua di Vietnam bagi syarikat tersebut. Ia akan memberikan perkhidmatan kepada pelbagai produk untuk para pelanggan dalam pelbagai industri, termasuk elektronik pengguna, wayar dan kabel, peralatan teknologi maklumat, pencahayaan dan perkakasan kecil.

Officials from the Vietnam government and leaders from UL Solutions officially open a new UL Solutions laboratory in Hai Duong, Vietnam. Complementing the existing UL Solutions offices and laboratory in Ho Chi Minh City, the Hai Duong facility marks the company's second Vietnam laboratory. It will service a diverse range of products for customers across multiple industries, including consumer electronics, wire and cable, information technology equipment, lighting and small appliances.
Officials from the Vietnam government and leaders from UL Solutions officially open a new UL Solutions laboratory in Hai Duong, Vietnam. Complementing the existing UL Solutions offices and laboratory in Ho Chi Minh City, the Hai Duong facility marks the company's second Vietnam laboratory. It will service a diverse range of products for customers across multiple industries, including consumer electronics, wire and cable, information technology equipment, lighting and small appliances.

"Hari ini menandakan suatu hari baharu yang mengujakan dalam hubungan kami dengan negara Vietnam ketika memperingati pembukaan sebuah makmal baharu UL Solutions yang canggih di Hai Duong," kata Sajeev Jesudas, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Komersial UL Solutions. "Dengan misi kami untuk berusaha ke arah dunia yang lebih selamat, UL Solutions berdedikasi untuk menggunakan kepakaran pengujian dan persijilannya bagi membantu pengeluar di Vietnam membuka pasaran baharu, menjalin kerjasama dan mencapai kejayaan dalam pasaran yang semakin kompetitif."

Makmal yang terletak 45 kilometer dari Hanoi ini berada di dalam Taman Perindustrian Hai Duong VSIP, sebuah tempat utama untuk penyelidikan, pembangunan dan operasi pembuatan. Makmal ini menempatkan kemudahan ujian untuk bahan tereka bentuk, wayar dan kabel, peralatan, pencahayaan, penyejukan dan teknologi pengguna. Di samping itu, untuk membantu memastikan pematuhan terhadap pensijilan UL yang berterusan, Perkhidmatan Susulan UL Solutions menyediakan pemeriksaan kilang yang komprehensif bagi membantu melindungi rantaian bekalan yang lebih patuh serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan produk substandard dan tidak selamat.

Dengan eksport di Vietnam yang meningkat kepada $336.31 bilion (USD) pada tahun 2021 dan dijangka akan berkembang dalam dekad yang akan datang, kemudahan baharu UL Solutions ini berada pada kedudukan yang baik untuk memberi perkhidmatan kepada sektor pembuatan yang sedang berkembang pesat di Vietnam, yang berubah menjadi pembekal global bagi barangan elektronik, peralatan pengkomputeran, litar bersepadu elektronik, perkakasan, pencahayaan, serta wayar dan kabel.

"Menambah keupayaan pengujian di Vietnam akan mengukuhkan keupayaan kami untuk membantu para pelanggan mengeksport produk ke pasaran destinasi sambil memenuhi syarat-syarat pengujian serta pensijilan keselamatan dan prestasi di Vietnam," kata Sok Mei Wong, Naib Presiden Serantau, ASEAN, Australia dan New Zealand UL Solutions. "Kehadiran UL Solutions di Vietnam bermakna para pengeluar tempatan mempunyai rakan kongsi global untuk membantu mereka menangani kerumitan landskap kawal selia di seluruh dunia."

Selain daripada Jesudas dan Wong, pembukaan besar-besaran ini merangkumi sebuah majlis dengan Linh Nguyen, Timbalan Ketua Pengarah Piawaian, Metrologi dan Kualiti (STAMEQ); Tung Quoc Dung, Timbalan Pengarah, Pusat Pensijilan Viet Nam (QUACERT); Thu Cuc Nguyen, Ketua Makmal Hai Duong UL Solutions; Srinivasa Desikan, Pengarah Jualan, Pengujian, Pemeriksaan dan Pensijilan UL Solutions; dan Tuoc Huynh, Pengurus Negara Vietnam UL Solutions.

Antara sorotan acara ini termasuk pemeteraian perkongsian antara UL Solutions dan QUACERT, iaitu Badan Pensijilan Kebangsaan Vietnam yang ditubuhkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi. Kerjasama antara kedua-dua organisasi ini telah dibentuk untuk membantu memenuhi keperluan industri elektrik dan pencahayaan Vietnam yang semakin meningkat serta mempertingkatkan akses pasaran global bagi produk keluaran Vietnam. Para tetamu di majlis pembukaan tersebut telah disajikan dengan lawatan yang komprehensif di kemudahan canggih ini.

"Makmal Hai Duong UL Solutions menunjukkan komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian sehenti kepada syarikat pengeluar di Vietnam," kata Huynh. "Ia juga menunjukkan komitmen kami untuk membolehkan para pengeluar memendekkan kitaran pembangunan, meningkatkan kepantasan ke pasaran dan menjadi lebih kompetitif dalam pasaran global."

UL Solutions beroperasi di lebih 140 lokasi di lebih 40 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Afrika. Selain kehadiran UL di Vietnam, operasi syarikat ini di Asia Tenggara turut merangkumi kemudahan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Tentang UL Solutions

Peneraju global dalam bidang sains keselamatan gunaan, UL Solutions mengubah cabaran keselamatan, pelindungan dan kelestarian menjadi peluang untuk para pelanggan di lebih 100 buah negara. UL Solutions memberikan perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, bersama-sama dengan produk perisian dan penawaran nasihat yang menyokong inovasi produk dan pertumbuhan perniagaan pelanggan kami. Tanda Pensijilan UL berfungsi sebagai simbol kepercayaan yang diiktiraf dalam produk pelanggan kami dan mencerminkan komitmen yang teguh untuk memajukan misi keselamatan kami. Kami membantu para pelanggan kami berinovasi, melancarkan produk dan perkhidmatan baharu, memandu arah pasaran global dan rantaian bekalan yang kompleks serta berkembang ke masa hadapan secara lestari dan bertanggungjawab. Ilmu sains kami adalah kelebihan anda.

Hubungan akhbar:
Steven Brewster
UL Solutions
ULNews@UL.com 
+1.847.664.8425

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1850895/UL_Solutions_laboratory_opening_Vietnam.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1849892/UL_Solutions_Logo.jpg?p=medium600 

Source: UL Solutions
Keywords: Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Asian-related news Corporate Expansion