omniture

Kumpulan muzik gadis baharu XG telah mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh dunia dan baru sahaja mengeluarkan lagu pertama mereka, MASCARA pada 29 Jun 2022

XG
2022-07-01 07:57 77

LOS ANGELES, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Single pertama XG, Tippy Toes telah mendapat berjuta-juta tontonan di YouTube dan ruangan komennya dipenuhi dengan berpuluh-puluh jenis bahasa berbeza daripada rangkaian ribuan peminat global yang begitu teruja. Berbeza dengan kumpulan gadis yang lain, XG tampil sepenuhnya dengan persembahan yang hebat dan meyakinkan - dengan persembahan yang bersemangat dan bertenaga serta tahap kemahiran tarian dan vokal yang jarang dilihat pada kumpulan baharu anak gadis yang masih muda.


Gadis-gadis XG merupakan pesaing yang kuat untuk merebut takhta kumpulan gadis global setelah dilatih di Korea Selatan dan Jepun selama lima tahun sebelum membuat penampilan sulung mereka yang mempesonakan. Kumpulan ini menentang genre yang ada dengan menggabungkan unsur-unsur Hip-Hop, R&B dan Trap untuk mencipta bunyi yang berbeza dan menarik yang sesuai dengan persembahan tarian mereka yang bertenaga.

Lagu baharu mereka MASCARA ialah sebuah lagu pujaan XG untuk generasi muda yang berani, yakin dan penuh belas kasihan. Sifat penentangan dalam liriknya "don't mess with my mascara" menampilkan semangat XG yang segar dan berani. Tiada siapa yang akan dapat membuat mereka menangis. "MASCARA" membangkitkan elemen kekuatan, perpaduan dan persahabatan; tiga sifat yang menggambarkan kesempurnaan ahli-ahli XG. Mereka bertekad untuk menyebarkan mesej berikut kepada para peminat mereka; bangkit, berdiri teguh dan terus berbangga.

MASCARA telah dilancarkan melalui persembahan secara langsung di YouTube oleh XG, yang merupakan kali pertama kumpulan tersebut membuat persembahan secara langsung di mana-mana sahaja. Sejurus selepas itu, mereka telah memuat naik video muzik MASCARA di YouTube.

XG terdiri daripada Jurin, Harvey, Chisa, Maya, Cocona, Juria dan Hinata. 
Anda boleh mengikuti XG di Media Sosial serta menonton video mereka melalui pautan di bawah:

Laman web Rasmi XG: http://xgalx.com/xg/
Instagram XG: https://instagram.com/xgofficial
YouTube XG: https://www.youtube.com/channel/UC12HMtO5MYph9dCZZ7yygng
TikTok XG: https://www.tiktok.com/@xg.official
Weverse XG: https://weverseapp.page.link/p3i5
Twitter XG: https://twitter.com/XGOfficial_
Facebook XG: https://www.facebook.com/XGOfficial

Sila hubungi:
Angela Mach
angela@platformpr.net

https://mma.prnasia.com/media2/1851173/XG.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: XG
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Music Social Media Asian-related news New products/services Women-related news