omniture

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA RIAU CAPITAL GROUP DAN JASPER INVESTMENTS LIMITED BERMULA DENGAN PENEMPATAN KAPAL PERTAMA YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK SEBUAH PROJEK DI QATAR

Riau Capital Group; Jasper Investments Limited
2022-07-04 17:39 229

SATU PELABURAN STRATEGIK YANG DIPERTINGKATKAN OLEH RIAU CAPITAL INVESTMENTS PTE. LTD.  MENUNJUKKAN KOMITMEN MEREKA TERHADAP KERJASAMA TERSEBUT 

  • Riau Capital Group memperoleh kapal pembekal platform pertamanya untuk ditempatkan di Qatar melalui kerjasama dengan kumpulan perkhidmatan penyewaan kapal & luar pesisir yang beroperasi di Qatar.
  • Jasper Investments Limited akan dilantik sebagai wakil pemilik dan pengurus armada eksklusif untuk Riau Capital Group serta projek yang diperkenalkan oleh Riau Capital Group. 
  • Riau Capital Group akan melabur (melalui Riau Capital Investments Pte. Ltd.) sebanyak SGD2,000,000 sebagai menunjukkan komitmen terhadap kerjasama strategik tersebut. 
  • Bambang Sugeng bin Kajairi akan menyediakan kepemimpinan dan hala tuju strategik untuk Jasper Investments Limited sebagai Pengerusi Eksekutif yang memacu pertumbuhan dan pelaburan.
  • Kebebasan dan kepelbagaian lembaga pengarah akan dipertingkatkan dengan pelantikan ahli strategi dan pemimpin pemikir terkemuka sebagai Pengarah Bebas. 
  • Bidang fokus utamanya ialah infrastruktur, sumber strategik dan hartanah. 

SINGAPURA, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Jasper Investments Limited ("JIL"), yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Singapura sejak tahun 1993, telah dilantik sebagai wakil pemilik dan pengurus armada eksklusif untuk kapal pembekal platform pertama yang akan dihantar ke Qatar oleh Riau Capital Group. Penempatan ini merupakan kerjasama dengan kumpulan perkhidmatan penyewaan kapal dan luar pesisir yang beroperasi di rantau Majlis Kerjasama Negara-negara Teluk (GCC) atau juga dikenali sebagai GCC Charterer. Pelantikan ini merupakan permulaan bagi kerjasama strategik antara JIL dan Riau Capital Group yang diumumkan sebelum ini pada 6 Jun 2022; di bawah kerjasama ini, JIL telah dinamakan sebagai pembekal perkhidmatan dan sokongan utama yang telah ditetapkan untuk projek Riau Capital Group di GCC.

Riau Capital Group dan JIL kedua-duanya kini sedang mempertimbangkan lebih banyak pengambilalihan kapal, termasuk kapal pembekal platform dan kapal pembekal tunda pengendalian sauh untuk penempatan bagi projek di GCC dan di lain-lain tempat, termasuk melalui kerjasama dengan GCC Charterer. Jika terdapat tambahan bagi mana-mana jenis kapal, ia akan diambil alih oleh Riau Capital Group, JIL telah diberi jaminan bahawa ia akan ditawarkan keutamaan pertama untuk bertindak sebagai wakil pemilik dan pengurus armada kapal-kapal ini.

JIL hari ini juga telah mengumumkan satu pelaburan strategik yang dipertingkatkan oleh Riau Capital Investments Pte. Ltd. yang berjumlah SGD2,000,000 (meningkat daripada sebanyak SGD500,000 yang telah diumumkan sebelum ini) melalui langganan saham dan waran bagi menunjukkan komitmennya untuk mengembang dan memperluas JIL. Saham ini akan dikeluarkan pada harga SGD0.0036 setiap saham iaitu untuk harga premium hinggalah kepada harga volum purata wajaran JIL yang terkini sebelum pengumuman tersebut dibuat.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Riau Capital, Bambang Sugeng, telah memberikan komitmen peribadi beliau untuk menyediakan kepemimpinan dan hala tuju strategik bagi pengembangan dan pertumbuhan JIL serta untuk memikul tanggungjawab operasi yang lebih besar. Sehubungan itu, beliau telah menerima jawatan Pengerusi Eksekutif susulan jemputan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga Pengarah JIL ("Lembaga"). Sebagai bukti kepercayaan beliau terhadap masa depan JIL, Bambang telah bersetuju untuk menukar gaji pendahuluannya kepada saham JIL bernilai kira-kira SGD51,000 yang sebelum ini telah dibayar kepada JIL pada tahun 2021 dalam kapasiti peribadi.

Bambang berkata "Saya gembira kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif JIL. Syarikat ini mempunyai potensi yang besar di rantau ini dan melalui kerjasama secara kolaboratif dengan para pemegang saham dan para pemegang taruh yang lain, saya yakin bahawa kami akan dapat memanfaatkan peluang-peluang menarik yang tersedia untuk terus membangun dan mengembangkan perniagaan teras syarikat ini serta berkembang ke dalam industri yang baharu dan menarik".

Selaras dengan komitmen JIL yang berterusan untuk mempunyai majoriti bebas dalam lembaga pengarahnya serta matlamatnya untuk memastikan kepelbagaian dan keterangkuman lembaga pengarah, tiga ahli yang terkemuka dalam komuniti perniagaan di Singapura - iaitu Encik Osith Ramanathan, Encik Dennis Goh dan Encik Bernard Oh, di mana setiap daripada mereka merupakan pemimpin strategik dan pemikir dalam bidang masing-masing, telah menerima jemputan untuk menyertai JIL sebagai Pengarah Bebas.

"Salah satu teras utama dalam memastikan tadbir urus korporat yang baik dalam sesebuah syarikat ialah mempunyai lembaga pengarah yang kukuh dan bebas. Kepelbagaian ahli lembaga pengarah dapat membina kepemimpinan yang kukuh dan memupuk organisasi yang mampu bertahan. Syarikat kami berbesar hati dan begitu beruntung dengan kehadiran Osith, Dennis dan Bernard yang menyertai syarikat ini sebagai Pengarah Bebas. Setiap Pengarah Bebas baharu ini membawa masuk set kemahiran, bakat dan pengalaman unik yang akan meningkatkan keberkesanan Lembaga Pengarah, memastikan tadbir urus yang baik dan pengawasan yang lebih baik. Gabungan kemahiran, bakat, pengalaman dan kepelbagaian ini di peringkat lembaga pengarah, ditambah dengan pasukan pengurusan yang sangat kompeten dan berkebolehan di bawah hala tuju strategik Bambang akan membawa nilai dan pulangan yang lebih baik kepada para pemegang saham," kata Encik Rajan Ganapathy, Ketua Pengarah Bebas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit.

Fokus perniagaan teras semasa JIL adalah pada sektor marin dan luar pesisir, khususnya penyediaan perkhidmatan logistik dan pengangkutan marin kepada industri infrastruktur. Fokusnya adalah kepada sektor perkhidmatan penebusgunaan, pembinaan dan kerja tanah. JIL berhasrat untuk menawarkan kepakaran bertaraf dunia dalam semua aspek penyewaan dan pengendalian pelbagai kapal dan kenderaan. Hasrat syarikat ini adalah untuk menyatu dan memperluas perniagaan logistik dan pengangkutan maritim terasnya – memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang mengalami peningkatan terkini dalam industri minyak & gas (terutamanya, sektor gas asli huluan) dan peningkatan permintaan untuk sokongan infrastruktur dan sumber strategik seperti agregat termasuk pasir, kerikil dan batu (terutamanya di rantau Asia Utara dan Tenggara). Ekoran daripada perkara ini, JIL berhasrat untuk meneroka dan mengembangkan aktiviti komersialnya ke dalam sektor sumber strategik. Memandangkan hasrat syarikat untuk terlibat secara mendalam dalam bidang infrastruktur, sektor sumber strategik dan sektor hartanah (yang mana kesemuanya mempunyai keperluan yang tinggi dan berterusan untuk bahan pembinaan, infrastruktur sokongan serta sokongan logistik), ini merupakan lanjutan semula jadi daripada operasi perniagaan JIL. Apabila tiba masanya nanti, syarikat ini akan mendapatkan pandangan dan kelulusan para pemegang saham untuk berkembang ke dalam sektor-sektor ini.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Encik Andrew Kennedy
Farrant Group
Telefon: +44 7551 389292
andrew.kennedy@farrantgroup.com

Source: Riau Capital Group; Jasper Investments Limited
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Expansion Joint ventures Personnel announcements Venture Capital