omniture

JW Therapeutics Umum Permulaan Kajian Klinikal JWATM204 terhadap Pesakit Menghidap Karsinoma Hepatoselular Lanjutan

JW Therapeutics
2022-07-04 19:30 494

SHANGHAI, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- JW Therapeutics (HKEX: 2126), sebuah syarikat bioteknologi bebas dan inovatif yang memfokuskan untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan produk imunoterapi sel, mengumumkan permulaan kajian klinikal fasa I terhadap JWATM204 dalam kalangan pesakit yang menghidap karsinoma hepatoselular (HCC) lanjutan.

Kanser hati primer (PLC), turut dikenali sebagai karsinoma hati, ialah salah satu kemalignanan gastrousus biasa di seluruh dunia. Kira-kira 85%-90% kanser hati merupakan karsinoma hepatoselular (HCC)1. Tinjauan GLOBOCAN pada tahun 2020 mendapati bahawa 906 ribu kes baharu telah didiagnosis dan 830 ribu kematian berlaku di seluruh dunia setiap tahun, yang mengambil kedudukan keenam daripada kemalignanan dan penyebab ketiga yang utama bagi kematian akibat kanser2. Kadar kelangsungan hidup 5-tahun ialah 15%-19% di Amerika Utara3. Beban penyakit kanser hati ini adalah tinggi khususnya di China. Kanser hati merupakan kemalignanan keempat yang paling biasa, penyebab kedua yang utama bagi kematian akibat kanser dan kadar kelangsungan hidup 5-tahun adalah hanya sekitar 12.1% di China3. Nisbah 1:0.9 antara insiden dan kematian menunjukkan prognosis buruk bagi kanser hati3, yang memberikan ancaman serius terhadap nyawa dan kesihatan penduduk Cina,[1],[2],. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, imunoterapi yang diwakili oleh perencat titik semak imun telah mencapai Kadar Tindak Balas Keseluruhan (ORR) 17%-20% dan 15%-20% masing-masing untuk terapi barisan pertama dan barisan kedua dalam kalangan pesakit HCC1. Namun begitu, masih terdapat cabaran termasuk perkembangan penyakit selepas rawatan dan rejimen alternatif sebagai tindak balas kepada relaps.

Kajian JWATM204 yang pertama terhadap manusia ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan, kebolehterimaan, ketoksikan terhad dos dan profil farmakokinetik JWATM204 terhadap subjek dewasa dengan HCC lanjutan, dan turut meninjau aktiviti anti-tumor JWATM204 dalam populasi sasaran. Keputusan praklinikal yang menggalakkan menunjukkan potensi pembangunan klinikal JWATM204 yang berterusan untuk rawatan HCC.

JWATM204, dengan keafinan dan kekhususan tinggi antibodi monoklon GPC-3 dan dibangunkan pada platform sel-T ARTEMIS®, ialah terapi sel-T imun inovatif yang menyasarkan glipikan-3 (GPC-3). JW Therapeutics melesenkan hak daripada Eureka untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan JWATM204 di China (termasuk tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan) serta negara-negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara pada tahun 2020 dan telah menyelesaikan pemindahan teknikal dan pengubahsuaian kemudahan dan peralatan di tapak pembuatan Waigaoqiao Shanghai.

James Li, Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JW Therapeutics, berkata, "Tumor pepejal merupakan bahagian yang penting dalam strategi perancangan produk JW Therapeutic. Memanfaatkan platform kami untuk pembangunan teknologi dan produk, kini kami membangunkan produk imunoterapi sel perintis bagi mengatasi tumor pepejal dengan kadar insiden yang tinggi di China serta memajukan produk perancangan untuk kajian klinikal."

Rujukan

1.  肝细胞癌免疫治疗中国专家共识,2021年,中华医学杂志2021 年12月28日第101 卷第48期
2.  Hyuna Sung, Jacques Ferlay, Rebecca L. Siegel, et al. Global Cancer Statistics 2020: GLOBOCAN Estimates of Incidence and Mortality Worldwide for 36 Cancers in 185 Countries. ACS journals. 2021, 71(3):209-249
3.  CSCO原发性肝癌诊疗指南,2020年, 中国临床肿瘤学会指南工作委员会,人民卫生出版社

Latar Belakang JWATM204 

JWATM204 dengan keafinan dan kekhususan tinggi antibodi monoklon GPC-3 yang dibangunkan pada platform sel-T ARTEMIS®, ialah terapi sel-T imun inovatif yang menyasarkan GPC-3. GPC-3, ahli dalam famili proteoglikan membran penting berkaitan glipikan, diekspresikan secara berlebihan dalam pelbagai kemalignanan termasuk HCC, tetapi tidak diekspresikan atau diekspresikan dengan rendah dalam organ normal termasuk organ hati normal atau hati sirosis. GPC-3 diekspresikan dalam 72% pesakit HHC1. GPC-3 mempunyai kesan onkogen melalui laluan Wnt2. GPC-3 telah menjadi sasaran yang popular untuk HCC ekoran kepekaan dan kekhususannya yang tinggi. Platform sel T ARTEMIS® dengan mekanisma pengawal atur intrasel yang serupa dengan terapi sel TCR-T serta kejituan terapi CAR-T dijangka dapat mengurangkan dengan ketara atau malah menghapuskan sindrom pembebasan sitokin (CRS) yang berkaitan dengan sel T melalui pengaktifan dan ketoksikan berkaitan sitokin mengancam nyawa yang lain. Dengan bantuan molekul perangsangan bersama pada permukaan sel T, isyarat pengaktifan sel T yang mencukupi dapat dihasilkan, yang dapat menggalakkan pengaktifan sel T dan mengukuhkan aktiviti antitumor.

Rujukan:

1.  Capurro M, Wanless IR, Sherman M, et al. Glypican-3: a novel serum and histochemical marker for hepatocellular carcinoma. Gastroenterology. 2003; 125:89–97.
2.  Kolluri A and Ho M. The Role of Glypican-3 in Regulating Wnt, YAP, and Hedgehog in Liver Cancer. Front. Oncol. 2019, 9:708.

Latar Belakang JW Therapeutics 

JW Therapeutics (HKEx: 2126) ialah syarikat bioteknologi bebas dan inovatif yang memfokuskan untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan produk imunoterapi sel dan komited untuk menjadi peneraju inovasi bagi imunoterapi sel. Ditubuhkan pada tahun 2016, JW Therapeutics telah membina platform bertaraf dunia untuk pembangunan produk dalam imunoterapi sel serta perancangan produk yang meliputi kedua-dua kemaglinanan hematologi dan tumor pepejal. JW Therapeutics komited untuk membawakan produk imunoterapi sel perintis dan berkualiti serta harapan penawar kepada pesakit di China dan seluruh dunia selain menerajui pembangunan yang sihat dan seragam dalam industri imunoterapi sel China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jwtherapeutics.com.

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan kepercayaan pengurusan dan tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang diterangkan. Risiko-risiko dan ketidaktentuan yang ketara, termasuk yang dibincangkan di bawah dan diterangkan dengan lebih lengkap dalam laporan Hong Kong Exchanges and Clearing Limited (HKEX) difailkan oleh Syarikat. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Syarikat ini menyediakan maklumat ini setakat tarikh ia dihebahkan, dan menafikan secara nyata apa-apa kewajipan untuk mengemas kini maklumat yang terkandung dalam terbitan dan maklumat yang berkaitan atau memberi apa-apa penjelasan. Untuk maklumat terperinci, sila kunjungi laman sesawang syarikat: www.jwtherapeutics.com/en/forward-looking-statements/.

[1] ALLEMANI C, WEIR HK, CARREIRA H, et al. Global surveillance of cancer survival 1995-2009: analysis of individual data for 25, 676, 887 patients from 279 population-based registries in 67countries (CONCORD-2). Lancet, 2015, 385: 977-1010.
[2] TORRE LA, BRAY F, SIEGEL RL, et al. Global cancer statistics, 2012. CA Cancer J Clin, 2015, 65: 87-108.

Source: JW Therapeutics
Related Stocks:
HongKong:2126
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries