omniture

Azentio memperoleh kedudukan sebagai peneraju bagi pelbagai kategori dalam IBS Intelligence Sales League Table 2022

Azentio Software Pvt Ltd
2022-07-04 20:16 206

Menduduki Tempat Pertama dalam Pemarkahan Kredit dan Peneraju Domestik | ASEAN

SINGAPURA, 4 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura yang dimiliki oleh dana yang dinasihatkan oleh Apax Partners, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah mencapai kedudukan tinggi bagi pelbagai kategori dalam IBS Intelligence (IBSi) Sales League Table (SLT) 2022, yang mengenal pasti penyelesaian perbankan terkemuka yang mencatat kejayaan pada tahun 2021. 

Azentio telah memperoleh kedudukan tertinggi di Anugerah Khas Peneraju Industri SLT IBSi 2022 bagi Pemarkahan Kredit dan Peneraju Domestik | ASEAN. Syarikat ini juga telah membuat penampilan yang kukuh di SLT Leadership Club 2022 dengan diumumkan sebagai pemenang dalam kategori berikut:

  • Pengurusan Pematuhan
  • CRM
  • Pergudangan Data & Kecerdasan Perniagaan
  • Pemberian Pinjaman | Peruncitan
  • Pemberian Pinjaman | Peruncitan Islam
  • Perbankan Sejagat | Teras Islam

Beberapa penyelesaian lain daripada Azentio turut memperoleh kedudukan yang baik dalam laporan tersebut, termasuk Perbankan Digital, Penyelesaian Digital, Pinjaman Korporat, Perbendaharaan, Forex, Pemfaktoran dan Pengurusan Aset.

Anugerah Khas Peneraju Industri IBSi ini memberikan pemahaman tentang pembekal terkemuka dalam setiap kategori dan rantau, manakala SLT Leadership Club pula mengiktiraf sistem berprestasi terbaik dalam kategori dan lokasi geografi yang berbeza.

Azentio telah turut diiktiraf sebagai Syarikat Kompetitif dalam kategori Perbankan Sejagat | Teras, Perbankan Swasta & Pengurusan Kekayaan serta Risiko & Pematuhan; Syarikat Rintis dalam kategori Perbankan Borong serta Perbankan & Saluran Digital; dan sebagai Syarikat dengan Tumpuan yang Lebih Luas dalam kategori Pemberian Pinjaman.

Mengulas tentang prestasi Azentio, Robin Amlôt, Editor Pengurusan IBS Intelligence berkata, "Azentio Software yang berpangkalan di Singapura telah mengukuhkan kedudukan syarikatnya sebagai kuasa penyelesaian perisian kewangan di rantau Timur Tengah, Afrika, India dan Asia Tenggara, seperti yang ditunjukkan melalui pencapaian kedudukannya yang tertinggi dalam Anugerah Khas Peneraju Industri SLT IBSi dalam dua kategori. Kami mengucapkan tahniah kepada syarikat ini atas prestasi yang dicapai serta portfolionya yang mendalam dan meluas yang diserlahkan dengan fakta bahawa produk Azentio telah menduduki tempat pertama atau kedua dalam 8 kategori!"

Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio menyatakan, "Ia menggembirakan melihat perniagaan perbankan Azentio mencapai kemajuan yang kukuh bagi pelbagai kategori dalam SLT IBSi. Pada tahun ini, Azentio menerajui kategori Pemarkahan Kredit melalui perisian pemarkahan kredit kami yang terkenal yang dikuasakan dengan algoritma AI dan ML yang membolehkan institusi kewangan membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih bermaklumat tentang kelayakan kredit pemohon pinjaman dengan ketepatan yang lebih tinggi. Azentio turut meraih kedudukan #1 buat pertama kali sebagai Peneraju Domestik I ASEAN atas keseluruhan rangkaian produknya yang mendalam dan meluas yang dibina khusus untuk keperluan rantau ini."

Dengan memiliki rekod prestasi selama 20 tahun, IBSi SLT 2022 mempamerkan prestasi jualan pembekal teknologi perbankan dan menyenaraikan produk yang paling dicari dalam 17 kategori secara objektif, dengan tiga kategori baharu dilancarkan dalam edisi kali ini. Ia merangkumi pembelian sistem yang dibuat oleh lebih 1,000 buah bank bagi lebih 250 produk perisian daripada 60 pembekal di seluruh Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia Pasifik dan ASEAN. Bilangan urus niaga yang dinilai pada tahun ini berjumlah lebih 1,900 urus niaga yang dilaporkan dari 134 buah negara.

Tentang Azentio 

Azentio Software menyediakan produk perisian khusus menegak dengan misi penting untuk pelanggan dalam segmen perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans. Syarikat ini mempunyai lebih 1,000 pelanggan di lebih 65 buah negara dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 orang pekerja di seluruh pejabat di 9 buah negara di seluruh dunia. Azentio Software Private Limited dimiliki sepenuhnya oleh dana yang mendapat khidmat nasihat daripada Apax Partners.

Tentang IBS Intelligence 

IBS Intelligence (IBSi) ialah satu-satunya firma penyelidikan, penasihat dan analisis berita di dunia ini yang mengkhusus kepada teknologi kewangan serta memiliki rekod prestasi selama 30 tahun dan pelanggan di seluruh dunia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Survey, Polls & Research Financial Technology