omniture

MANCHESTER CITY MENGUMUMKAN KERJASAMA SERANTAU DENGAN 8XBET

City Football Group Limited
2022-07-05 13:24 69
  • Manchester City dan 8Xbet mengumumkan kerjasama serantau baharu yang akan menyaksikan jenama tersebut menjadi Rakan Kongsi Pertaruhan Rasmi kelab tersebut di Asia. 
  • Kelab dan jenama tersebut akan bekerjasama untuk menghasilkan kandungan bagi para pelanggan di rantau ini, dengan penampilan di skrin LED dan aset digital kelab. 

MANCHESTER, England, 5 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Manchester City dan 8Xbet hari ini mengumumkan sebuah kerjasama serantau baharu yang akan menyaksikan jenama tersebut menjadi Rakan Kongsi Pertaruhan Rasmi kelab tersebut di Asia.

MANCHESTER CITY ANNOUNCE REGIONAL PARTNERSHIP WITH 8XBET
MANCHESTER CITY ANNOUNCE REGIONAL PARTNERSHIP WITH 8XBET

8Xbet telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan penerima taruhan sukan antarabangsa itu bermatlamat untuk menyediakan para pelanggan di rantau ini dengan pengalaman yang berkualiti tinggi, unik dan menarik. Ia akan bekerjasama dengan Manchester City untuk menghasilkan beberapa kandungan sepanjang kerjasama ini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu ini, 8Xbet yang telah dilesenkan dan dikawal selia di Great Britain oleh Suruhanjaya Perjudian itu juga akan didedahkan melalui skrin LED di Stadium Etihad serta diberikan penampilan serantau di Asia merentasi aset digital dan platform Cityzens kelab tersebut.

Tom Boyle, Naib Presiden Pemasaran dan Operasi Perkongsian Global City Football Group berkata: "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan 8Xbet sebagai rakan kongsi serantau Manchester City pada hari ini. 8Xbet berkongsi komitmen kami untuk menghibur dan memberikan pengalaman yang hebat kepada para pelanggan dan juga peminat. Kerjasama baharu ini menyediakan peluang kepada kelab ini untuk meningkatkan lagi kehadiran kami di seluruh rantau ini dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan 8Xbet."

Ryan Li, Pengasas 8Xbet berkata: "Ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk bekerjasama dengan Manchester City – kami gembira kerana telah memperoleh kerjasama kelab bola sepak pertama kami dengan salah sebuah pasukan terbesar di dunia. Sebagai Juara Liga Perdana sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun yang lepas, Manchester City mempunyai pengikut yang besar di Asia dan kami teruja untuk bekerjasama bagi membawa kandungan eksklusif kepada para peminat di rantau ini."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1853106/City_Football_Group_Limited_1.jpg?p=medium600

 

Source: City Football Group Limited
Keywords: Entertainment Gambling/Casinos Sports Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements