omniture

Ÿnsect Bersedia untuk Meningkatkan Pengeluaran Ulat Makanan Lesser sebagai Makanan Manusia

Ÿnsect
2022-07-05 19:47 185
  • EFSA telah memberikan kebenaran sementara terhadap ulat makanan Lesser untuk kegunaan manusia dalam usaha menuju satu langkah yang lebih besar ke hadapan dalam industri serangga 
  • Dengan pengeluaran yang telah dijalankan di Belanda, Ÿnsect kini bersedia untuk mempercepatkan pengkomersialan produknya merentasi pasaran baharu di Eropah
  • Pada bulan lepas, 96% orang dewasa yang ditinjau di seluruh AS, UK, Perancis dan Belanda yang telah memakan serangga atau protein serangga berkata mereka sukakan serangga tersebut atau akan mencuba memakannya lagi 
  • Ÿnsect berhasrat untuk menggunakan protein serangga sebagai penyelesaian bagi membantu menangani beberapa cabaran utama pada masa ini: dijadikan makanan bagi populasi dunia, memelihara sumber dan biodiversiti serta menangani pemanasan global 

PARIS, 5 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pemakanan serangga dalam kalangan manusia – sebagai kaedah yang kaya dan cekap untuk menyokong kelestarian dan memenuhi sasaran perubahan iklim – telah menerima satu lagi rangsangan hari ini apabila ulat roti lesser (Alphitobius diaperinus) menjadi serangga keempat yang menerima penilaian positif daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) untuk dijadikan makanan manusia.

Penilaian EFSA ini perlu disahkan oleh Suruhanjaya Eropah, yang akan memberikan kebenaran akhir untuk kelulusan pasaran di EU selepas mendapat sokongan pihak berkuasa negara-negara EU, sebelum produk ini boleh dijual dengan lebih meluas di seluruh benua.

Keputusan ini menjadi satu berita baik untuk peneraju global dalam penternakan serangga, Ÿnsect, yang mana pengeluarannya di Belanda (dahulunya Protifarm) menyerahkan permohonan kepada EFSA dengan tujuan untuk mengembangkan aktivitinya di Eropah selaras dengan matlamat kelestarian EU. Ÿnsect mempunyai infrastruktur untuk mengembangkan pengeluaran dan pengedaran secara serta-merta sebaik sahaja mendapat kebenaran Suruhanjaya Eropah.

Persaingan untuk mendapatkan protein alternatif dan lestari akan berterusan kerana Institut Sumber Dunia meramalkan jurang sebanyak 60% antara bekalan dan permintaan bagi protein menjelang tahun 2050.

Walaupun kelulusan serangga untuk dijadikan makanan manusia adalah konsep yang agak baharu, ia merupakan sesuatu yang telah pun mengambil kira pasaran bagi negara-negara sedang membangun. Satu lagi wira protein Ÿnsect, ulat makanan Molitor merupakan serangga pertama yang dibenarkan untuk dimakan oleh EFSA pada bulan Januari 2021.

Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Ÿnsect dan dikendalikan OnePoll pada bulan April 2022 di seluruh UK, AS, Belanda dan Perancis, hampir tiga perlima daripada semua responden (57%) mendedahkan kesediaan untuk memakan serangga setelah mendapat penjelasan berkaitan manfaat alam sekitar dan kesihatan. Selain itu, 96% daripada 8,326 orang dewasa yang ditinjau yang telah makan serangga atau protein serangga berkata mereka sukakan serangga tersebut atau akan mencuba memakannya lagi.

"Penilaian terkini oleh EFSA bahawa ulat makanan lesser adalah selamat untuk dimakan manusia merupakan langkah penting ke hadapan untuk pengembangan syarikat", ulas Antoine Hubert, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Ÿnsect. Beliau menambah:  "Protein ulat makanan menawarkan manfaat yang terbaik bukan hanya dari segi pemakanan untuk mendapatkan protein berasaskan haiwan, tetapi dengan kesan alam sekitar yang jauh lebih rendah. Komuniti saintifik semakin menyokong idea tersebut, dengan laporan tahun 2022 oleh University of Helsinki mencadangkan bahawa diet yang menggabungkan sejumlah besar protein serangga menawarkan penyelesaian optimum untuk mengurangkan kesan alam sekitar melebihi 80% sambil menawarkan faedah pemakanan yang tinggi kepada pengguna."

Apabila ditanya sama ada mereka berpendapat pengeluar makanan (manusia) harus memasukkan lebih banyak protein serangga ke dalam produk mereka, lebih tiga perempat daripada responden tinjauan global (79%) berkata ya, selagi mana ia jelas ditunjukkan pada pembungkusan.

Ÿnsect Human Nutrition & Health telah mula menjual bahan menggunakan ulat makanan lesser (dengan jenama AdalbaPro) yang boleh didapati dalam pelbagai produk di seluruh Eropah, termasuk Zirp di lebih 800 kedai Bila di Austria, bar bijirin dan minuman kocak Issac serta burger gourmet yang diperbuat daripada kumbang yang tersedia di beberapa buah restoran di Denmark. Syarikat ini kini berada di landasan yang betul untuk mempercepat pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh pasaran EU.

HUBUNGAN AKHBAR:
Ÿnsect - Anaïs Maury: anais.maury@ynsect.com / +33 (0)6 78 44 59 80
Sopexa – Rana Barbari: rbarbari@hopscotch.eu / + 353 15569720

Source: Ÿnsect
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Survey, Polls & Research