omniture

World Monuments Fund Umum World Monuments Watch 2014, Mengenal Pasti Tapak Warisan Budaya Terancam

World Monuments Fund
2013-10-08 22:00 96

NEW YORK, 8 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada sidang akhbar hari ini, Presiden World Monuments Fund (WMF) Bonnie Burnham mengumumkan World Monuments Watch 2014 untuk memperlihatkan pelbagai kumpulan tapak warisan budaya yang terancam akibat daripada kuasa semula jadi dan kesan perubahan sosial, politik dan ekonomi. Watch 2014 mempunyai 67 tapak di 41 negara dan wilayah daripada zaman prasejarah hingga ke abad kedua puluh.

Senarai pada tahun 2014 menyaksikan beberapa cabaran pemeliharaan yang ketara, termasuk konflik dan bencana, kekurangan sumber, tekanan pembangunan (bandar, luar bandar, pelancongan) dan kehilangan tradisi budaya. Watch 2014 merupakan sahutan untuk sebarang usaha, yang memperlihatkan kelemahan tapak warisan itu dan ancaman yang dihadapinya kepada perhatian antarabangsa. Ia juga mengenal pasti peluang bagi masyarakat tempatan untuk bekerjasama dengan komuniti pemeliharaan yang lebih besar, organisasi kerajaan, penaja korporat dan lain-lain untuk membantu memastikan kelangsungan tapak itu. Bagi sesetengah tapak itu, penyenaraiannya dalam Watch mencerminkan harapan terbaik untuk kelangsungannya. Huraian terperinci bagi kesemua 67 tapak warisan budaya boleh didapati dalam kit akhbar di www.wmf.org/watch.

World Monuments Watch

World Monuments Watch, yang dilancarkan pada tahun 1996 dan dikeluarkan setiap dua tahun, menarik perhatian antarabangsa terhadap tapak warisan budaya yang terancam di seluruh dunia. Penyenaraian Watch memberikan peluang kepada tapak dan pencadangnya untuk meningkatkan kesedaran awam, menggalakkan penyertaan tempatan, memajukan inovasi dan kerjasama, dan memberikan penyelesaian yang berkesan.

Senarai ini dikumpulkan oleh panel pakar warisan antarabangsa dalam bidang arkeologi, seni bina, sejarah seni dan pemeliharaan.

Semenjak program ini diwujudkan, lebih 740 tapak di 133 negara dan wilayah telah dimasukkan ke dalam senarainya. Perhatian antarabangsa terhadap tapak warisan dalam senarai Watch menyediakan wadah penting untuk entiti tempatan memanfaatkan pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk kerajaan perbandaran, wilayah, dan kebangsaan; yayasan; penaja korporat; organisasi bantuan antarabangsa; dan penderma swasta. Sejak tahun 1996, WMF telah menyumbang sebanyak $54 juta, manakala hampir $200 juta telah diperuntukkan kepada tapak warisan itu oleh entiti lain. Impak sosial Watch juga signifikan, terutamanya melalui Watch Day, yang merupakan komponen program yang diwujudkan pada tahun 2012 bertujuan untuk menghubungkan semula masyarakat dengan warisan budaya mereka melalui acara awam.

Source: World Monuments Fund
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel