omniture

Cognizant Memenangi Kontrak Berbilang Tahun daripada National Insurance Company untuk Mempercepatkan Transformasi Digital

Cognizant Technology Solutions Corporation
2022-07-06 00:09 181

Syarikat insurans sektor awam memilih Cognizant untuk mengukuhkan lagi kecemerlangan operasinya dan pelan hala tuju teknologi yang tersedia pada masa hadapan 

NEW DELHI, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Cognizant hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai penyedia teknologi strategik oleh National Insurance Company Limited (NICL) untuk mempercepat dan membantu menguruskan transformasi digitalnya. NICL merupakan salah sebuah syarikat insurans am sektor awam terkemuka di India.

NICL menganugerahkan mandat berbilang tahun kepada Cognizant untuk meningkatkan pelan hala tuju teknologinya, membantu menguruskan penyelesaian insurans teras berasaskan web berpusat yang terdiri daripada pelbagai aplikasi, infrastruktur dan keselamatan teknologi dasar serta menyediakan perkhidmatan perundingan dan pelbagai perkhidmatan lain. Cognizant juga akan menyokong pelan hala tuju teknologi NICL dengan memanfaatkan teknologi digital seperti kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, automasi dan seni bina berasaskan perkhidmatan mikro.

Pelan Cognizant direka untuk membantu NICL meningkatkan pengalaman pelanggan pada setiap langkah perjalanan mereka, termasuk aplikasi, pemprosesan tuntutan dan penaja jamin, sambil terus meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, menyediakan ketangkasan dan kecekapan operasi yang lebih besar, keselamatan aplikasi, pematuhan kewangan dan kawal selia serta memacu pertumbuhan perniagaan.

"Kami komited untuk menyokong visi teknologi yang berpandangan ke hadapan bagi National Insurance Company dan memudahkan perjalanan transformasi digital mereka," kata Achal Kataria, Naib Presiden merangkap Ketua Negara Cognizant bagi India. "Perundingan teknologi dan keupayaan digital kami yang kukuh akan digunakan untuk membantu NICL menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan selamat."

Cognizant telah dinobatkan sebagai peneraju industri di seluruh sektor, termasuk perbankan dan perkhidmatan kewangan, oleh firma penganalisis global terkemuka. Penganalisis menekankan perkongsian pelanggan, kebolehskalaan, keupayaan digital dan kepakaran syarikat ini sebagai faktor dalam pengiktirafan mereka terhadap kepimpinan Cognizant.

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan insurans Cognizant di sini.

Tentang Cognizant
Cognizant (Nasdaq: CTSH) mencipta perniagaan moden. Kami membantu para pelanggan kami memodenkan teknologi, memperbaharui proses dan mengubah pengalaman supaya mereka boleh terus maju dalam dunia kita yang pantas berubah. Secara bersama-sama, kami memperbaiki kehidupan harian. Lihat caranya di www.cognizant.com atau @cognizant. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
A.S.

Jodi Sorensen

jodi.sorensen@cognizant.com

Eropah / APAC

Christina Schneider

christina.schneider@cognizant.com

India

Rashmi Vasisht

rashmi.vasisht@cognizant.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1794711/Cognizant_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Cognizant Technology Solutions Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Contracts