omniture

RevitaLash® Cosmetics Melancarkan RevitaLash® Advanced Sensitive Eyelash Conditioner—Serum Bulu Mata Pertama yang Dibangunkan oleh Seorang Pakar Oftalmologi Khusus untuk Mata Sensitif

RevitaLash Cosmetics
2022-07-06 19:39 31

VENTURA, California, 6 Julai 2022 /PRNewswire/-- RevitaLash® Cosmetics, peneraju dan penginovasi dalam kategori bulu mata dan bulu kening, menambah rangkaian produk kosmetik perapi dan penggalak yang memenangi anugerah iaitu RevitaLash® Advanced Sensitive Eyelash Conditioner (Perapi Bulu Mata Sensitif Canggih) yang diformulasi secara eksklusif oleh pakar oftalmologi.

RevitaLash® Advanced Eyelash Conditioner ialah iformula yang dibangunkan oleh pakar perubatan dengan formula penggalak bulu mata yang direka untuk meningkatkan kesihatan dan keindahan bulu mata serta diformulasi secara khusus untuk mereka yang memiliki sensitiviti meningkat di sekitar kawasan mata. Teknologi pelepasan masa dalam kapsulnya yang unik direka cipta untuk bertindak lembut pada mata yang sensitif, membolehkan peptida dan bahan botani yang hebat melindungi bulu mata daripada pecah dan rapuh sambil meningkatkan fleksibiliti dan kilauan untuk menghasilkan bulu mata yang tebal, cantik dan subur—semua ini bertindak dengan kerengsaan yang kurang.

Produk pertama seumpamanya ini diformulasi dengan Teknologi Revitasome® yang menampilkan sistem penghasilan liposom berasaskan tumbuhan yang direka untuk membantu menyerap bahan secara stabil dan perlahan-lahan ke dalam bulu mata. Formula yang unik ini juga menampilkan Myristoyl Pentapeptide-17, sejenis peptida dan antioksidan dengan lima asid amino yang hebat bagi meningkatkan penampilan bulu mata dan melindunginya daripada pecah dan rapuh. Penambahan protein beras membantu meningkatkan fleksibiliti dan volum manakala aloe vera membantu mengekalkan kelembapan yang memberi ketenangan dan kelegaan.

Dalam sebuah kajian pengguna yang dijalankan secara bebas selama lapan minggu terhadap 161 orang peserta, 98% pengguna memperoleh bulu mata yang lebih sihat manakala 96% memperoleh bulu mata yang lebih kuat dan lebih subur, sementara 97% daripada peserta tidak mengalami kemerahan dan 93% tidak mengalami kerengsaan mata—walaupun pada hakikatnya semua peserta kajian diri mereka mempunyai kawasan sekitar mata yang sensitif.

"Kami sangat teruja dapat meluaskan Koleksi RevitaLash® Advanced Eyelash Conditioner kami," kata Lori Jacobus, Presiden & Ketua Pegawai Pemasaran Global RevitaLash® Cosmetics. "Sebagai sebuah syarikat kosmetik yang dipimpin oleh pakar perubatan dan diasaskan sebagai hadiah tanda cinta seorang suami kepada isterinya, kami berbangga dengan penciptaan produk yang membolehkan semua individu meningkatkan kesihatan bulu mata dan bulu kening, termasuk mereka yang bulu matanya terjejas dengan usia pramatang disebabkan oleh ubat-ubatan, pencemaran alam sekitar atau perkhidmatan bulu mata profesional, menjadikan RevitaLash® Advanced Sensitive Eyelash Conditioner sebagai tambahan yang sempurna kepada portfolio produk kami."

RevitaLash® Advanced Eyelash Conditioner dijual pada harga runcit $105 untuk 2.0mL dan kini tersedia untuk jualan domestik di spa, salun dan pasaraya terpilih serta di revitalash.com. Ia akan tersedia di peringkat global pada 1 Ogos 2022.

Tentang RevitaLash ® Cosmetics

RevitaLash® Cosmetics ialah sebuah syarikat peneraju dunia yang membangunkan produk kecantikan bulu mata, bulu kening dan rambut yang canggih. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksi jenama ini merangkumi RevitaLash® Advanced Eyelash Conditioner dan RevitaBrow® Advanced Eyebrow Conditioner yang telah memenangi anugerah serta tersedia di pejabat pakar perubatan, spa, salun dan peruncit khusus di lebih 70 buah negara. Sebagai penyokong inisiatif kanser payudara bukan berkeuntungan, RevitaLash® Cosmetics mendermakan sebahagian daripada hasil pendapatannya kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan yang menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.revitalash.com. [RevitaLash® Advanced dan RevitaLash® Advanced Sensitive tidak tersedia di California]

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1216896/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg?p=medium600 

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services