omniture

Contact Solutions Umumkan Pelancaran Penyelesaian Penjagaan Pelanggan Sistem Mudah Alih My:Time

Contact Solutions
2013-10-08 09:59 145

-- Menyediakan Perkhidmatan Pelanggan untuk memenuhi keperluan Generasi Baharu Pengguna Sistem Mudah Alih

RESTON, Virginia, 8 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi keperluan pengguna sistem mudah alih yang semakin kecewa dengan perkhidmatan pelanggan yang kurang memberi perhatian terhadap pelanggannya, Contact Solutions, peneraju penyedia berasaskan awan bagi penyelesaian layan diri pelanggan, hari ini melancarkan My:Time™, penyelesaian mobiliti pertama yang memberikan keutamaan terhadap penjagaan pelanggan mengikut keselesaan pelanggan.

My:Time™ merupakan penyelesaian penjagaan sistem mudah alih dengan paten yang menunggu kelulusan bagi syarikat yang meletakkan kepentingan pelanggan sepenuhnya dalam kawalan interaksi perkhidmatan pelanggan. Penyelesaian penjagaan pelanggan sistem mudah alih My:Time merangkumi platform mudah alih berasaskan awan, portal komputer meja ejen dan app mudah alih untuk iOS dan Android™. My:Time membolehkan pengguna untuk memulakan interaksi perkhidmatan pelanggan, berhenti jika mereka diganggu, dan menyambung semula mengikut keselesaan mereka, menghapuskan kekecewaan menunggu , terpaksa memulakan kembali, dan keperluan untuk kekal berhubung sepanjang keseluruhan interaksi perkhidmatan tersebut. My:Time juga menyokong peralihan yang lancar antara perkhidmatan layan diri dengan ejen pusat panggilan tanpa perlu meninggalkan app, mengesahkan semula atau mengulangi maklumat peribadi.

"Penggunaan sistem mudah alih secara besar-besaran telah mengubah tingkah laku dan jangkaan pengguna. Kebanyakan perniagaan berusaha untuk menawarkan penjagaan pelanggan yang lebih peribadi dan beraneka, tetapi hanya menambah app sistem mudah alih dengan nombor telefon sebagai pilihan bagi berhubung dengan pusat hubungan yang tidak meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan," kata Michael Boustridge, Ketua Pegawai Eksekutif Contact Solutions. "My:Time membolehkan pelanggan mengawal interaksi dan membolehkan mereka untuk berhubung dengan lancar ke pusat hubungan pada bila-bila masa, di mana dan bagaimana mereka mahu. Ia menggunakan kelebihan peranti mudah alih untuk memenuhi permintaan pengguna di samping mengurangkan kos pengendalian dan telekomunikasi bagi syarikat."

Robert Saurer, Pengarah Pengalaman Pengguna dan Inovasi di The Boston Globe berkata, "My:Time menyediakan untuk pelanggan Boston Globe cara yang lebih menjimatkan masa dan mudah untuk berinteraksi dengan organisasi kami, di samping membantu ejen kami dengan data tindakan dari seluruh saluran. Tiada produk yang setanding dengannya di pasaran."

Pradeep Moudgal, Pengarah, Perkhidmatan Nasihat Teknologi Memuncul di Mercator, berkata "My:Time menangani jurang yang besar dalam penglibatan sistem mudah alih dalam app telefon pintar pada hari ini. Keupayaan untuk menyokong peralihan yang lancar daripada app layan diri kepada ejen langsung dan keupayaan untuk bermula, berhenti, dan meneruskan interaksi mengikut keselesaan pelanggan mampu meningkatkan sistem perbankan mudah alih serta penjagaan mudah alih dalam lain-lain industri yang berhadapan dengan pengguna seperti penjagaan kesihatan, runcit, dan pelancongan secara signifikan."

Menurut kaji selidik terkini oleh Contact Solutions terhadap pengguna sistem mudah alih dan penjagaan pelanggan, didapati 92 peratus daripada pengguna mahukan lebih banyak pilihan perkhidmatan pelanggan mudah alih. Kebergantungan terhadap sistem mudah alih berlaku bersama dengan satu anjakan demografi dan budaya ke arah khidmat layan diri pelanggan. Pelanggan mahukan bantuan di mana sahaja dan mereka juga mahu membantu diri mereka sendiri. Bagi melihat kajian keseluruhan sila layari http://bit.ly/mobile-care-survey

Sila layari www.MyTimeMobile.com untuk melihat video baharu dan mengalami perkhidmatan pelanggan yang mementingkan pelanggan. Bagi maklumat lanjut tentang My:Time serta lain-lain perkhidmatan oleh Contact Solutions, sila layari www.contactsolutions.com.

My:Time ialah tanda dagangan berdaftar Contact Solutions. Android ialah tanda dagangan berdaftar Google.

Tentang Contact Solutions
Contact Solutions menyediakan perkhidmatan pelanggan sebenar. Penyelesaian layan diri pelanggan mobiliti dan suara kami mengurangkan kos syarikat di samping meningkatkan penglibatan pelanggan dengan meningkatkan pengalaman mereka. Penyelesaian Risikan Perniagaan inovatif kami menyediakan untuk syarikat akses kepada risikan perniagaan masa sebenar dan analisis data yang dihantar untuk menyediakan pandangan dan nilai unggul terhadap perkhidmatan yang disediakan. Dijamin.

www.contactsolutions.com

Pautan Berkaitan 
Boston Globe My:Time Q&A

Video dengan kapsyen: "This is My:Time." Video boleh didapati di: http://youtu.be/EiqY_8Z9mcU

Imej dengan kapsyen: "Mobile is changing consumer expectations and behavior." Imej boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/HS92593-INFO-a

Imej dengan kapsyen: "The Boston Globe My:Time App." Imej boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/HS92593-b  

Imej dengan kapsyen: "My:Time App2Agent." Imej boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/HS92593-c  

Imej dengan kapsyen: "My:Time Chat History." Imej boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/HS92593-d  

Imej dengan kapsyen: "My:Time Self-Service App." Imej boleh didapati di: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/HS92593-e  

 

Source: Contact Solutions
Keywords: Telecommunications Wireless Communications Broadcast feed announcements New products/services