omniture

Cardo Systems Membuka Pusat Pengkajian 'Cardo Sound Labs' di Jerman

Cardo Systems
2022-07-06 21:02 179

PLANO, Texas, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Cardo Systems, pelopor peranti komunikasi dan perhubungan untuk industri Powersports di dunia, telah membuka sebuah pengkajian 'Cardo Sound Labs' mereka sendiri, iaitu sebuah fasiliti pengkajian dan pembangunan (R&D) di Straubing, Jerman.

Cardo Sound Labs
Cardo Sound Labs

Fokus fasiliti ini ialah untuk membagunkan akustik generasi hadapan Cardo, pemprosesan percakapan, serta solusi penyuaraan bagi banjaran peranti Cardo yang luas merangkumi 'powersports', aktiviti luaran, serta peranti komunikasi profesional. Fasiliti di Straubin ini menjadikan Cardo sebagai satu-satunya pengeluar di dalam industri yang mempunyai keupayaan yang dikhususkan untuk pembangunan audio.

Pembukaan pusat di benua Eropah ini membolehkan Cardo menghimbunkan satu pasukan ahli sains veteran dengan pengalaman terkumpul sebanyak 150 tahun di dalam industri audio automotif serta consumer. Pasukan tersebut terdiri daripada pakar-pakar di dalam bidang audio, fizik, elektronik, pemprosesan suara, kejuruteraan mekanik serta pemegang PHD. Pengalaman mereka sebelum ini telah meraih 1,550 paten di beberapa syarikat terkenal seperti Harman, Samsung, Nokia, NXP dan DSPG.

Fasiliti dengan keluasan 600 meter persegi ini akan mengetuai pembangunan audio Cardo di masa hadapan, yang akan membawa kepada solusi audio generasi baharu kepada penunggang motosikal di seluruh dunia. Fasiliti di Straubing ini mempunyai makmal audio yang dilengkapi dengan 'anechoic chamber' (bilik kalis bunyi), bilik ETSI (European Telecommunications Standards Institute – Institut Standard Kommunikasi Eropah), makmal pembuatan prototapi secara cepat, makmal automotive, makmal automotive NVH (Noise Vibration Harshness – Kekasaran Getaran Bising), serta ruang pejabat.

Menurut Alon Lumbro, Ketua Eksekutif Cardo Systems, "Sejak beberapa tahun dahulu, Cardo telah mengenalpasti yang audio di dalam helmet serta mutu akustik merupakan antara faktor penting di dalam pengalaman menunggang kini. Pada 2018, kami telah memperkenalkan mutu akustik premium dengan JBL, dan sekarang kami mengsasarkan perkembangan audio yang lebih besar dengan pertambahan Cardo Sound Labs."

Lior Mordechai, Naib Presiden Pengkajian dan Pembangunan di Cardo Systems pula berkata, "Pasukan baharu di Straubing, Jerman ini mewakili suatu lonjakan ke hadapan di dalam kebolehan kami untuk membangunkan produk generasi baharu kami. Kami akan terus menggegarkan pasaran kami dengan peranti audio dan akustik lebih maju bagi menambah baik pengalaman menunggang, keselamatan dan kesihatan penunggang kami di seluruh dunia."

Gerhard Pfaffinger, Pengarah, Kejuruteraan Audio dan Pengetua Tapak Straubing berkata, "Kami sangat bergembira dapat bergabung dengan pasukan Cardo Systems. Saya sendiri mula bekerja di dalam bidang audio sejak 1991 dan telah menyaksikan banyak perkembangan di dalam industri ini. Kami akan memelopori dan berkhidmat untuk membawakan mutu audio terbaik kepada pelanggang Cardo."

Anat Gafni, Naib Presiden Sumber Manusia di Cardo Systems berpendapat," Mutu audio merupakan dan akan terus merupakan satu ciri untuk produk kami di dalam semua sekmen yang Cardo berada. Pengalaman serta kekayaan pengetahuan setelah bekerjasama dengan pasukan di Straubing merupakan satu titik penting bagi Cardo dan ia merupakan langkah besar kepada strategi pengkajian dan pembangunan dengan pembukaan Cardo Sound Labs."

Carilah rangkaian Cardo Systems yang sepenuhnya di laman web - www.cardosystems.com

Mengenai Cardo Systems

Cardo merupakan pakar merekabentuk, pembangunan, pembuatan dan penjualan peranti komunikasi dan perhubungan tanpa wayar bagi penunggang motosikal. Sejak permulaannya pada 2004, Cardo telah merintis berbilang inovasi untuk peranti Bluetooth motosikal. Dan pada 2015, ia telah memperkenalkan protokol 'mesh powered communication'  ke dalam pasaran motosikal. Produk Cardo terdapat di lebih 100 negara dan merupakan peranti kommunikasi yang disegani di dalam industri motosikal.

Gambar-gambar

Kiri-Kanan gambar pasukan: Gerhard Pfaffinger – Director Audio Engineering & Site Lead, Florian Wolf – Senior Audio DSP SW Engineer, Vasudev Kandade Rajan – Technology Lead, AI & Audio Algorithm Engineer, Franz Lorenz – Senior Audio Systems Engineer, Genaro Wölfl – Senior Acoustics & Audio Engineer, Markus Christoph – Technology Lead Audio Algorithm Engineer, Juergen Zollner – Senior Audio Algorithm & Systems Engineer and Andrea Hölzl, Officer Adminstrator.

Gambar bilik anechoic bersama Juergen Zollner, Senior Audio Algorithm & Systems Engineer.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1844856/CARDO_Sound_Labs__final.jpg?p=medium600

Source: Cardo Systems
Keywords: Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications