omniture

S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY MENAMPILKAN JURI GLOBAL BAGI PERTANDINGAN AKHIR S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY 2022-23

Sanpellegrino Group
2022-07-06 21:03 188

 

Pertandingan ini akan menawarkan satu peluang yang unik kepada para cef muda di bawah umur 30 tahun untuk menyertai Akademi tersebut dan memulakan perjalanan yang berinspirasi dan pembelarajan. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 30 Jun 2022 untuk pertandingan ini. 

 

MILAN, 6 Julai 2022 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino Young Chef Academy dengan bangganya mengumumkan "Tujuh Pakar", para juri yang akan menilai Pusingan Akhir Pertandingan S.Pellegrino Young Chef Academy 2022-23 yang akan berlangsung di Milan sebelum September 2023.

Sila klik bagi rujukan Siaran Berita Multimedia:   
https://www.multivu.com/players/uk/9059851-s-pellegrino-young-chef-academy-presents-the-global-jury-for-competition/

Semasa fasa Akhir Peringkat Serantau, 170 orang cef muda dari seluruh dunia akan bersaing dalam pertandingan memasak secara langsung di hadapan panel juri dari negara-negara yang mengambil bahagian di lima belas buah rantau yang berbeza. Selepas kerjasama rapat dengan mentor masing-masing dalam menyempurnakan resipi mereka, para peserta akhir peringkat serantau akan mempaparkan kemahiran mereka dalam menyediakan hidangan istimewa di hadapan Tujuh Pakar tersebut.

Dengan kepercayaan bahawa minat, budaya, inovasi dan etika di sebalik hidangan akan membawa perubahan kepada para cef pada masa akan datang, tujuh pakar gastronomi global akan diamanahkan dengan tanggungjawab besar untuk menggabungkan intuisi dan pengetahuan mereka bagi memilih dan memberi anugerah kepada pemenang akhir. Para juri yang dihormati ini akan memberi penghormatan kepada bakat cemerlang yang mampu mengatasi sempadan gastronomi dan memberi inspirasi kepada generasi cef muda dengan visi dan pendapat peribadi mereka.

Juri antarabangsa bagi barisan cef antarabangsa edisi ini terdiri daripada:

1. Eneko Atxa, cef berbangsa Basque memiliki 5 bintang Michelin, hasil daripada restorannya, Azurmendi dan ENEKO. Dengan komitmen berterusan terhadap kesihatan, perpaduan dan kelestarian, telah menerima pelbagai anugerah kelestarian. Asal budaya beliau, hubungan dengan wilayah dan hasil produknya serta resipi tradisional Basque telah menjadi dan kekal sebagai asas ciptaan beliau. Mengenai bimbingan, beliau berkata: "Para cef junior kami bermula pada usia yang dengan kami dan belajar dengan kami, mendidik mereka tentang resipi dan tradisi Basque yang lama adalah penting serta menunjukkan kepada mereka cara menggunakan alat baharu yang membolehkan mereka bekerja dengan lebih baik. Nasihat saya kepada bakat muda adalah untuk bekerja keras, dengan penuh semangat, ketabahan, menyayangi wilayah kita dan untuk memahami bahawa makanan akan berbicara tentang cef, tentang siapakah beliau, tentang wilayah dan budaya beliau."

2. Riccardo Camanini,  beliau adalah salah seorang cef yang paling memahami cara untuk mengungkap masakan Itali baharu dengan teknik, keanggunan, intipati dan visi. Memperoleh bintang Michelin sejak tahun 2014, hanya 8 bulan selepas membuka Lido 84 di Gardone Riviera, beliau mempunyai asas kulinari yang kukuh yang berasal daripada ajaran Gualtiero Marchesi, kemudian diperhalusi bersama-sama Raimond Blanc di Le Manoir aux Quat Saison, 2 bintang Michelin dan oleh pasangan Alain Ducasse dan Jean Louis di La Grande Cascade, Paris. Kepada para cef muda, beliau berkata, "Kreativiti adalah tidak lebih daripada jumlah maklumat yang telah kita terima seumur hidup kita. Pirandello pernah berkata bahawa kreativiti adalah seperti sekeping roti: makanan yang telah sedia pejal di mana anda boleh menyapukan jem. Jadi, mari kita ingat bahawa kreativiti dan keputusan tertentu adalah hasil perjalanan yang panjang dari seorang pencipta, berdasarkan masa, konsistensi dan ketabahan."

3. Hélène Darroze, sebagai cef generasi keempat, memasak sentiasa akan berada dalam urat Hélène Darroze. Kini, beliau menguruskan sebuah rangkaian restoran berbintang Michelin di hotel Connaught di London dengan dua bintang Michelin untuk "Marsan" di Paris dan satu bintang Michelin di Provence untuk "Hélène Darroze à Villa La Coste" di Perancis. Selain daripada pengiktirafan oleh Michelin, beliau juga dianugerahkan Anugerah Veuve Clicquot Prize untuk Cef Wanita Terbaik 2015 daripada The World's 50 Best Restaurants. Yang terkini, beliau juga adalah hakim dalam siri televisyen terkenal Perancis "Top Chef" sejak tahun 2015. Bakat kreatif beliau membawakan ekspresi sendiri yang menggunakan emosi sebagai titik permulaan dan terikat dengan gaya ketulenan biasa, menghasilkan hidangan dan menu yang penuh dengan naluri dan emosi, namun sentiasa kekal setia dan sensitif terhadap kualiti sebenar bahan-bahan utama. "Percaya kepada diri anda, percaya kepada impian, hidupkan semangat, tiada apa yang tidak mampu dicapai"

4. Vicky Lau, beliau menempa laluan yong tak konvensional dalam bidang masakan selepas meninggalkan kerjayanya dalam pengiklanan dan sebaliknya menyalurkan cita-cita kreatif beliau ke dalam bidang masakan profesional. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih di Cépage sebelum membuka TATE Dining Room pada tahun 2012. Beliau mencipta sejarah apabila beliau menjadi cef wanita pertama di Asia yang dianugerahkan dua bintang Michelin untuk restoran Hong Kong beliau dalam Michelin Guide Hong Kong Macau 2021. Kepada bakat muda, beliau berkata, "Sebagai seorang cef, penyedian makanan yang indah dan lazat adalah penting, tetapi kita juga mesti mencari makna yang lebih dalam kehidupan. Kejayaan bukan hanya tentang anda, tetapi juga tentang sejauh mana anda boleh memberi kesan positif kepada masyarakat. Itulah yang kita semua harus bercita-cita untuk mencapai." 

5. Pía León, yang berada di senarai Restoran 50 Best Amerika Latin terbaik selama tiga tahun berturutan dan dipilih sebagai salah sebuah daripada sepuluh restoran terbaik di dunia untuk lima tahun berturutan. Beliau memiliki Central bersama suami Virgilio Martínez di sana selama satu dekad, sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan sendiri dengan menubuhkan Kjolle. Restoran ini dinamakan sempena pokok berbunga asli yang tumbuh pada ketinggian yang ekstrem. Ia menduduki tempat ke-21 dalam senarai Restoran 50 Best Amerika Latin pada tahun 2019 dan menerima Anugerah Highest New Entry. Kepada cef muda, beliau berkata: "Ia boleh menjadi sukar pada masa-masa tertentu, tetapi jika anda mempunyai kehendak dan tahu apa yang anda mahukan, sesuatu perkara berlaku dalam masa mereka sendiri dan pada masa yang tepat. Perkara yang paling penting bagi saya ialah orang-orang di sekeliling anda yang menemani anda dalam misi dan matlamat hidup anda." 

6. Julien RoyerCef Pemilik Odette, sebuah restoran Perancis moden bertaraf tiga bintang Michelin di National Gallery Singapore. Ditubuhkan dengan kerjasama The Lo & Behold Group, Odette menawarkan menu yang sentiasa berkembang dipandu oleh penghormatan sepanjang hayat Royer terhadap produk bermusim, terroir dan artisan daripada pengeluar butik di seluruh dunia. Nama Odette merupakan suatu penghormatan kepada nenek Royer yang merupakan salah seorang yang mempunyai pengaruh terbesar dalam hidupnya dan di dapur. Kepada bakat muda beliau berkata, "Orang yang anda temui di sepanjang perjalanan kehidupan penting untuk pertumbuhan anda. Jangan berhenti belajar daripada rakan-rakan, rakan kongsi, pembekal, kolaborator dan rakan-rakan pencipta. Penting untuk sentiasa memperluaskan pandangan anda secara menyeluruh dan membukakan diri anda kepada perspektif lain. Mewujudkan pengalaman adalah satu usaha kolektif dan seorang cef yang hebat adalah sama hebat dengan satu pasukan yang menyokong dan mempercayai beliau, bekerjasama untuk mewujudkan pengalaman yang luar biasa untuk para tetamu kami."

7. Nancy Silverton, seorang tukang masak, tukang roti dan pengarang Amerika Syarikat., yang telah menerima Anugerah Cef Cemerlang Yayasan James Beard pada tahun 2014 atas peranannya dalam mempopularkan roti masam dan roti artisan di Amerika Syarikat. Silverton merupakan pemilik bersama Osteria Mozza yang berbintang Michelin serta Pizzeria Mozza, Mozza2Go, chi SPACCA, Pizzette dan The Barish di Los Angeles. Nasihat beliau kepada bakat muda ialah, "Saya menyedari minat saya di peringkat yang sangat awal. Saya masih ingat hari tersebut: saya mengikuti resipi untuk sesuatu yang mudah seperti roti lentil atau sayur-sayuran kukus dan keju cair, dengan pisau cef di tangan, halaman buku masakan terbuka dan saya berfikir, 'Inilah yang saya mahu lakukan.' Sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Menjadi cef adalah satu kerja yang sangat sukar. Mulakan laluan profesional ini hanya jika ia berada dalam hati dan jiwa anda." 

Pertandingan S.Pellegrino Young Chef Academy akan menawarkan peluang unik kepada para cef muda untuk menyertai S.Pellegrino Young Chef Academy. Dalam komuniti yang berinspirasi ini, mereka dapat berhubung dengan ahli yang paling berpengaruh dan terkenal dalam dunia gastronomi dan akan menerima peluang pendidikan, bimbingan dan pengalaman dalam program ini. Para cef muda di bawah umur 30 tahun boleh mendaftar untuk menyertai Pertandingan AS.Pellegrino Young Chef Academy Tahun 2022-23 di www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com sebelum 30 Jun 2022, dengan memberikan maklumat tentang diri dan profesion mereka dan menyerahkan resipi untuk hidangan istimewa yang menyatakan visi peribadi, kemahiran unik dan kreativiti mereka. Seperti edisi sebelum ini, permohonan akan dinilai dalam fasa pemilihan pertama oleh ALMASekolah Antarabangsa bagi Seni Kulinari Itali. ALMA akan memilih senarai pendek Cef Muda yang akan menyertai satu daripada 15 Pusingan Akhir Serantau yang akan berlangsung di seluruh dunia sepanjang separuh kedua tahun 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila layari:www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com

Tentang S.Pellegrino dan Acqua Panna 

S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A. yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 buah negara melalui cawangan dan pengedar di kesemua lima benua, produk ini mewakili kecemerlangan yang berkualiti berdasarkan asal-usul mereka dan mentafsir gaya Itali dengan sempurna di seluruh dunia sebagai sintesis keseronokan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan pelbagai rangkaian air mineral, aperitif tanpa alkohol, minuman dan teh ais. Sebagai pengeluar air mineral utama Itali, syarikat ini sentiasa komited untuk meningkatkan kebaikan utama ini untuk planet ini dan berusaha dengan penuh tanggungjawab dan bersemangat untuk memastikan masa depan sumber ini terjamin.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1840622/S_Pellegrino_Seven_Sages.jpg?p=medium600

 

THE SEVEN SAGES FOR THE GRAND FINALE OF S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY COMPETITION 2022-23
THE SEVEN SAGES FOR THE GRAND FINALE OF S.PELLEGRINO YOUNG CHEF ACADEMY COMPETITION 2022-23

 

 

 

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Education Food/Beverages Restaurants Retail Awards Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility